Assalamualaikum Warahmatullahi Wa Barakaatuh, Al-hamdulillah,Hari ani baru khatam membaca buku ani (liat gambar), sebenarnya buku ani bulih dihabiskan membaca lam 1 ke 2 ke 3 hari saja, tapi aku mengambil masa yang lebih dari 2 minggu untuk menghabiskan membaca buku ani, bukan kerana buku ani inda siuk, tetapi kerana kesibukkan masa yang memaksa aku inda dapat menghabiskan membacanya mengikut waktu yang sepatutnya.
KOMEN : Aku merekomen buku ani untuk sesiapa yang berminat untuk memperbaiki sembahyang mereka dengan lebih baik lagi, memahami sifat-sifat sembahyang nabi adalah lebih baik daripada mengikut tanpa inda tahu apa-apa seumpama jasad tanpa roh. Sebab aku sendiri pun ada terasa kesannya lapas membaca buku ani.
DI MANA BEJUAL ?: emm..so far, aku alum plang lagi tejumpa buku ani bejual dimana-mana kedai buku di Brunei Darussalam ani, mula-mula buku ani kana iklankan oleh publishernya start tah ku mencari sampai mencari di Pesta Buku di ICC tapi inda ada, cari punya cari punya cari sampailah aku ditakdirkan (BUKAN KEBETULAN) belayar ke Labuan melawat my bongsu bulan lapas,kejumpahan tah ku buku ani di kadai sana, tanpa banyak “songeh” lagi iatah membali tah ku memandangkan buku ani pun mendapat review yang baik dari pembaca dan yang mengenali si UZAR ani, so lapas sudah sebuting daripada buku-buku buruan ku.., kalau kan mencari di MIRI pun ada udah bejual di kadai UNIONS ada ku tjumpa masa kesana hari atu.
NASIHAT : Masih terdapat beberapa typical error, kesalahan baris dan erti dalam beberapa note didalam buku ani, jadinya adalah disarankan agar mereka yang memiliki buku ani untuk merujuk pada yang arif, adalah di sarankan juga untuk sesiapa yang hendak memiliki dan membeli buku ani untuk mendapatkan cetakan yang ke – 2 kerana menurut penulis segala typical error yang di maksudkan tadi akan diperbetulkan.
BUKU SETERUSNYA : Cuti datang udah, jadinya musim cuti ani aku kan merancang membaca buku yang masih lagi berkisar pasal hal ehwal sembahyang iaitu “ KESILAPAN DAN KEKELIRUAN YANG SERING TERJADI KETIKA SOLAT “(Liat gambar), Buku ani pun masih ku inda kejumpahan di kadai-kadai buku di Brunei Darussalam ani, dan aku berharap aku dapat memanfaatkan cuti sekolah ani untuk menghabiskan membaca buku ani, AMIN..
Tapi inda tau ah, selalunya kalau cuti sekolah ani aku lebih prefer membaca buku bacaan santai and yang ringan macam membaca Novel, Sekarang ani pun Novel-novel yang menunggu list untuk kan di baca pun banyak udah, iatah inda tah ku tahu bilakah lagi masanya ku kan membaca, kalau novel selalunya aku inda mengambil masa yang lama untuk membaca sampai habis, 4-5 hari habis tah tu ulihku, kalau ku inda beinternet macam sebelum ani (masa alum tedapat @ mampu kan berinternet lah tu maksudnya) barangkali 2 hari saja kali ku dapat menghabiskan.. :)
Oklah sampai sini saja ku merapu, kan mengupdate blog sebuting lagi, insya Allah akan kembali dengan tajuk merapu yang lain..he..he..
HSO Organization Ltd : "Bagi orang bijaksana, daripada bukulah mereka mendapatkan hiburan sewaktu hidupnya dalam kesusahan" - Victor Huga
0 comments:
Post a Comment