CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Thursday, July 15, 2010

Majlis Sambutan Isra' dan Mikraj di Sekolah Saya

Guru Besar Sekolah Ugama Sengkarai memberikan ucapan alu-aluan

Penceramah Undangan dari Pusat Dakwah Islamiah yang menyampaikan ceramah pada petang itu

Diantara murid-murid yang mendengar sesi ceramah sambutan Isra' dan Mikraj

Tekun sungguh murid ini mendengar ceramah yang telah disampaikan

Penceramah antara lain menyentuh perihal kepentingan menjaga ibadah sembahyang

Murid-murid perempuan mendengar ceramah yang disampaikan

Mendengar ceramah dengan tekun

Penceramah mengingatkan murid-murid tentang azab siksa yang disediakan oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala bagi mereka yang sengaja meninggalkan sembahyang

Salah seorang murid yang mengambil peluang untuk mendengar dengan tekun

Mendengar ceramah dengan sepenuh perhatian

Diantara murid-murid yang berasa seronok mendengar sesi ceramah yang disampaikan dari penceramah undangan

Mendengar sambil memikirkan intipati ceramah untuk diserapkan dalam kehidupan seharian

Menumpukan perhatian semasa mendengar ceramah

Sembahyang itu tiang agama - Maka sesiapa yang tidak bersembahyang maka ia dengan sendirinya telah meruntuhkan ugamanya

Melalui ceramah yang diadakan ini, murid-murid akan mendapat manfaat dan maklumat-maklumat tambahan sebagai pengukuhan dalam pembelajaran mereka

Diantara murid darjah Pra yang turut berkumpul untuk mendengar ceramah

Bersiap sedia untuk beredar ke kelas masing-masing

Apakah benda melucukan yang sedang ditunjuk oleh murid ini?


SELASA, 13hb JULAI 2010M : Bersempena dengan sambutan Isra’ dan Mikraj, Sekolah Ugama Sengkarai Tutong telah membuat satu aktiviti dengan mengadakan satu majlis ceramah yang berkisar tentang pensejarahan yang berkisar tentang sejarah agung dalam sejarah Islam iaitu Isra’ dan Mikraj. Penceramah jemputan yang menyampaikan ceramah pada petang itu ialah Ustazah Amal Hayati binti Amit dari Unit Penyebaran Dakwah, Pusat Dakwah Islamiah, Brunei Darussalam.

Antara isi ceramah yang telah disampaikan oleh penceramah jemputan pada petang itu ialah tentang ibadah yang mula-mula sekali dihitung dan dihisab oleh Allah Subhaanahu wa Ta’ala pada hari kiamat kelak iaitu Ibadah Sembahyang serta kepentingan dalam menjaga dan memelihara ibadah sembahyang tersebut yang telah disyariatkan kefardhuannya yang sebanyak lima waktu dalam peristiwa Isra’ dan Mikraj. Penceramah juga turut mengingatkan murid-murid tentang akibat dan azab-azab yang telah dijanjikan oleh Allah Subhaanahu wa Ta’ala bagi mereka yang dengan sengaja telah meninggalkan dan melalaikan ibadat wajib tersebut tanpa sebab-sebab dan keuzuran-keuzuran yang telah dibenarkan dan sekaligus mengingatkan murid-murid betapa sebagai seorang yang berugama Islam hendaklah sentiasa menegakkan tiang Ugama Islam itu sendiri dengan mengerjakan sembahyang.

“Amalan yang mula-mula dihisab (diperhitungkan) daripada seorang hamba pada hari kiamat ialah solat. Maka berkata Allah Subhaanahu wa Ta’ala kepada para malaikat-Nya, dan Ia Maha Mengetahui: ‘Telitilah pada solat hamba-Ku, adakah ia sempurnakannya atau kurang, Sekiranya lengkap sempurna tulislah sempurna, kiranya ada yang kurang, maka berkatalah Allah Subhaanahu wa Ta’ala: Telitilahsekiranya terdapat solat-solat sunatnya bagi membantu menyempurnakan solat fardhunya.’” (Riwayat Abu Daud: hadis sahih)

0 comments: