Friday, December 31, 2010
The Last Sunset Of 2010
Posted by Enaz Hanari Organization at 10:51 PM 0 comments
Labels: 11-16mm, Group Hugs, PANTAI
Tuesday, December 28, 2010
INDONESIAN DAY : "UNITY IN DIVERSITY" - PART V / V
















Diatas adalah persembahan-persembahan yang dibuat oleh anak-anak kecil dari Indonesia. Selain mempersembahkan dan memperagakan pakaian tradisi mereka, mereka juga tampil mempersembahkan beberapa tarian iaitu Tarian Tradisional Jawa – Dolanan Anak-anak dan juga Tarian Lampung yang sememangnya tidak dapat dinafikan cukup menarik perhatian dan juga menghiburkan mereka yang hadir menyaksikan.
Selain itu, persembahan musikal tradisi Angklung mereka juga tidak kurang hebatnya berbanding dengan persembahan Angklung dewasa dengan membawakan beberapa lagu. Mereka berjaya membawakan lagu My Heart Will Go On, Can’t Help Falling In Love dan Auld Lang Syne dengan alatan Angklung mereka dengan jayanya dan berjaya mendapat tepukan gemuruh daripada mereka-mereka yang datang hadir menyaksikan persembahan mereka.
Secara keseluruhannya, saya memang cukup berpuas hati dengan persembahan dan layanan yang telah diberikan dalam acara ini yang mana ianya sedikit sebanyak telah memberikan gambaran sebenar mengenai kesenian serta tradisi dan kebudayaan dari Negara Indonesia itu sendiri sesuai dengan tema mereka pada acara tersebut iaitu "Amazing Indonesia: Celebration of Diversity".
P/S: Kebanyakan maklumat dan info diperolehi dari buku panduan acara Agenda Indonesian Day dan beberapa sumber dari internet, kesalahan fakta dan maklumat mungkin berlaku tanpa disengajakan.
sumber rujukan:
Posted by Enaz Hanari Organization at 6:54 AM 1 comments
Labels: 70-200mm, Art and Heritage, Culture, Peoples
Saturday, December 25, 2010
INDONESIAN DAY : "UNITY IN DIVERSITY" - PART IV / V


















Kanak-kanak juga tidak ketinggalan bagi sama-sama memeriahkan acara memperkenalkan budaya dan tradisi negara mereka dengan turut sama menyertai beberapa persembahan.
Seramai 38 orang kanak-kanak juga terlibat dalam persembahan pakaian tradisi mereka dimana mereka tampil memperagakan pakaian-pakaian tradisi mereka seperti pakaian tradisi Jawa, Sulawesi, Lampung, Sunda, Madura, Batak, Bali, Ponorogo, Padang, Dayak, Makasar, Kalimantan dan juga Melayu.
Walaupun mereka tampil berbilang kaum dan juga bangsa, namun mereka tetap bersatu dalam perpaduan mereka sesuai dengan moto negara mereka “Bhinneka Tunggal Ika” (Unity in Diversity) yang menjadi acuan dalam membentuk negara mereka. (Bersambung – PART V)
Posted by Enaz Hanari Organization at 12:46 AM 0 comments
Labels: 70-200mm, Art and Heritage, Culture, Peoples
INDONESIAN DAY : "UNITY IN DIVERSITY" - PART III / V


















Ramai yang tersalah anggap dengan mengatakan tarian ini menggambarkan kehidupan dan keceriaan burung merak betina, padahal sebenarnya mengisahkan tentang burung merak jantan yang terlalu takjub dengan kecantikan dirinya dalam memikat si merak betina.
Dengan membawakan tema "Amazing Indonesia: Celebration of Diversity", Acara tersebut juga turut menyajikan beberapa acara kesenian dan kebudayaan melalui kraftangan-kraftangan dan juga makanan-makanan tradisional selain persembahan kebudayaan tarian dan musikal mereka.
Pengunjung-pengunjung yang datang menyaksikan persembahan mereka berpeluang untuk menyaksikan persembahan-persembahan tarian Asli dan Tradisional seperti Tarian Asli Jawa – Jaran Kepang, Tarian Traditional Bali – Tari Mergapati, Tarian Yapong, Tarian Lampung, Tarian Dolanan, Tarian Bungo Jeumpa, Tarian Merak juga persembahan-persembahan musikal seperti Gamelan, Kulintang dan Anklung.
Antara tarian-tarian yang banyak dipersembahkan, Tarian Tradisional Jawa – Dolanan Anak-anak dan Tarian Traditional Aceh – Bungo Jeumpa lebih banyak menarik perhatianku kerana keunikan serta persembahannya yang lebih menceriakan dan harmoni. Persembahan-persembahan lain juga tidak kurang hebatnya dan juga menghiburkan. (Bersambung – Part IV).
tempat rujukan:
http://id.wikipedia.org/wiki/Budaya_Indonesia
http://id.wikipedia.org/wiki/Kulintang
Posted by Enaz Hanari Organization at 12:38 AM 0 comments
Labels: 70-200mm, Art and Heritage, Culture, Peoples