Bertuah sungguh si anak kecil ini kerana dapat mengabadikan kenangan bersama baginda Sultan
Kelihatan Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah bersama-sama rakyat semasa acara junjung ziarah berlangsung
Senyuman ceria seorang Raja yang dikasihi rakyat jelata Brunei Darussalam
Senyuman seorang pemimpin negara yang mementingkan kesejahteraan rakyatnya
Siapa nah?? Tutong very own Zymah dari Weddingbrunei.com
Kaum Dusun yang bermain alat muzik tradisi
Seorang kanak-kanak perempuan yang mengenakan pakaian tradisi puak Dusun
Pakcik ini sedang bermain alat muzik
Salah satu bentuk warisan yang mesti dipertahankan untuk warisan zaman
Pelapis-pelapis muda yang bakal memelihara tradisi mereka dimasa hadapan
Kaum perempuan juga tidak ketinggalan untuk sama-sama memeriahkan persembahan muzik tradisi mereka ini
Ketika ditanya dimana bersekolah?, ia menjawab sedang menuntut di Sekolah Menengah Tanjong Maya Tutong
Diantara bekas murid-murid yang tidak sempat saya ingat nama-nama mereka semasa saya sedang praktikal yang datang menyapa
N.Farhanah salah seorang diantara bekas kumpulan murid pertama saya setelah menjadi seorang pendidik
Dk Fatin "The Silent Breaker" - seorang kakak yang bertanggungjawab kepada adiknya, juga diantara bekas kumpulan murid pertama saya setelah menjadi seorang pendidik, kehadirannya mampu untuk memecah kesunyian semasa berada di dalam kelas
jeng~jeng~jeng... sebelum beredar untuk balik, sekali lagi saya telah disapa oleh bekas murid yang saya kenali tergolong dalam golongan top student ~ The Same Old Smile from P-jah ~
Last-last ada jua bah gambar ku dalam majlis ani..

Al-hamdulillah, selesailah sudah Majlis Ramah Mesra dan Junjung Ziarah bersama rakyat dan penduduk di Daerah Tutong ini, sememangnya banyak perkara yang telah saya pelajari dalam acara dan majlis pada pagi tersebut terutama dalam mencari kesilapan dan memperbetulkan semula setting semasa menggambar,saya mengakui dalam gambar-gambar yang saya post dalam acara dan majlis ini memang banyak terdapat beberapa gambar yang menggunakan setting yang salah sehingga menyukarkan saya untuk membetulkannya semula dan ianya juga sekaligus memberikan saya pengalaman dan pengajaran berharga dalam memperbaiki lagi kelemahan ini dimasa akan datang. Dalam acara dan majlis ini juga saya berpeluang untuk menyapa dan juga telah disapa oleh rakan-rakan jurugambar yang lain sama ada yang sudah saya kenali ataupun yang baru saya kenali dan tidak ketinggalan juga bilamana saya banyak disapa semula oleh bekas murid-murid saya yang suatu ketika dulu pernah berada dalam pengawasan dan jagaan saya ketika saya baru sahaja memulakan profession dan kerjaya saya sebagai seorang pendidik, yang mana pada ketika itu mereka masih lagi kanak-kanak kecil yang mana kini sedang meniti usia-usia remaja.
Secara keseluruhannya saya memang berpuas hati dan merasa sangat gembira atas keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia bercemar duli ke daerah ini. Acara dan majlis ini juga merupakan satu medan bagi saya untuk menghiburkan diri saya sendiri dan juga dapat mengurangkan sedikit tekanan kerja disamping ianya merupakan salah satu bentuk riadah bagi saya sendiri kerana berjalan dari hujung ke hujung mencari subjek dengan membawa kamera yang berat. Sebagai penutup saya dengan penuh takzim ingin merakamkan ucapan Daulat Kebawah Duli Tuan Patik diatas sambutan ulang tahun hari keputeraaan baginda yang ke 64 tahun semoga Kekal Karar Memerintah Negara dan di do'akan agar baginda sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera dalam perlindungan dan rahmat daripada Allah Subhaanahu wa Ta'ala jua. Amin Yaa Rabbal 'Alamin..
0 comments:
Post a Comment