CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Sunday, November 14, 2010

SEKUNTUM BUNGA DAISY

Bunga Daisy - Innocence, Purity, I'll Never Tell & Loyal love


Apa yang awda akan lakukan sekiranya awda bertanyakan sesuatu perkara tetapi di balas dengan sekuntum bunga pula? Sudah sepastinya awda akan merasa keliru, hairan dan bingung ataupun mungkin awda merasa diri awda sedang dipermain-mainkan. Begitu juga halnya dengan saya sendiri. Jika perkara ini benar-benar terjadi pada diri awda sendiri adalah sebaiknya awda jangan mudah melatah atau marah kerana bunga juga boleh berperanan untuk menyampaikan sebarang mesej atau jawapan bagi beberapa persoalan yang diajukan. Oleh sebab tidak ada sesuatu yang ingin saya ceritakan maka saya ingin menceritakan serba sedikit sesuatu perkara yang diluar bidang kepakaran dan pengetahuan saya iaitu sedikit perihal bunga.

Bunga yang saya post pada entry kali ini saya gambar semasa saya berada di daerah Kundasang, Sabah - iaitu semasa saya mengikuti ekspedisi Kelab KEKAL kesana pada bulan JUN yang lalu. Namun pada ketika itu saya lupa akan nama bunga tersebut sehingga saya membuat beberapa siri carian di internet untuk mencari semula nama bunga ini. Akhirnya, setelah berjaya menemui dan mendapatkan semula namanya, saya juga mendapati bahawa bunga ini juga membawa bersamanya beberapa maksud tersirat yang lain iaitu: INNOCENCE, PURITY, I’LL NEVER TELL dan LOYAL LOVE.

Sedikit maklumat yang saya perolehi dan ambil dari internet mengatakan : Bunga Daisy adalah bunga dari keluarga Asteraceae sama halnya seperti bunga aster atau sunflower. Asteraceae adalah keluarga tumbuhan berbunga kedua terbesar dalam segi banyaknya species atau jenis. Bunga Daisy ini diperkirakan mencapai 10 persen dari semua tumbuhan berbunga di bumi dan diperdebat oleh para pakar antara tumbuhan jenis Daisy ini lebih banyak atau tumbuhan jenis anggrek yang jumlahnya tidak kalah banyak dalam segi species. Pembelajaran atau pengetahuan mengenai keluarga tanaman ini disebut synantherology. Bunga Daisy cukup sederhana bentuknya, memiliki bundaran yang lebar di tengah dan dikelilingi oleh petal-petal yang seperti sinar matahari, mungkin karena inilah bunga ini mulai disebut jenis bunga sunflower. Salah satu ciri bunga ini yaitu membuka petalnya pada pagi hari saat matahari terbit dan menutupnya kembali pada saat matahari terbenam, tetapi bunga Daisy ini tidak cuman dikenal dalam hal itu, bunga ini juga terkenal akan kemampuannya menyembuhkan penyakit penyakit tertentu. Kebanyakan bunga ini ditemui berwarna putih, tapi ada juga yang berwarna merah, kuning, dan ungu. Bunga Daisy yang paling disukai adalah Gerbera Daisy atau disebut juga African Daisy, Transvaal Daisy ataupun Barberton Daisy. Warnanya indah terang menyolok dan menjadi bunga Daisy yang berharga paling tinggi dari jenis bunga Daisy lainnya. Bunga Gerbera Daisy ini juga merupakan bunga kelima yang paling banyak digunakan sebagai “cut flower” setelah
mawar, bunga carnation, chrysanthemum dan tulip. Daun dan bagian petal dari bunga ini dapat dimakan dan bisa digunakan untuk membuat teh untuk menyembuhkan sakit tenggorokan atau sakit perut (link rujukan).

Bagi saya Bunga Daisy adalah merupakan diantara bunga yang cantik, kombinasi 2 warnanya iaitu warna putih dan kuning dengan daun hijau menjadikannya diantara bunga yang cukup unik tetapi simple.

1 comments:

Anugerah said...

bunga memang cantik bgho...lebih cantik jika memilikinya...ndakn diliat dri jauh sja... hehe

welcome 2 d club bgho.. :p