CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Wednesday, October 21, 2009

Tetamu Dari Keningau Bikers Sabah








DATE : 17HB OKTOBER 2009M @ SABTU
VENUE : TAMAN SERI WARISAN EMAS, TUTONG & JERUTON HOTEL, JERUDONG


TUTONG, Sabtu @ 17hb Oktober 2009 - Kelab Motosikal KEKAL Daerah Tutong hari ini telah menerima rombongan lawatan penunggang motosikal dari daerah Keningau, Beaufort dan Kota Kinabalu Sabah. Rombongan seramai 17 buah motosikal dari pelbagai jenis itu sampai pada 17hb Oktober 2009 dan disambut oleh Presiden KEKAL Hj Md Yusof bin Siput dan Ketua Biro Pelancongan KEKAL Awg. Tennyson bin Linggang. Rombongan itu telah dibawa untuk melawat ke beberapa buah tempat yang menarik di daerah Tutong dan pada sebelah malamnya, rombongan dari Sabah itu dibawa untuk menikmati makan malam bersama kelab KEKAL di Hotel Jeruton Jerudong sebelum dibawa untuk melawat ke beberapa tempat pusat membeli belah sekitar Gadong dan menikmati suasana malam di Bandar Seri Begawan. Objektif lawatan menurut Pengerusi Keningau Bikers iaitu Encik Rahmat bin Hj.Saman ialah untuk mengeratkan lagi tali silaturrahim antara penunggang motosikal seluruh borneo disamping mengambil peluang untuk melawat ke beberapa buah tempat yang menarik. Rombongan telah berangkat pulang untuk meninggalkan Brunei Darussalam pada keesokan harinya. Insya Allah, kelab KEKAL akan membuat lawatan balas ke Keningau Sabah pada bulan Disember tahun ini sebagai aktiviti tahunan kelab KEKAL.

0 comments: