27hb NOVEMBER 2010M - Al-hamdulillah, setelah hampir sebulan meninggalkan Negara Brunei Darussalam bagi menunaikan tuntutan Rukun Islam yang ke lima, penerbangan ke lima dan juga yang terakhir bagi Jema'ah Haji Negara Brunei Darussalam bagi musim tahun 2010M/1431H akhirnya telah pun selamat sampai ke bumi Brunei Darussalam pada jam 10.30 pagi mengikut jadual asal yang telah pun dijadualkan dalam pakej dan jadual penerbangan. Ramai lah sanak saudara serta rakan dan taulan di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei ini yang telah sedia menanti kepulangan para jema'ah-jema'ah haji dalam penerbangan ini yang turut membawa bersama kedua orang tua saya yang turun bagi menunaikan ibadah fardhu haji buat kali pertamanya pada musim ini. Semoga segala ibadah-ibadah dan amalan-amalan yang telah dikerjakan oleh para jema'ah-jema'ah haji yang menunaikannya pada tahun ini mendapat ganjaran pahala dan juga yang paling besar sekali ialah untuk mendapatkan status haji yang mabrur dan diterima oleh Allah Subhaanahu wa Ta'ala atas dasar keikhlasan dan juga ketakwaan serta niat yang lurus. Bagi mereka-mereka yang telah gugur syahid semasa menunaikan ibadah ini semoga Allah menempatkan mereka di dalam Syurga-Nya yang istimewa dan dihimpunkan dikalangan hamba-hambanya yang beriman dan juga yang beramal salih, Amin ya Rabbal 'Alamin..
Saturday, November 27, 2010
SELAMAT PULANG KE TANAH AIR

Posted by Enaz Hanari Organization at 11:37 PM 0 comments
Wednesday, November 17, 2010
SALAM AIDILADHA 2010M/1431H
Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang maksudnya : " Tidak ada amalan yang dilakukan manusia pada Hari Raya Korban yang lebih disukai Allah melainkan menumpahkan darah (menyembelih) binatang korban dan sesungguhnya binatang korban itu datang pada Hari Kiamat bersama tanduk, kuku dan bulunya, dan Allah memberi pahala ibadat korban itu sebelum darah binatang korban itu jatuh ke bumi. Oleh itu ikhlaskanlah korbanmu."
- (Hadis dikeluarkan oleh at-Tirmidzi dan Ibnu Majah)
Posted by Enaz Hanari Organization at 7:41 AM 0 comments
Sunday, November 14, 2010
SEKUNTUM BUNGA DAISY
Apa yang awda akan lakukan sekiranya awda bertanyakan sesuatu perkara tetapi di balas dengan sekuntum bunga pula? Sudah sepastinya awda akan merasa keliru, hairan dan bingung ataupun mungkin awda merasa diri awda sedang dipermain-mainkan. Begitu juga halnya dengan saya sendiri. Jika perkara ini benar-benar terjadi pada diri awda sendiri adalah sebaiknya awda jangan mudah melatah atau marah kerana bunga juga boleh berperanan untuk menyampaikan sebarang mesej atau jawapan bagi beberapa persoalan yang diajukan. Oleh sebab tidak ada sesuatu yang ingin saya ceritakan maka saya ingin menceritakan serba sedikit sesuatu perkara yang diluar bidang kepakaran dan pengetahuan saya iaitu sedikit perihal bunga.
Bunga yang saya post pada entry kali ini saya gambar semasa saya berada di daerah Kundasang, Sabah - iaitu semasa saya mengikuti ekspedisi Kelab KEKAL kesana pada bulan JUN yang lalu. Namun pada ketika itu saya lupa akan nama bunga tersebut sehingga saya membuat beberapa siri carian di internet untuk mencari semula nama bunga ini. Akhirnya, setelah berjaya menemui dan mendapatkan semula namanya, saya juga mendapati bahawa bunga ini juga membawa bersamanya beberapa maksud tersirat yang lain iaitu: INNOCENCE, PURITY, I’LL NEVER TELL dan LOYAL LOVE.
Sedikit maklumat yang saya perolehi dan ambil dari internet mengatakan : Bunga Daisy adalah bunga dari keluarga Asteraceae sama halnya seperti bunga aster atau sunflower. Asteraceae adalah keluarga tumbuhan berbunga kedua terbesar dalam segi banyaknya species atau jenis. Bunga Daisy ini diperkirakan mencapai 10 persen dari semua tumbuhan berbunga di bumi dan diperdebat oleh para pakar antara tumbuhan jenis Daisy ini lebih banyak atau tumbuhan jenis anggrek yang jumlahnya tidak kalah banyak dalam segi species. Pembelajaran atau pengetahuan mengenai keluarga tanaman ini disebut synantherology. Bunga Daisy cukup sederhana bentuknya, memiliki bundaran yang lebar di tengah dan dikelilingi oleh petal-petal yang seperti sinar matahari, mungkin karena inilah bunga ini mulai disebut jenis bunga sunflower. Salah satu ciri bunga ini yaitu membuka petalnya pada pagi hari saat matahari terbit dan menutupnya kembali pada saat matahari terbenam, tetapi bunga Daisy ini tidak cuman dikenal dalam hal itu, bunga ini juga terkenal akan kemampuannya menyembuhkan penyakit penyakit tertentu. Kebanyakan bunga ini ditemui berwarna putih, tapi ada juga yang berwarna merah, kuning, dan ungu. Bunga Daisy yang paling disukai adalah Gerbera Daisy atau disebut juga African Daisy, Transvaal Daisy ataupun Barberton Daisy. Warnanya indah terang menyolok dan menjadi bunga Daisy yang berharga paling tinggi dari jenis bunga Daisy lainnya. Bunga Gerbera Daisy ini juga merupakan bunga kelima yang paling banyak digunakan sebagai “cut flower” setelah mawar, bunga carnation, chrysanthemum dan tulip. Daun dan bagian petal dari bunga ini dapat dimakan dan bisa digunakan untuk membuat teh untuk menyembuhkan sakit tenggorokan atau sakit perut (link rujukan).
Bagi saya Bunga Daisy adalah merupakan diantara bunga yang cantik, kombinasi 2 warnanya iaitu warna putih dan kuning dengan daun hijau menjadikannya diantara bunga yang cukup unik tetapi simple.
Posted by Enaz Hanari Organization at 11:05 PM 1 comments
Labels: 18-200mm, Borak-Borak-Blogger, Flora
Monday, November 08, 2010
Mari Main Bola
Posted by Enaz Hanari Organization at 1:10 AM 0 comments
Labels: 70-200mm, KELAB KEKAL, Lain-Lain
Subscribe to:
Posts (Atom)