Assalamualaikum Warahmatullahi Wa Barakaatuh, Al-hamdulillah, kembali lagi saya di alam siber yang maya ani, dengan tajuk pengemas kinian yang lain daripada yang lain yang payah kan di dapati di blog-blog yang lain setelah sekian lama menyepikan diri tanpa update-update terkini dari pembaca-pembaca/pengunjung-pengunjung setia blog saya yang serba kekurangan ani. Kembalinya saya kali ani ingin berkongsi pengalaman yang indalah seberapa siuknya di waktu percutian penggal persekolahan ke-2 ani, walaupun pada hakikatnya kami bertugas di waktu tersebut.
Di waktu lapang macam ani kalau inda ada apa-apa yang kan di buat, aku kadang-kadang menganalisa kemampuan kamera Canon Power Shot A460 ku, sampai berpuluh-puluh gambar ku ambil untuk mencari kelainan yang ada, sebabnya kata urang bila diri sudah mendapati kelemahan yang ada dalam kamera ani, ia akan memudahkan atau menguatkan lagi niat diri ani untuk kan memiliki kamera DSLR,
Diatas atu adalah beberapa gambar bertaraf di bawah bawah bawah beginner, try test teknik zoom dan cahaya, kalau urang yang "KAKI" dalam bidang ani pasti dapat meneka apa yang aku mahu sebanarnya untuk gambar yang "INDA MENJADI" atau "HAPPENING" atu.
Cakap pasal kamera ani, dalam cuti ani jua ku round bandar dari YY ke BSB ke Kiulap mensurvey kamera ani, thanks kepada beberapa informer yang membagitau aku lokasi kadai Guan Chuan ani jua. so far ani aku sudah tertarik dengan Nikon D60, budget sudah pun ada, tinggal menunggu masa saja lagi..tambahan lagi bulan Julai ani adalah bulan paling sesuai untuk membali sebab bulan ani pasti banyak acara-acara menarik sempena hari puja usia kebawah duli nanti, inda kira siang ataupun malam..
Cuti kali ani aku mengambil kesempatan mengemas bilik yang bejurit dengan keratas-keratas, mana-mana lubuk yang ada sampah atu di bersihkan umpama aku menscan virus dalam komputer dan mendefreg selapas atu, aku pun inda sangka banyak rupanya sampah dalam bilik ku ani, jadinya batah-batah ani tidur dengan sampah tah ku ni..he..he.. kidding. Siap selasai lapas atu, sampah atu ku tunu sebab banyak keratas-keratas yang mesti dihapuskan mengikut kaedahnya untuk menghormati ayat-ayat Al-Quran.
Cuti ani jua aku mengambil peluang kesempatan meng UPGRADE PC Desktop, memandangkan Hard Disk 320GB inda lagi dapat menampung isinya, capat panuh bah, aku ani lagi jenis malas kan memburn balik-balik.. , Iatah ku tambah tah lagi 500GB (hardisk utama) campur 320GB lama ani nanti jadi 820 GB tia, tapi based pengalaman ku tukar-tukar hardisk ani, hardisk 500GB ani pun macam nada saja panuh ni ulih ku, liat tah saja nanti.., Jadinya ku taruskan lah upgrade tarus memorynya dari 2GB ke 4GB..Ani masih lagi di kadai PC ku ani menunggu stock..,Sekarang ani pakai notebook lah saja dulu.., Ani pun adalah punca utama aku batah inda update blog ani sebab segala gambar dan data dalam Hardisk diatas atu..
KEWANGAN : Apa kan dikata, bulan ani aku paling banyak berbelanja sejak aku tinggal dan menetap dalam dunia ani, you know what i mean kan? aku sendiri inda percaya, dan yang pasti segalanya berlaku diluar perancanganku dan dugaan ku, memang segalanya sudah di takdirkan.
EMOSI : Emosi ku bercelaru pada cuti ani, dan menjelang penghujung cuti my emosi berada dalam tahap menyedihkan kalau sesiapa yang tahu. Iatah aku membuang rasa mengemas bilik apa, ke bandar survey kamera DSLR, entah kenapa persekitaran yang ku lalui masa atu, visual yang ku nampak amat mengguris emosi, lagu di kadai memainkan lagu tema urang frust saja, nasib baik aku ani urang kuat makan eh silap kuat iman, kehidupan mesti jua di teruskan, kesenangan pasti datang setelah melalui kesukaran, bukankah ada firman Allah menerangkan macam atu.
HSO Organization Ltd : " Cara yang paling baik bagi mengaktifkan diri anda, adalah memberi tugas kepada diri sendiri " - Alex Osborn
0 comments:
Post a Comment