CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Thursday, July 22, 2010

DIRGAHAYU 64 - MAJLIS JUNJUNG ZIARAH DAN RAMAH MESRA BERSAMA PENDUDUK DAERAH TUTONG - PART II

Motosikal Polis yang mengiringi keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam

Bendera dikibar sepanjang laluan yang dilalui oleh baginda Sultan

Keberangkatan tiba Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam

Semasa bersiap sedia menantikan keberangkatan tiba baginda Sultan serta putera-putera dan adinda baginda

Pelajar-pelajar dari Sekolah Menengah Tanjong Maya Tutong mengibar bendera dengan penuh ceria

Ini adalah kali pertama pelajar-pelajar dan guru-guru Sekolah Menengah Tanjong Maya Tutong menghadiri acara dan majlis sambutan ini sebagai warga Sekolah Menengah Tanjong Maya Tutong

Pelajar-pelajar mula beredar ke Sekolah Menengah Sufri Bolkiah sambil diawasi oleh guru-guru pengawas

Pelajar masih sempat mengabadikan kenangan

Suasana dimana pelajar-pelajar mula beredar menuju ke Sekolah Menengah Sufri Bolkiah

Pemangku Pegawai Daerah Tutong Awang Haji Muhammad Suffian Bin Haji Bungsu semasa memberikan ucapan kehadapan majlis baginda Sultan

Memulakan persembahan khas yang mengandungi 3 segmen

Segmen pertama mempersembahkan sebuah lagu "Doa Untuk Raja" yang mencerminkan hubungan erat antara Raja dan rakyat dalam sama-sama mendokong kedaulatan beraja dan bernegara yang berteraskan falsafah Melayu Islam Beraja

Satu persembahan yang cukup untuk menarik minat orang ramai untuk terus menyaksikannya

Setiap gerak dan rentak yang dibuat seiring dengan lagu yang telah dipersembahkan

Salah satu gerak tari dalam acara pada pagi tersebut

Lagu khas "Do'a Untuk Raja" dengan ungkapan Ketulusan doa mengiringi baginda, dilanjutkan usia kekal qarar menerajui nusa dan bangsa.

Suasana keberangkatan baginda berserta ahli kerabat diraja yang lain di Pentas Diraja di Padang Kompleks Dewan Kemasyarakatan, Daerah Tutong dimeriahkan lagi dengan pukulan hadrah oleh pelajar-pelajar sekolah yang terlibat di majlis itu dan seterusnya lagu kebangsaan"Allah Peliharakan Sultan" dan diikuti kemudiannya dengan laungan "Daulat Kebawah Duli Tuan Patik".

Berangkat sama di majlis itu Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah, Yang Teramat MuliaPaduka Seri Duli Pengiran Muda Haji 'Abdul 'Azim, dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Malik.

Majlis diikuti dengan sembah kesyukuran dan taat setia oleh Pemangku Pegawai Daerah Tutong Awang Haji Muhammad Suffian Bin Hj Bungsu yang antara lain menyembahkan ucapan setinggi-tinggi ucapan menjunjung kasih kehadapan Majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia di atas kurnia perkenan berangkat bercemar duli ke Daerah Tutong sempena Sambutan Perayaan Ulang Tahun Keputeraan baginda di hari yang penuh bersejarah dan gemilang itu.

Beliau menambah, sesungguhnya keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia ke daerah itu merupakan satu anugerah serta penghormatan yang amat besar ertinya dan merupakan saat yang sungguh bermakna kepada rakyat dan penduduk di Daerah Tutong. Menurutnya, ini merupakan kesempatan istimewa buat penduduk Daerah Tutong menjunjung ziarah kehadapan Majlis baginda yang akan menjadi kenangan manis serta ristaan yang kekalabadi kepada rakyat serta penduduk di Daerah Tutong. Di samping itu katanya, keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia mencerminkankeprihatinan, pemedulian serta rasa kasih sayang mendalam dan berterusan baginda terhadap kesejahteraan dan kebajikan rakyat dan penduduk yang bernaung di bumi Brunei Darussalam yang amat bertuah ini.

"Hamba-hamba Kebawah Duli Tuan Patik sentiasa berdoa semoga Kebawah Duli Tuan Patik serta kerabat diraja sekalian dilanjutkan usia dan sentiasa berada dalam perlindungan dan keredaan Allah Subhanahu Wata'ala, sihat Walafiat, selamat sejahtera, kekal qarar memerintah turun-temurun di atas tahta singgahsana kerajaan dan Negara Brunei Darussalam akan terus menerus berada dalam keadaan aman damai serta didalam rahmat dan perlindungan Allah Subhanahu Wata'ala," sembahnya.

Persembahan khas yang disembahkan pagi tadi mengandungi tiga segmen di mana segmen pertama mempersembahkan sebuah lagu "Doa Untuk Raja" yang mencerminkan hubungan erat antara Raja dan rakyat dalam sama-sama mendokong kedaulatan beraja dan bernegara yang berteraskan falsafah Melayu Islam Beraja. Ketulusan doa mengiringi baginda, dilanjutkan usia kekal qarar menerajui nusa dan bangsa.

Segmen kedua pula mempersembahkan sebuah lagu "Negara Brunei Negara Tercinta". Persembahan Tausyeh diungkapkan sebagai gambaran pengabdian diri kepada agama, raja dan negara yang perlu diisi dengan nilai-nilai murni penuh rasa tanggungjawab, kesyukuran, keinsafan dalam menghayati erti kedamaian dan kesejahteraan ke arah mewujudkan kemakmuran Negara.

Sementara disegmen ketiga juga mempersembahkan sebuah lagu "Raja Berdaulat" yang melambangkan kepimpinan baginda membawa era kemajuan negara ke arah perpaduan ummah yang berilmu dan bertaqwa, menjadikan Islam sebagai pegangan dan sandaran. Melayu Islam Beraja tunggak kepimpinan di bawah lindungan Raja Berdaulat kebanggaan rakyat.(Pelita Brunei)


( B E R S A M B U N G )

0 comments: