CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Tuesday, November 24, 2009

Sentuhan Mr Eric @ Mr D3



24hb November 2009 @ SELASA - Assalamualaikum dan salam sejahtera, inda tau apa kan di ceritakan sebanarnya kali ani, 2 minggu inda memblog membuatkan aku sedikit blur macamana kan start. Hari ani seperti dalam tarikh merupakan hari kebebasan fasa pertama ku sebelum menduduki peperiksaan semester 1 yang start pada isnin dapan ani, dalam 2 minggu kebelakangan ani adalah merupakan hari dimana aku paling banyak mengadap komputer @ laptop dan kurang surfing internet, banyak mengkaji, banyak membaca,membuat assignment, hari dimana aku melupakan selimut semasa tidur dan menyediakan kopi diwaktu malam, hari dimana aku tidur ku dibuai kerisauan, hari dimana tidur yang nyenyak terpaksa dilupakan, hari dimana aku mula tidur pukul 2.30 pagi dan bangun pukul 5 pagi,. Semuanya kerana menyiapkan tugasan kursus untuk semester ani, Al-hamdulillah, segala-galanya sudah pun selesai untuk semester ani, dan pengalaman yang sama akan dilalui semula pada semester ke 2 lagi nanti,

Pada hari ani, semasa rehat-rehat dan meruah-ruah gambar dalam hard disk, terjumpa tah ku gambar ani, Gambar ani di ambil pada bulan November tahun 2008 (tahun lapas lah..), dan kan dijadikan cerita, gambar ani bukan aku yang mengambil, ianya diambil oleh Mr Eric aka Mr.D3 semasa kami jumpa-jumpa dan menjamu selera makanan Jepun di Kiulap dan tarus tah ia mencuba D60 ku yang masih baru dan seksi pada masa atu. Dalam kesempatan atu jua, aku meminta tunjuk ajar dan sedikit tips macamana kan membuat HDR yang pada masa atu aku haram inda tau & pandai langsung. Melalui tips-tips yang diberikannya, aku mula mencuba HDR beberapa hari kemudiannya di Pantai Seri kenangan (CLICK). Dan atu adalah merupakan HDR pertama kali ku yang bulih ku anggap sedikit berjaya, dan beberapa hari kemudian, aku mencuba lagi di Pantai Penanjong ditemani oleh rakan saya Anugerah, dan di Pantai Penanjong atu baru tah aku faham banar macamana kan membuat HDR yang bisai. Walaupun pada masa ani, masih lagi terdapat banyak persoalan yang belum ku uji kaji berkaitan HDR ani, aku akan terus mencuba untuk mencari jawapannya dikala ada waktu terluang. Dan sampai masa ani, aku masih lagi alum mempost bagaimana rupa HDR kali ke-dua ku atu di Pantai Penanjong..dan insya Allah akan di post dalam masa terdekat ani..SEKIAN dulu untuk hari ani..

0 comments: