Murid darjah Pra sudah bersiap sedia untuk perbarisan
Tabik spring dari murid darjah Pra walaupun bendera kebangsaan masih belum dinaikkan
Menunjukkan semangat patriotisme terhadap negara
Masih mampu untuk memberikan senyuman walaupun dalam keadaan cuaca yang panas
Bersiap sedia untuk menaikkan bendera kebangsaan negara
Menaikkan bendera juga ada adab-adab dan cara-caranya yang tersendiri
Al-Ustaz Subhi yang memimpin upacara menaikkan bendera pada petang tersebut
Salah seorang murid membacakan do'a peliharakan Sultan selepas menaikkan bendera
Murid bersiap sedia untuk beredar ke kelas masing-masing
Mungkinkah ada sesuatu yang telah menarik perhatian murid ini sehingga membuatkannya ketawa
Keadaan perbarisan pada petang tersebut

01hb JULAI 2010 @ KHAMIS – Bendera merupakan simbol atau lambang bagi sesebuah negara, kedaulatan pemerintah dan bangsanya. Bendera juga merupakan lambang perpaduan rakyat di sesebuah negara walaupun wujud perbezaan agama, keturunan, bangsa dan fahaman tetapi bersatu di bawah naungan seorang raja atau ketua negara. Kita perlu ingat bahawa perpaduan menjamin keselamatan dan mewujudkan kemakmuran dan pembangunan. Oleh kerana bendera merupakan lambang dan simbol negara, maka kita sebagai rakyat seharusnya menghormati bendera kita sebagai salah satu tanda cinta kita kepada negara. Oleh itu tidak hairanlah jika seorang rakyat yang berjiwa patriotik akan merasa marah dan terhina jika bendera negaranya dihina dan tidak dihormati (Petikan dari Khutbah Juma’at – 05hb FEB 2010).
Bersempena dengan upacara menaikkan bendera Negara Brunei Darussalam bagi memperingati hari keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang ke-64 tahun, Sekolah Ugama Sengkarai Tutong juga tidak ketinggalan bagi menjalankan upacara yang sama yang bertempat di sekolah tersebut. Dengan upacara seperti ini juga akan dapat meningkatkan lagi kecintaan murid-murid terhadap raja yang dikasihi disamping meningkatkan perasaan cinta dan hormat kepada bendera Negara Brunei Darussalam.
0 comments:
Post a Comment