09HB OKTOBER 2009 @ JUMA’AT – Malam atu, aku sepatutnya sibuk dengan membuat assignment, tapi dalam masa yang sama jua aku tercari-cari peluang untuk keluar meluahkan isi hati melepaskan stress yang ada sambil menggambar apa-apa yang patut digambar . Terima kasih kepada Anak Nayi Na’ kerana menyediakan satu peluang arah ku untuk turun bersama-sama menggambar persembahan Opera Cina di Bandar Seri Begawan. Jadinya aku terpaksa melunaskan keraja-keraja yang ada dengan lebih awal pada patang atu supaya dapat disambung nanti pada bila-bila masa lapang yang aku ada. Sayang jua bila kana bawa atu ditulak, lagipun aku nampak peluang percuma ani jarang ada. Aku ani pun malas jua kan drive ke bandar atu setelah kesana hampir setiap hari. Banarnya dari tahun lapas udah aku ani kan try mencuba outing Opera Cina ani, tapi memandangkan masa atu, kelengkapan ku dan ilmu-ilmu yang ku ada masih alum cukup, jadinya paksa tah ditangguhkan dulu. Peluang datang lagi sekali pada tahun ani, dimana aku sudah bersiap sedia mempertaruhkan apa yang telah aku ada untuk acara ani, tapi nyaris-nyaris terlepas peluang kerana sibuk dengan keraja-keraja kuliah, dan akhirnya aku merasa jua menggambar persembahan Opera Cina sekaligus memberi pengalaman baru dalam menyetting setting sesuai untuk malam atu. Dan bila saja aku sampai kesana aku perasan yang atu bukanlah kali pertama aku menyaksikan persembahan Opera Cina kerana jauh dalam ingatan ku, timbul satu ingatan yang ingat-ingat lupa yang mengatakan aku pernah menyaksikan Opera Cina ani semasa zaman kanak-kanakku.
Thursday, October 29, 2009
OPERA CINA - PESTA KUIH BULAN
Posted by Enaz Hanari Organization at 11:26 PM
Labels: 70-200mm, Art and Heritage, Chinese Opera, Culture, Outing, Peoples, Perayaan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment