

















Pada 04hb Ogos 2010 yang lepas, Saya bersama dengan rakan-rakan dan juga uncle-uncle dari Kelab Motosikal KEKAL Daerah Tutong telah sama-sama meraikan karnival hari terbuka Ma’had Islam Brunei yang diadakan bersempena dengan 20 tahun penubuhan sekolah tersebut dengan mengadakan pameran dan juga aktiviti menunggang skuter.
Tetamu kehormat pada majlis tersebut ialah Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama iaitu Ustaz Pengiran Haji Bahrom bin Pengiran Hj Bahar yang berkenan merasmikan pelancaran hari terbuka sekolah Ma’had Islam Brunei.
Karnival hari terbuka Ma’had Islam Brunei selama dua hari itu telah menyediakan beberapa aktiviti dan jualan-jualan seperti produk-produk kampong, buku-buku, barang-barang komputer, bunga-bunga hidup, pakaian dan hiasan dan juga makanan. Antara aktiviti lain yang diadakan pada hari tersebut ialah Pameran Motosikal dan aktiviti menunggang sambil menderma Kelab KEKAL Daerah Tutong seperti yang telah dinyatakan diatas, Kadet Tentera, Permainan Bouncer, Permainan Kikik, Menunggang Kuda, Motor ATV dan juga Flying-Fox.
Acara yang berlangsung selama 2 hari tersebut sememangnya telah menarik ramai pengunjung-pengunjung luar dan daripada penuntut-penuntut dari sekolah-sekolah ugama, sekolah-sekolah rendah hingga ke sekolah menengah dari pagi hingga ke petang bagi sama-sama memeriahkan suasana pada hari terbuka Ma’had Islam Brunei.
Sebagai bekas warga negara sekolah tersebut, saya sememangnya merasa cukup gembira kerana telah dapat menjejakkan kaki semula ke sana dan dapat bersua muka kembali dengan bekas guru-guru yang telah pun banyak mengasuh dan mendidik saya sepanjang tujuh tahun berada di sana. Banyak perubahan ketara yang saya lihat secara dekat pada sekolah tersebut setelah menamatkan pengajian disana pada “beberapa” tahun yang lepas. Sememangnya tidak dapat dinafikan lagi bahawa sekolah tersebut memang telah banyak meningalkan 1001 kenangan pahit dan juga manis kepada saya sepanjang menjadi penuntut disana. Semoga Ma’had Islam Brunei akan sentiasa terus maju dalam melahirkan insan-insan berkualiti, berilmu dan juga bertaqwa di dunia dan juga akhirat.
0 comments:
Post a Comment