CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Tuesday, October 05, 2010

MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA & GURU DI SEKOLAH SAYA - PART I/2

Dewan SMTM yang dilengkapi dengan alat penghawa dingin dimana majlis Sambutan Hari Guru dan Hari Raya sedang dijalankan

Jumlah penuntut SMTM yang ramai tidak memungkinkan semua penuntut untuk duduk diatas kerusi



Wakil Pelajar SMTM memberikan ucapan kepada warga SMTM

Tayangan Video memainkan rakaman ucapan Selamat Hari Raya yang diucapkan sendiri oleh Guru-Guru serta penuntut-penuntut SMTM

Diantara 2 orang penuntut dari Menengah 4I2 yang berbangga kerana wajah mereka telah terpampang di tayangan video di Dewan SMTM

Persembahan dari MA4 dengan persembahan mereka "Manis-Manis Lebaran"

Pengetua SMTM kami yang sentiasa kelihatan berseri-seri dan ceria

Sempat merenung ke lensa kamera bila menyedari dirinya sedang diperhatikan

Asst. Monitor Menengah 4I2 yang berjaya dikesan kedudukannya di dalam dewan SMTM

Penuntut perempuan SMTM memang tidak kalah kalau bergaya semasa bergambar di Majlis bahagia ini

Lima orang bujang dari Menengah 4I2 yang sentiasa bersama-sama

Ustazah-ustazah SMTM yang datang menyaksikan persembahan

Lagi penuntut dari kelas 4I2 yang sedang diawasi ke-olahan mereka

Penuntut dari Menengah 4Sc1 yang sentiasa cool

Guru-Guru SMTM juga tidak terlepas dan terkecuali dari membuat persembahan diatas pentas

Guru-Guru SMTM dengan persembahan nyanyian mereka bertajuk "Hai Selamat Hari Raya"

Sudah menjadi "TRADISI" bagi mana-mana guru yang baru di SMTM untuk membuat persembahan mereka diatas pentas.

TEAMWORK - Adalah kata kunci keramat yang sering diperjuangkan oleh Pengetua SMTM untuk warga SMTM semua


02hb OKTOBER 2010 @ SABTU - Hari ini adalah hari yang boleh saya katakan cukup padat buat diri saya, tapi dalam masa yang sama, ianya juga merupakan hari yang cukup menghiburkan diri saya kerana ada dua acara yang akan saya ikuti pada hari ini yang salah satunya adalah acara di SMTM ini. Hari ini sekolah saya telah mengadakan majlis Sambutan Hari Raya dan juga Hari Guru di Dewan SMTM. Pelbagai persediaan dan acara persembahan telah disusun bagi acara ini. Demi memastikan persiapan untuk majlis ini dan juga acara kelas terbuka saya nanti berjalan dengan lancar, saya sendiri terpaksa tidur lewat dan bangun lebih awal dari biasa menyediakan kelengkapan dan persediaan untuk acara kelas terbuka. Al-hamdulillah, majlis sambutan hari raya dan hari guru SMTM berjalan dengan lancar dan meriah.

0 comments: