CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Monday, July 05, 2010

UPACARA MENAIKKAN BENDERA KEBANGSAAN SEMPENA HARI KEPUTERAAN KDYMM YANG KE-64 TAHUN

Mengisi parut dulu di Restoran Stella Sungai Kelugos

Mendengar penerangan dari YDP

Bergambar ramai seperti biasa #1

Bergambar ramai seperti biasa #2

Bergambar ramai bersama D.O

Awg Salim dengan motor baru beliau

Menunggu acara seterusnya

Semasa di Kompleks Tamu dan Pasaraneka

Barisan kadet tentera yang diawasi oleh KK089

Barisan Pengakap yang terdiri dari pelajar sekolah menengah sedang membawa bendera negara

KK089 yang segak berpakaian pengakap

Berkibar megah bendera negaraku

Menyanyikan lagu kebangsaan dengan penuh semangat patriotisme

barisan kadet tentera

barisan Kadet Polis perempuan yang membawa bendera

barisan Kadet Polis Lelaki yang membawa bendera

Bendera dibawa dengan penuh rasa hormat dan disiplin

KK089 mengawas barisan pengakap beliau

Tetamu Kehormat Majlis, Hj Mohd Rozan bin Dato Paduka Hj Mohd Yunos, Setiausaha Tetap di Kementerian Pembangunan

Pehin Datu Pekerma Jaya Kolonel Mohd Tawih Bin Abdullah (berbaju coklat) membaca aturcara majlis

Tetamu-tetamu dan para undangan majlis yang lain

Awg Ramlee bersantai disebalik tiang

Awg Smile da keyman dengan senyuman beliau

Ahli Kelab KEKAL menyaksikan acara seterusnya

Prince Raiderz menyaksikan acara dengan penuh minat

KK070 juga kelihatannya sedang menyaksikan acara dengan penuh minat

Barisan koir lelaki

Barisan Koir wanita

Penyanyi utama sedang membawa lagu

Menyanyikan koir bertajuk "Dirgahayu dan Rahmat"

01hb JULAI 2010 @ KHAMIS – Bersempena dengan Sambutan Hari Keputeraaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang ke 64 tahun. Kelab Motosikal “KEKAL” sekali lagi telah dijemput bagi sama-sama mengiringi Pemangku Pegawai Daerah Tutong membawa bendera negara menuju ke Pasarneka dan Kompleks Tamu di Kampung Serambangun, Tutong.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis pada pagi tersebut ialah Hj Mohd Rozan bin Dato Paduka Hj Mohd Yunos, Setiausaha Tetap di Kementerian Pembangunan. Majlis dimulakan dengan membaca Surah Al-Fatihah dan Do’a Selamat oleh Awg Saiful bin Ismail, Pegawai Hal Ehwal Masjid Kampung Penapar Tutong. Bendera Negara seterusnya dibawa melalui perarakan masuk yang diketuai oleh Penolong Pegawai Daerah Tutong, Awg Abd Ghani bin Hj Othman. Pemangku Pegawai Daerah Tutong seterusnya menyerahkan bendera kebangsaaan kepada Tetamu Kehormat yang kemudiannya menyerahkan kepada Pasukan Polis Diraja Brunei untuk dinaikkan.

Turut menyertai acara pada pagi tersebut selain daripada Kelab Motosikal KEKAL Daerah Tutong ialah Persatuan Kenderaan Pacuan 4 Roda Daerah Tutong, Persatuan Pengakap Daerah Tutong, Kadet Polis dan Kadet Tentera dari Ma’had Islam Brunei, Sekolah Menengah Muda Hashim Tutong, Sekolah Menengah Sufri Bolkiah Tutong dan Sekolah Menengah Raja Isteri Pengiran Anak Saleha Tutong. Majlis turut diserikan dengan persembahan nyanyian Koir bertajuk “Dirgahayu dan Rahmat” yang dinyanyikan oleh Pegawai-Pegawai dan kakitangan-kakitangan dari Jabatan-Jabatan Kerajaan Daerah Tutong.

0 comments: