Penuntut-penuntut dari Sekolah Menengah Tanjong Maya Tutong sedang menjimatkan tenaga sebelum ketibaan Sultan yang dikasihi
Sememangnya hari ani adalah hari yang ku tunggu-tunggu untuk tahun ani
~SHARING IS CARING ~ Pelajar perempuan dari Sekolah Menengah Sayyidina 'Othman sedang berteduh dibawah satu payung
Diantara mereka adalah bekas pelajar-pelajar yang sempat menerima didikan dari saya selama lebih kurang 7 bulan
Pelajar Senior dan junior saling lirik melirik antara satu sama lain
Tenaga pengajar dari Sekolah Menengah Tanjong Maya yang bertugas mengawas penuntut-penuntut di pagi tersebut
Lagi kumpulan tenaga pengajar dari Sekolah Menengah Tanjong Maya yang bertugas mengawas penuntut-penuntut di pagi tersebut
Berkibar megah bendera negaraku
Apa yang ko angan-angankan tu Fitri??
Eh..apakan ni kan gambar-gambar urang ani kan, cuba tah urang lain saja di gambar..
Eh..cigu rupanya..fikir siapa tadi..nah gambar tia dengan senyuman yang inda akan ku bari arah tukang gambar lain..
Gambar kami banyak-banyak cigu..jangan saja lupa hantar arah kami nanti..
~ PROUD TO BE A BRUNEIAN ~ Terima Kasih kepada Dayang R-J kerana sudi posing..~PEACE~
Hanafi Salam & Shah Indrawani, Jurugambar yang didatangkan khas dari Daerah Brunei-Muara turut tidak melepaskan peluang meronda-ronda disepanjang jalan untuk mencari mangsa seterusnya
Renungan seorang pemburu professional, Silent-Shooter sedang meniup senjata milik beliau untuk mengurangkan bahang kepanasan

TUTONG,22hb JULAI 2010 @ KHAMIS - Pada tarikh yang dinyatakan tersebut adalah merupakan salah satu diantara hari yang paling saya tunggu-tunggu ketibaannya dalam tahun 2010 ini setelah Negara Brunei Darussalam tidak menyambutnya pada tahun 2009 akibat bahana H1N1. Ini adalah kerana pada tarikh tersebut adalah merupakan tarikh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berangkat bercemar duli ke Majlis Ramah Mesra Serta Junjung Ziarah Bersama Rakyat dan Penduduk Daerah Tutong bersempena dengan Sambutan Hari Keputeraan Baginda Yang ke-64 tahun. Pada tahun ini keberadaan saya dalam acara dan majlis ini sedikit terbatas di permulaan acara memandangkan saya bertugas mengawas murid-murid serta pelajar-pelajar disepanjang laluan menuju ke Pentas Di-Raja di Kompleks Kemasyarakatan Daerah Tutong namun ianya sama sekali tidak mampu untuk mematahkan semangat saya untuk merakamkan saat-saat indah dan juga sedikit sebanyak acara-acara yang telah dijalankan sepanjang acara berlangsung disamping memburu wajah-wajah ceria dari penduduk Daerah Tutong sepanjang acara dan majlis ini dijalankan.
0 comments:
Post a Comment