CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Tuesday, June 10, 2008

Piasau Yang Tumbang

Asssalamualaikum Warahmatullahi Wa Barakaatuh, apa khabar nya biskita semua, semoga sihat sejahtera di lindungi oleh Allah selalu, kelembapan internet 2-3 hari ani menyebabkan aku inda ada mood untuk mengemaskinikan blog ani, tapi Alhamdulillah kali ani kembali lagi dengan tajuk yang sedikit ganjil bagi ku tapi penuh pengajaran bagi mereka yang mahu berfikir iaitu
“ PIASAU TUMBANG”.

Pernah kah abiskita meliat macamana usulnya puhun piasau yang tumbang ani? Mestilah banyak yang menjawab pernah.., Tapi nya kan ..piasau tumbang yang ani lain daripada yang lain dalam fikiran biskita..sebab bagiku ani adalah kali yang pertama aku mengalami keadaan ani..untuk mengetahui cerita ani dengan lebih lanjut, teruskanlah membaca..he..he..

Kejadian ani (instead of cerita) berlaku pada 04/06/2008 @ RABU, iaitu pada beberapa hari yang lapas, pada minggu atu cuaca panas saja, maklumlah abis udah musim ribut, jadinya pada malam hari atu hujan turun sadang sederhana, maksudku inda jua labat banar and sekajap jua saja sekadar untuk menyajukkan bumi Brunei ani and masa hujan atu inda berangin atau jauh sekali ribut, biasa saja..

Kalinya pada keesokkan harinya masa ku kan turun keraja atu, teliat tah ku sepohon puhun kelapa yang tumbang ani, pada mulanya inda ku berapa ingau, kalinya dalam perjalanan kan keraja atu berfikir tah ku, ada urang kan baca do’a selamat kali? Sebab atu tah dorang kan mengambil umbut, tapi do’a selamat apa jua hari rabu?? kalau hari jumaat barangkali.., paling kurang pun kalau do’a selamat hari juma’at patang khamis atu udah kali dorang tabang piasau atu, lagipun banyak-banyak pohon piasau disana atu kenapa pohon piasau atu jua yang ditabang??? Misteri..misteri.. dan misteri..

Iatah balik keraja atu menyinggahi tah ku arah tampat berlakunya kejadian, dan baru tah ku paham yang puhon piasau atu bukan kana tabang pasal ada urang kan beguna umbutnya tapi tumbang kerana keadaan tanahnya inda lagi stabil – (terdapat pengajaran disini bagi mereka yang dapat berfikir), aku inda dapat cakap yang ia tumbang di tiup angin, sebab pada malam atu inda ada ribut, sebelum ani ribut pun ia kancang jua ia masih berdiri.. So liat sendiri lah cemana usulnya :
Anilah Pohon Piasau yang ku maksudkan tumbang atu ..

Keadaan persekitaran kawasan kejadian..


Syukur Al-hamdulillah puhun ani inda tumbang ke rumah sebalah.

Pertama sekali yang kan ku ingin liat banarnya ialah keadaan akar-akaran puhon kelapa ani..mana tau tejumpa "sesuatu" disana..

Keadaan akar puhon kelapa, seolah-olah puhon ani kana cabut macam atu saja.., PENGAJARANNYA : begitu jua dalam kehidupan seharian kita, kalau tempat kitani berpijak (persekitaran kitani) ani inda kukuh dan inda selamat (perang sana-sini, fitnah menfitnah, maksiat bermaharajalela), bangsa kitani ani akan roboh..

Puhon yang tumbang ani jatuh tekana puhon mangga disebalahnya, PENGAJARANNYA : Bukan saja bangsa kitani ani yang akan roboh bahkan tempiasnya jua akan terkana arah bangsa-bangsa lain yang berhampiran dan berdekatan.



Bila buah piasau ani sanang di ambil , apa lagi..masa untuk minum aing piasau lah..he..he, PENGAJARANNYA : Akhirnya ada pihak lain yang akan menangguk di air yang keruh,mengambil kesempatan dan keuntungan dalam kesempitan daripada apa yang telah kita hasilkan..jadi sama-samalah kita renungkan pengajaran yang ku dapat daripada kejadian piasau yang tumbang ani..Wallahu a'lam..

HSO Organization Ltd : Allah Subhaanahu Wa Ta’ala ada berfirman yang tafsirnya : “ Sesungguhnya perumpamaan kehidupan duniawi itu, adalah seperti air yang Kami turunkan dan langit, lalu tumbuhlah dengan suburnya karena air itu tanam-tanaman bumi, di antaranya ada yang dimakan manusia dan binatang ternak. Hingga apabila bumi itu telah sempurna keindahannya, dan memakai perhiasannya , dan pemilik-permliknya mengira bahwa mereka pasti menguasasinya , tiba-tiba datanglah kepadanya azab Kami di waktu malam atau siang, lalu Kami jadikan laksana tanam-tanaman yang sudah disabit, seakan-akan belum pernah tumbuh kelmarin. Demikianlah Kami menjelaskan tanda-tanda kekuasaan kepada orang-orang yang berfikir “ – ( Surah Yunos, 24 )

1 comments:

Unknown said...

Kalau kan tau, yatah namanya piasau jatuh ke riba 2 nah. atau mungkin air kelapa a2 banyak sal a2 ia barat