27hb NOVEMBER 2010M - Al-hamdulillah, setelah hampir sebulan meninggalkan Negara Brunei Darussalam bagi menunaikan tuntutan Rukun Islam yang ke lima, penerbangan ke lima dan juga yang terakhir bagi Jema'ah Haji Negara Brunei Darussalam bagi musim tahun 2010M/1431H akhirnya telah pun selamat sampai ke bumi Brunei Darussalam pada jam 10.30 pagi mengikut jadual asal yang telah pun dijadualkan dalam pakej dan jadual penerbangan. Ramai lah sanak saudara serta rakan dan taulan di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei ini yang telah sedia menanti kepulangan para jema'ah-jema'ah haji dalam penerbangan ini yang turut membawa bersama kedua orang tua saya yang turun bagi menunaikan ibadah fardhu haji buat kali pertamanya pada musim ini. Semoga segala ibadah-ibadah dan amalan-amalan yang telah dikerjakan oleh para jema'ah-jema'ah haji yang menunaikannya pada tahun ini mendapat ganjaran pahala dan juga yang paling besar sekali ialah untuk mendapatkan status haji yang mabrur dan diterima oleh Allah Subhaanahu wa Ta'ala atas dasar keikhlasan dan juga ketakwaan serta niat yang lurus. Bagi mereka-mereka yang telah gugur syahid semasa menunaikan ibadah ini semoga Allah menempatkan mereka di dalam Syurga-Nya yang istimewa dan dihimpunkan dikalangan hamba-hambanya yang beriman dan juga yang beramal salih, Amin ya Rabbal 'Alamin..
Nikon NX Tether version 2.2.0 released
1 hour ago
0 comments:
Post a Comment