CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Friday, July 11, 2008

Buku Mufti Terbaru




Alhamdulillah, pada hari ani 11/07/2008 bersamaan dengan hari juma'at terjumpa ku jua akhirnya salah sebuah buku best seller Jabatan Mufti Kerajaan Brunei Darussalam yang bertajuk "Orang Sembahyang Ditangisi Oleh Tempat Sujudnya". Dari kadai ke kadai udah ku mencari buku ani sejak ia di rasmikan atau di lancarkan pada 21 Jamadilawal, 1429 bersamaan 27 Mei, 2008, tapi inda pandai kejumpahan dan syukur al-hamdulillah masa mendangani kawanku codename : anugerah ke bandar tadi, singgah tia ia ke Hua Ho Bunut, dan aku pun tergarak hati kan singgah arah cawangan Ezy Printing disana, bukan pulang ku kan membuat kad apa. tapi andang mencari buku Pehin Mufti jua. Bila udah terjumpa atu tarus lah bali.

Kalau lah kan tau, Buku ani diadaptasi dan diolah semula dari ceramah Yang Berhormat Pehin dalam rancangan Bersama Mufti sempena Sambutan Isra’ dan Mi’raj 1428 Hijriyyah. Jadinya siapa yang inda berkesempatan mendangar ceramah Pehin masa atu bolehlah membaca buku ani.

Dalam ucapan Pehin masa pelancaran buku ani, orang yang sembahyang atu akan ditangisi oleh tempat sujudnya apabila orang yang pernah menggunakannya untuk sembahyang meninggal dunia. Menurut yang Berhormat Pehin, ada macam-macam sebab yang menyebabkan orang menangis. Antaranya kerana sayang dan kasih. Demikianlah halnya tempat-tempat di mana kitani pernah sujud akan menangisi kita, kerana mereka semuanya sangat menyayangi kita. Oleh kerana kita berpulang kerahmatullah, mereka itu tidak berpeluang lagi untuk mendapat sentuhan daripada dahi kita, kerana itu mereka sedih dan menangis.Yang Berhormat Pehin seterusnya menyatakan tangisan bumi dan langit adalah tasbih dan doa. Tangisan bumi dan langit atu jelasnya lagi, adalah sungguh bererti sebagai tanda kebesaran dan kemuliaan orang yang ditangisi. Sementara orang yang inda beriman, kalau mereka mati nanti, bumi dan langit sama sekali tidak akan menangisi mereka.

Yang Berhormat Pehin berkata, menurut ‘Atha’ al-Khurasani, bumi di mana sahaja seorang hamba pernah sujud padanya akan menjadi saksi baginya pada hari Kiamat kelak dan juga akan menangisinya pada hari dia meninggal dunia.

Katanya lagi Ibnu ‘Abas Radhiallahu ’anhu pula menambah tangisan itu akan berlaku selama empat puluh hari. Selain mengupas beberapa fadhilat sembahyang, buku ini juga cuba menjelaskan beberapa insiden dahsyat dan mengerikan yang menimpa mereka yang mencuai dan tidak menunaikan sembahyang. Berbagai paparan amat menakutkan daripada beberapa kisah silam dan terkini juga dapat diikuti yang dapat menyentuh hati dan perasaan dengan rasa kesedaran dan keinsafan.

HSO Organization Ltd : Nabi Muhammad S.A.W ada bersabda : "Aku diberi lima perkara yang tidak diberi kepada mana-mana Nabi sebelumku...(salah satu antara lima itu)...dan dijadikan bumi dan seluruh tanahnya masjid dan suci. Maka di manasahaja aku berada, aku akan menunaikan solat padanya." - Riwayat Bukhari dan Muslim

2 comments:

Anonymous said...

nah awal tia dimasukkan rah blognya.. :p, apapun rugi siapa nda mbaca buku ani.

Enaz Hanari Organization said...

mana ku tau ko kan masuk kan jua.., tapi kalau ko masukkan pun andang ku kan masukkan plang jua..he..he..