CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Saturday, October 31, 2009

Watak-Watak dalam Opera Cina











Sebahagian daripada watak-watak yang sempat digambar sedang melakonkan peranan dan watak masing-masing dalam persembahan opera cina



"Thanks for Viewing"

CHINESE OPERA - Di Sebalik Pentas Opera






Friday, October 30, 2009

Warna-Warni Opera Cina









Walaupun aku inda paham apa yang cuba disampaikan dorang dalam persembahan opera atu, tapi mengikut apa yang aku tahu – Persembahan Opera Cina ani merupakan salah satu daripada persembahan seni kebudayaan sastera dorang yang melibatkan seni muzik traditional, pantonim, nyanyian, menari, aksi, lawak, sedih, seni bela-diri dan bermacam-macam genre persembahan. Opera Cina sepertimana yang aku tahu ia memang ada bermacam-macam variasi. Opera Cina inda melakat kepada satu cerita saja tapi akan membawa pelbagai bentuk cerita yang melibatkan peristiwa sejarah, reformasi pembentukan negara, kisah-kisah Indra Kayangan dan macam-macam lagi. Akhirnya, atu tah saja info dan pengetahuan yang dapat dikongsi bersama untuk sastera Opera Cina yang ku tau lah.

Thursday, October 29, 2009

OPERA CINA - PESTA KUIH BULAN





09HB OKTOBER 2009 @ JUMA’AT Malam atu, aku sepatutnya sibuk dengan membuat assignment, tapi dalam masa yang sama jua aku tercari-cari peluang untuk keluar meluahkan isi hati melepaskan stress yang ada sambil menggambar apa-apa yang patut digambar . Terima kasih kepada Anak Nayi Na’ kerana menyediakan satu peluang arah ku untuk turun bersama-sama menggambar persembahan Opera Cina di Bandar Seri Begawan. Jadinya aku terpaksa melunaskan keraja-keraja yang ada dengan lebih awal pada patang atu supaya dapat disambung nanti pada bila-bila masa lapang yang aku ada. Sayang jua bila kana bawa atu ditulak, lagipun aku nampak peluang percuma ani jarang ada. Aku ani pun malas jua kan drive ke bandar atu setelah kesana hampir setiap hari. Banarnya dari tahun lapas udah aku ani kan try mencuba outing Opera Cina ani, tapi memandangkan masa atu, kelengkapan ku dan ilmu-ilmu yang ku ada masih alum cukup, jadinya paksa tah ditangguhkan dulu. Peluang datang lagi sekali pada tahun ani, dimana aku sudah bersiap sedia mempertaruhkan apa yang telah aku ada untuk acara ani, tapi nyaris-nyaris terlepas peluang kerana sibuk dengan keraja-keraja kuliah, dan akhirnya aku merasa jua menggambar persembahan Opera Cina sekaligus memberi pengalaman baru dalam menyetting setting sesuai untuk malam atu. Dan bila saja aku sampai kesana aku perasan yang atu bukanlah kali pertama aku menyaksikan persembahan Opera Cina kerana jauh dalam ingatan ku, timbul satu ingatan yang ingat-ingat lupa yang mengatakan aku pernah menyaksikan Opera Cina ani semasa zaman kanak-kanakku.

Monday, October 26, 2009

"WE CARE" - Menderma Darah Anjuran Kelab KEKAL



















AHAD, 25hb Oktober 2009M – Kelab Motosikal KEKAL Daerah Tutong dengan kerjasama Kementerian Kesihatan telah menganjurkan kempen menderma darah dengan temanya “We Care” bertempat di Civic Centre Daerah Tutong, Kempen yang dianjurkan Kelab KEKAL ini juga turut dibukakan kepada orang-orang ramai yang ingin menderma darah. Kempen menderma darah ini bermula dari pukul 9.00pagi hingga ke pukul 11.30pagi. Alhamdulillah, sambutan yang diterima dari orang ramai adalah sangat menggalakkan dan ianya telah membuktikan yang masyarakat kitani sememangnya mengambil peduli bertepatan dengan temanya iaitu “We Care”.

Menderma darah merupakan satu kegiatan dan amalan yang boleh menyelamatkan nyawa orang lain dan patut dijadikan sebagai amalan sepanjang hayat buat kitani. Dengan menderma darah jantung akan mengepam semula darah dan membentuk sel darah baru untuk mengganti semula darah yang telah didermakan yang sudah semestinya akan mendatangkan manfaat serta faedah kepada kesihatan tubuh badan. Jumlah kadar darah yang hendak didermakan semasa proses menderma adalah bergantung kepada berat badan seseorang penderma atu, sebab atu tah sebelum kitani menderma, berat badan seseorang atu akan ditimbang terlebih dahulu. Selalunya ada 2 jumlah kadar darah yang boleh didermakan iaitu sebanyak 350ml dan 450ml (atu yang aku pernah kana bagitau lah), atu pun kalau orang atu masih waras atau inda kapisan. Limpas dari kadar atu akan menyebabkan penderma atu akan merasa pening dan akhirnya pengsan. Jadi pastikan sebelum biskita menderma perut hendaklah jangan dibiarkan kosong. Penderma akan dibenarkan untuk menderma semula setelah berlalu tempoh 2-3 bulan selapas itu.

Friday, October 23, 2009

A Week Full of "STRESS"


A Week Full of "STRESS"
SABAR tah Saja . .

Wednesday, October 21, 2009

Tetamu Dari Keningau Bikers Sabah








DATE : 17HB OKTOBER 2009M @ SABTU
VENUE : TAMAN SERI WARISAN EMAS, TUTONG & JERUTON HOTEL, JERUDONG


TUTONG, Sabtu @ 17hb Oktober 2009 - Kelab Motosikal KEKAL Daerah Tutong hari ini telah menerima rombongan lawatan penunggang motosikal dari daerah Keningau, Beaufort dan Kota Kinabalu Sabah. Rombongan seramai 17 buah motosikal dari pelbagai jenis itu sampai pada 17hb Oktober 2009 dan disambut oleh Presiden KEKAL Hj Md Yusof bin Siput dan Ketua Biro Pelancongan KEKAL Awg. Tennyson bin Linggang. Rombongan itu telah dibawa untuk melawat ke beberapa buah tempat yang menarik di daerah Tutong dan pada sebelah malamnya, rombongan dari Sabah itu dibawa untuk menikmati makan malam bersama kelab KEKAL di Hotel Jeruton Jerudong sebelum dibawa untuk melawat ke beberapa tempat pusat membeli belah sekitar Gadong dan menikmati suasana malam di Bandar Seri Begawan. Objektif lawatan menurut Pengerusi Keningau Bikers iaitu Encik Rahmat bin Hj.Saman ialah untuk mengeratkan lagi tali silaturrahim antara penunggang motosikal seluruh borneo disamping mengambil peluang untuk melawat ke beberapa buah tempat yang menarik. Rombongan telah berangkat pulang untuk meninggalkan Brunei Darussalam pada keesokan harinya. Insya Allah, kelab KEKAL akan membuat lawatan balas ke Keningau Sabah pada bulan Disember tahun ini sebagai aktiviti tahunan kelab KEKAL.