CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Sunday, August 01, 2010

KUNJUNGAN MUHIBBAH KELAB SKUTER ELEGAN SABAH (KSES) KE BRUNEI DARUSSALAM KALI KE-2

Semasa berada di SSYEAP Cafe Serusop untuk makan malam

Warga Kelab KEKAL bergambar ramai bersama warga Kelab Skuter Elegan Sabah

Warga Kelab KEKAL sekali lagi bergambar ramai bersama warga Kelab Skuter Elegan Sabah

Semasa berada di Gerai Perayaan di Bandar Seri Begawan

Ahli Kelab Skuter Elegan Sabah bergambar ramai berlatarkan malam perayaan di ibu kota

Apakah yang sedang diperhatikan oleh bro KSES dan bro KEKAL ini??

Kanak-kanak sekolah yang membuat persembahan di malam perayaan pada malam tersebut

Bersiap sedia untuk mengisi minyak sebelum berangkat pulang

KK008 sempat bercerita dengan Bro Azmi

Ramai yang mengatakan yang wajah Cikgu seorang ani iras-iras wajah Imam Muda Hizbur dalam program realiti TV

Bro Shahrom diatas AN400K8

Semasa berada di Empire Hotel & Country Club

Pose mengancam dari Bro Amin

Presiden KSES yang baru bersama dengan anak perempuan beliau

Bergambar ramai sekali lagi di Empire Hotel & Country Club

24-25hb JULAI 2010 – Pada tarikh yang telah dinyatakan, saya bersama ahli-ahli Kelab KEKAL yang lain telah bersama-sama menerima kunjungan daripada sebuah kelab skuter dari Negeri Sabah iaitu Kelab Skuter Elegan Sabah. Kunjungan mereka untuk kali ke-2 ke Negara Brunei Darussalam pada bulan Julai ini sememangnya sudah dirancang oleh mereka dan sudah pun dimaklumkan lebih awal kepada kami semasa ekspedisi Kelab KEKAL ke Kota Kinabalu / Kundasang & Ranau pada bulan Jun yang baru lepas. Sebelum ini Kelab Skuter Elegan Sabah pernah mengunjungi Negara Brunei Darussalam pada 26hb Februari 2010. Pada kunjungan mereka kali ke-2 ini seramai lebih kurang 14 orang ahli Kelab Skuter Elegan Sabah telah menyertai ekspedisi tersebut dengan kebanyakkannya menggunakan Skuter jenis Elegan buatan Modenas.

Bertepatan dengan sambutan perayaan hari keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia kali yang ke-64 tahun, saya bersama-sama dengan rakan-rakan dari Kelab KEKAL telah membawa ahli-ahli Kelab Skuter Elegan Sabah (KSES) mengunjungi tapak perayaan di Bandar Seri Begawan dan seterusnya meronda-meronda ibu kota Bandar Seri Begawan untuk menyaksikan suasana malam perayaan yang dihiasi dengan lampu-lampu neon berwarna-warni.

Di pagi berikutnya pula sebelum mereka berangkat pulang, mereka sempat dibawa untuk melawat dan meninjau ke salah sebuah hotel ekslusif di Negara Brunei Darussalam iaitu Empire Hotel & Country Club Jerudong. Dalam ekspedisi mereka ke Brunei Darussalam kali ini, rata-rata mereka cukup berpuas hati dan sangat gembira dengan keindahan Negara Brunei Darussalam serta hubungan erat dan mesra yang di berikan oleh Kelab KEKAL sepanjang mereka berada di Negara Brunei Darussalam ini.

Rombongan dari Kelab Skuter Elegan Sabah akhirnya berangkat pulang meninggalkan Brunei Darussalam pada jam 12 tengahari. Saya mewakili Kelab KEKAL tidak lupa untuk mengucapkan ucapan ribuan terima kasih atas kunjungan muhibbah Kelab Skuter Elegan Sabah (KSES) ke Brunei Darussalam dan saya tidak lupa juga untuk mengucapkan ucapan tahniah kepada Presiden baru kelab tersebut iaitu Encik Azmi atas kejayaan kelab tersebut yang telah berjaya mengadakan ekspedisi menuju ke Brunei Darussalam untuk kesekian kalinya.

Gambar kunjungan Kelab Skuter Elegan Sabah (KSES) ke Negara Brunei Darussalam boleh juga didapati di laman blog KELAB KEKAL di SINI

0 comments: