CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Sunday, October 31, 2010

KAMPONG AYER NIGHT OUTING

Mendengar sedikit briefing dari Mr. AB pasal outing malam atu

Group Hug sebelum memulakan outing ~ pic credited to Mr Salim

Inilah dia suasana Kampong Ayer di waktu malam

Sedang meninjau dan mencari idea serta ilham yang power

Santai-santai sambil lepak

Meninjau-meninjau di persekitaran ruang yang ada

kami masih sempat bermain dengan bayang-bayang sendiri

Lima imej cahaya yang terbentuk dari cahaya lampu, bulan dan flare cahaya

Apakah yang sedang digambar oleh beliau ini?

Please don't follow me..

Bergerak untuk mencari lubuk baru yang berikutnya

Suasana di kawasan seberang

Tiang lampu yang ke 160??

Dead End..

Main blur sedikit, imej ani boleh dibuat diluar Kampong Ayer jua

Keadaan perumahan di sini

Keheningan malam di Kampong Ayer

Pemandangan Kompleks Yayasan Haji Hassanal Bolkiah dari seberang

Monday, October 25, 2010

REHAT SEBENTAR

Saturday, October 23, 2010

Bersama KMKDT @ Pasar Ria Amal Pusat Ehsan Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam - PART II













Bersama KMKDT @ Pasar Ria Amal Pusat Ehsan Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam - PART I
















Agak lama rasanya saya tidak mengemaskinikan blog ini, semuanya adalah disebabkan dari tekanan tugas dan kerja yang dipikul demi untuk mencari sesuap rezeki. Namun segala-galanya itu tidaklah bermakna untuk saya meninggalkan segala aktiviti-aktiviti sampingan yang lain kerana sebagai manusia yang biasa, saya juga memerlukan satu medium untuk mengurangkan segala ketegangan dan segala tekanan yang terhasil daripada tekanan kerja. Aktiviti Pasar Ria Amal Pusat Ehsan yang saya sertai ini sebenarnya telah diadakan pada hari Sabtu bertarikh 02hb Oktober 2010 hari yang sama majlis Sambutan Hari Raya diadakan di sekolah saya.

Bersama dengan rakan-rakan dan ahli-ahli Kelab Motosikal KEKAL Daerah Tutong, saya telah menyertai Pasar Ria Amal Tahunan kali ke-5 Pusat Ehsan Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam yang terletak di Kampong Bengkurong - Brunei ini bagi sama-sama untuk mengutip tabung dana melalui kegiatan-kegiatan dan aktiviti-aktiviti yang dijalankan.

Hadir bagi merasmikan Pasar Ria Amal ini ialah Puteri KDYMM sendiri iaitu Yang Teramat Mulia Paduka seri Pengiran Anak Puteri Fadzilah Lubabul Bolkiah Binti Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah. Antara aktiviti-aktiviti di Pasar Ria Amal itu ialah jualan-jualan pelbagai barangan produk makanan dan pakaian, Permainan, aktiviti Menunggang kuda, Flying-Fox dan Membonceng motosikal dari Kelab Motosikal KEKAL yang mana sebahagian atau beberapa bahagian daripada hasil yang diperolehi nanti akan didermakan kepada Dana Pusat Ehsan. Dengan mendapatkan kupon-kupon khas untuk membeli barangan disini, pengunjong juga berpeluang untuk memenangi beberapa hadiah-hadiah menarik yang disediakan bagi memeriahkan lagi suasana pasar ria amal ini. Pasar Ria Amal ini berlangsung selama 2 hari dan mendapat sambutang yang sangat menggalakkan daripada orang ramai, badan-badan persendirian, swasta dan juga badan-badan serta institusi-institusi kerajaan.

Tuesday, October 05, 2010

MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA & GURU DI SEKOLAH SAYA - PART 2/2

Awg Taufiq dari menengah 4I2 menyaksikan persembahan dari rakan-rakannya

Persembahan dari penuntut MA4 dengan persembahan mereka "Nikmat Hari Raya"

Salah seorang penuntut yang membawa lagu "Nikmat Hari Raya"

Persembahan Khas Nasyid dari penuntut MA4 dengan lagu nasyid mereka "Taubat Seorang Hamba"

Tenaga-tenaga pengajar SMTM sama-sama menghiburkan diri bersama dengan warga SMTM yang lainnya

~ Ku akui - Kelemahan ini.., Ku akui - kekurangan ini, ku Kesali - kejahilan ini, Terimalah..Taubatku ini..~

Penuntut perempuan SMTM sempat bergaya tanpa diminta

Persembahan bertenaga dari tenaga pengajar SMTM dengan membawakan lagu "Seloka Hari Raya"

Persembahan dari penuntut Tahun 7 dengan membawakan lagu "Terima Kasih Cikgu"

Persembahan dari penuntut Tahun 7 pun tidak kurang hebatnya kerana berjaya membawakan satu corak persembahan yang baru bagi diri saya

Penuntut-penuntut SMTM yang menyaksikan persembahan

Kek Hari Guru Khas buat guru-guru SMTM

3 Orang kuat SMTM - Pengetua, Timbalan Pegetua 1 & 2 memotong kek hari guru

Terhibur dengan persembahan yang dipersembahkan dari rakan-rakan sekolah

Salah seorang penuntut menengah 4I2 membahagi-bahagikan kek hari raya semasa acara kelas terbuka raya dijalankan

Puteri-puteri dari Menengah 4I2 dengan gaya-gaya mereka yang tersendiri

Puteri-puteri dari Menengah 4I2 bersama-sama dengan guru kesayangan mereka yang juga Guru Kelas - II mereka

Sebahagian daripada "tentera-tentera" 4I2 yang berada dalam jagaanku di SMTM ini