CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Wednesday, September 09, 2015

Sultan dan Rakyat


Friday, August 21, 2015

KAWASAKI VOYAGER XII - AKHIRNYA KAU KU LEPASKAN JUA

Kawasaki Voyager XII - Kenangan semasa Ekspedisi ke Kuching, Sarawak.

Tiba-tiba aku teringat kenangan Ekspedisi Kelab KEKAL ke Kuching melalui Miri - Bintulu - Sibu pada tahun 2012, memang satu pengalaman yang menyeronokkan dan tidak dapat dilupakan. Selepas itu aku menjadi kurang aktif dalam dunia permotoran akibat tekanan dan bebanan tanggungjawab tugas. Syukur aku mempunyai banyak kegemaran dan hobi mengikut intensiti masa yang berbeza. Jika tidak dapat lakukan aktiviti A aku akan beralih kepada Aktiviti B dan seterusnya. Pengurusan Stress adalah sangat penting buat diri ini agar setiap tugas dan tanggungjawab dilakukan dengan penuh kualiti dan dengan penuh perasaan ikhlas dan gembira. Mungkin suatu hari nanti aku akan mula mencuri-curi masa untuk kembali melepaskan tekanan dengan meredah lebuh raya tidak kira hujan atau panas bersama rakan-rakan yang lain. Mungkin juga sekarang aku menjadi kaku untuk menggerakkan jentera berkuasa tinggi ini memandangkan sudah lama aku tidak menungganginya. Terima Kasih atas kenangan yang telah diberikan pada ku selama ini. kini kau bukan lagi milikku kerana pada hari ini, Hari Juma'at, 21hb Ogos 2015 aku dengan rasminya telah pun melepaskan kau kepada seorang sahabat yang mungkin lebih cermat dan lebih memahami dirimu daripada diriku.

Wednesday, August 19, 2015

Snack Time



Kacang, Kuaci dan Kurma

Sana-sini sudah masyarakat sudah sedar tentang pentingnya permakanan sihat. Konsepnya sangat mudah jika kita inginkan kehidupan yang sehat melalui permakanan iaitu dengan menjaga permakanan kita dengan mengambil makanan rendah lemak serta banyakkan aktiviti fizikal. Kita sering dengar bahawa dalam menjaga permakanan kita hemdaklah berhenti makan sebelum kenyang. Tetapi elakkan juga diri kita dari didatangi rasa lapar kerana kesannya adalah pada pengambilan makanan utama kita seterusnya. Untuk itu pengambil snek adalah penting untuk mengurangkan rasa lapar kita buat seketika. Maksud saya makanan senek yang sihat seperti kacang, buahan segar dan bukannya makanan ringan seperti keropok, makanan berlemak atau yang tidak menyihatkan.

Tuesday, March 31, 2015

I NEED HELP :(


Dalam kehidupan seharian, kita tidak akan dapat melarikan diri daripada menghadapi masalah. Masalah datang dalam pelbagai bentuk dan cara serta tidak dapat dijangka bilakah ianya akan menimpa diri kita. Sebab itu ada pepatah mengatakan Sediakan Payung Sebelum Hujan yang mengingatkan kita agar sentiasa bersedia dalam menghadapi sebarang kemungkinan. Walaubagaimanapun dalam menghadapi masalah janganlah pula kita cepat melenting dan cuba menyelesaikannya secara bersendirian sekiranya masalah tersebut tersangat berat kerana hakikatnya orang sekeliling kita selalunya bersedia untuk membantu kita kalaupun bukan secara bantuan tenaga mungkin bantuan secara buah fikiran. Kita hidup didunia bukan bersendirian. Masalah datang sebagai ujian kepada si penerima dan juga ujian sebagai si pemerhati untuk tindakan mereka selanjutnya.

Sunday, March 22, 2015

SAKIT KAH?



Sakit? itulah harga yang perlu dibayar bagi setiap peserta yang mengikut acara perlawanan Tarik Kalat, Ini adalah kecederaan yang paling parah pernah aku dapat setakat ini sepanjang pembabitan ku dalam acara perlawanan Tarik Kalat. Aku sudah cukup berhati-hati dalam perlawanan Tarik Kalat yang diadakan pada pagi 21 Mac 2015 tadi. Namun kalau sudah namanya kemalangan tidak ada siapa pun yang akan sempat untuk menepis atau mengelak jika sudah terkena. Lagipun aku bukannya kuat sangat orangnya. Mungki didalam perlawanan pada masa hadapan aku akan lebih berhati-hati lagi. Selain itu peserta juga harus bersiap sedia untuk mengalami sakit-sakit badan dalam 2-3 hari mendatang setelah selesai acara perlawanan. Aku harap ia akan segera sembuh memandangkan aku perlu memegang tugas yang lebih berat 2-3 hari selepas ini.

Rawatan? Bagaimana dengan rawatan pula? selalunya untuk luka seperti ini aku akan membersihkan terlebih dahulu dengan tisu yang sudah dibasahkan dan menyapu dengan krim antiseptik yang tidak memedihkan yang boleh didapati dengan mudah dimana sahaja kedai farmasi. Aku juga tidak akan membiarkan ianya di tampal atau diberikan plaster selagi tidak ada darah yang mengalir. Dalam mindset aku luka akan mudah sembuh jika ianya sentiasa didedahkan dengan udara, lagipun ianya sekadar luka ringan. Pedih memang pedih. Aku cuma akan menampalkan ia dengan plaster buat seketika sekiranya aku ingin melakukan aktiviti sukan  atau seumpamanya supaya ianya kurang terdedah dengan sebarang geseran yang akan menyakitkan aku nanti, dan tidak lupa juga aku kan mengambil Ascorbic Acid atau Vitamin C (Ester C) sebagai supplemen untuk mempercepatkan penyembuhan luka kerana apa yang saya ketahui setakat ini Pengambilan Vitamin C bukan sahaja banyak khasiatnya buat tubuh badan kita tapi berperanan penting dalam penyembuhan luka seperti ini.