CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Saturday, December 26, 2009

TRAVELOG EKSPEDISI KELAB KEKAL KE KENINGAU – KOTA KINABALU, SABAH - PART VI (HARI KETIGA)

TRAVELOG EKSPEDISI PART I – KLIK SINI
TRAVELOG EKSPEDISI PART II – KLIK SINI
TRAVELOG EKSPEDISI PART III – KLIK SINI
TRAVELOG EKSPEDISI PART IV – KLIK SINI
TRAVELOG EKSPEDISI PART V – KLIK SINI

SABTU, 19hb Disember 2009 – Hari ini adalah hari dimana kami akan meninggalkan Bandar Keningau seterusnya menyambung semula ekspedisi menuju ke Kota Kinabalu, Sabah. Pada subuh pagi tersebut aku sudah bangun seawal 5.30 pagi dan inda lagi dapat tidur-tidur lapas atu. Mengikut perancangan yang sudah ditetapkan oleh AJK Ekspedisi, konvoi akan mula bergerak meninggalkan Bandar Keningau pada pukul 8.00 pagi.
Bergambar ramai di depan Royal Hotel Keningau

Bergilir-gilir mengambil gambar

Pandangan dari sudut tepi..

Haji Gambus cukup bergaya diatas motor kesayangan beliau

Yamat cuba meniru pose Hj Gambus mengikut versinya

Setelah check-out dari Royal Hotel, ahli ekspedisi sekali lagi bersarapan pagi di Restoran Rahmat dan mendengar beberapa taklimat ringkas sebelum berangkat menuju ke Kota Kinabalu, Sabah melalui laluan Tambunan – Gunung Emas dan Penampang. Kami dengan ini tidak lupa mengucapkan ucapan ribuan Terima Kasih kepada Encik Rahmat sendiri dan kepada Restoran Rahmat miliknya, juga kepada ahli-ahli bikers dari Keningau kerana telah melayan kami dengan sangat baik sepanjang kami berada di Pekan Keningau ini. Apa yang pasti ini bukanlah kunjungan terakhir kami di Pekan Keningau ini, Insya Allah, jika dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki, kami pasti akan datang berkunjung semula ke Pekan Keningau ini nanti.

Bergambar ramai sekali lagi di Restoran Rahmat setelah bersarapan pagi


Mendengar taklimat dan peraturan perjalanan sekali lagi dari Pengerusi Ekspedisi

Mr Ismail merenung tajam Pengerusi ekspedisi ketika menyampaikan taklimat beliau


Pengerusi ekspedisi menyampaikan peraturan dan langkah-langkah yang perlu dipatuhi dalam perjalanan menuju ke Kota Kinabalu, Sabah


Jarakkan motor biskita dengan motor di depan biskita.. jangan luan ampirr.. mungkin itulah yang disampaikan oleh beliau


Giliran Chief Marsyal kumpulan 1 Hj Malek pula menyampaikan taklimat beliau


Mendengar taklimat dan langkah-langkah untuk kebaikan bersama


Bersiap sedia untuk berangkat . .

Rombongan ekspedisi seterusnya meneruskan perjalanan menuju ke Kota Kinabalu melalui jalan Tambunan – Gunung Emas dan Penampang. Selain jalan ini, memang terdapat satu jalan alternatif lain iaitu melalui Jalan Kimanis, tetapi mengikut maklumat yang diterima, jalan tersebut terlalu bahaya untuk dilalui kerana jalan yang cukup curam dan perlu kepada konsentrasi dan kawalan yang tinggi, Keadaan kenderaan yang digunakan juga perlu berada dalam keadaan baik terutama sekali bahagian brake. Walaubagaimanapun jalan Tambunan – Gunung Emas dan Penampang yang dilalui ini sememangnya sudah cukup menyeronokkan dan mempersonakan dengan pemandangan indah yang tidak putus-putus untuk dinikmati. Cuaca yang dingin di kawasan pergunungan memang cukup menyegarkan dan terasa nyaman. Jalan yang dilalui juga cukup baik dan banyak selekoh-selekoh “S” yang menyeronokkan pemanduan terutamanya motosikal. Sepanjang perjalanan menuju ke Kota Kinabalu, banyaklah kanak-kanak kampung yang memberikan lambaian-lambaian kepada kami, mungkin sahaja mereka merasa terhibur menyaksikan motosikal-motosikal yang melintasi mereka satu demi satu. Perjalanan dari Bandar Keningau menuju ke Kota Kinabalu melaui jalan Tambunan – Gunung Emas – Penampang adalah sejauh 130 km. Di Kota Kinabalu ini, sekali lagi kami disambut oleh Abang Jeff dan geng-geng beliau dari Kota Kinabalu Bikers Community (KKBC), dan ekspedisi kami berhenti untuk berehat dan makan tengahari di Tanjung Aru Resort pada pukul 12.10 tengahari.


Haji Roslan ketika berehat di Resort Gunung Alab


Singgah sebentar di Resort Gunung Alab dalam perjalanan menuju ke Kota Kinabalu


Bangunan Resort Gunung Alab yang di misterikan imejnya


Bergambar dengan berlatarkan kabus pergunungan


Saya dimaklumkan yang Haji Gambus berada dalam keadaan sangat gembira . . Gembira pasal apa??


YAHOOO . . . akhirnya sampai jua ku ke puncak Gunung Kinabalu ani.. gembira ku ehh.. -(Oohh.. ani bukannya Gunung Kinabalu ni ji...)

Berpura-pura kedinginan dalam keadaan yang sememangnya dingin


sedang memikirkan pose beliau yang seterusnya


YDP KEKAL sedang merehatkan diri sambil menjamu selera


Sambil rehat sambil bersantai


Rosli mengambil peluang untuk bersantai habis di Resort Gunung Alab


Perbincangan ringkas di Resort Gunung Alab


Mereka-mereka yang menyaksikan konvoi perjalanan kami (gambar di pinjam/ambil/curi dari blog Mr.Arashiaero)


Kelihatan mereka melambai-lambai dengan penuh mesra kepada kami (gambar di pinjam/ambil/curi dari blog Mr.Arashiaero)


Setiap kali kami melintasi perkumpulan mereka setiap kali itulah jua kami menerima lambaian-lambaian dari mereka (gambar di pinjam/ambil/curi dari blog Mr.Arashiaero)

Lagi gambaran mereka yang melambai-lambai perjalanan kami (gambar di pinjam/ambil/curi dari blog Mr.Arashiaero)


Dibawah teduhan pokok


Berhenti untuk berehat dan makan tengahari di Taman Selera Tanjung Aru Resort


Inda puas menunggang motor, Yamat menunggang itik mainan merry go round kanak-kanak


P E A C E bro - aku sudah kekanyangan..


Penyerahan plak kenang-kenangan dari pengerusi ekspedisi kepada Abg Jeff dari Kota Kinabalu Bikers Comunity


Bersama member-member dari Kota Kinabalu Bikers Community yang ada


Tahniah kerana selamat sampai ke Kota Kinabalu


Bertukar-tukar cerita pengalaman dari Pekan Keningau


Ketika berada di basement parking Api-Api Apartment, Kota Kinabalu, Sabah


Membahagikan kumpulan mengikut apartment yang sudah di booking


Inilah pemandangan yang dapat kami ambil dari beranda apartment dimana kami menginap pada hari itu

Oleh sebab kami hanya dibenarkan check-in pada pukul 1.00 petang di Api-Api Apartment dan memandangkan masa masih jauh, kami pun meronda-ronda kawasan Kota Kinabalu sebelum kami check-in di apartment tersebut. Aktiviti diwaktu malam adalah aktiviti bebas, maka bertaburanlah ahli-ahli KEKAL mengikut haluan masing-masing, sama ada untuk pergi ke Centrepoint, Wisma Plaza, 1 Borneo atau Pasar Malam membeli barang-barang untuk dibawa pulang pada keesokan harinya.

TRAVELOG EKSPEDISI KELAB KEKAL KE KENINGAU – KOTA KINABALU, SABAH - PART V (HARI KEDUA)

TRAVELOG EKSPEDISI PART I – KLIK SINI
TRAVELOG EKSPEDISI PART II – KLIK SINI
TRAVELOG EKSPEDISI PART III – KLIK SINI
TRAVELOG EKSPEDISI PART IV – KLIK SINI


(Sambungan dari PART IV) - Dalam perjalanan balik ke tempat penginapan kami di Keningau, kami dibawa untuk melawat ke Taman Ternakan Ikan – Tambunan Village Resort yang terletak kira-kira 53 Km dari Keningau, Ikan-ikan yang terdapat di kolam memang cukup besar dan sihat-sihat belaka. Bayaran masuk adalah sebanyak RM2.50. Untuk melihat dan menarik ikan-ikan dalam kolam supaya timbul di permukaan kolam, perlulah menabur makanan kedalam kolam tersebut dan ikan-ikan yang gemuk-gemuk serta comel-comel belaka itu akan muncul berebut-rebut makanan yang telah ditabur.

Mat Romeo kita sedang menelefon seseorang dengan machonya

Si Kawan memberi makan kepada sekumpulan ikan dengan penuh kasih dan sayang

Berebut-rebut ikan untuk mendapatkan makanan yang ditaburkan

kebanyakkan ikan-ikan disini besar-besar, gemuk-gemuk, sihat-sihat dan comel-comel belaka

Inda hairanlah ikan disini besar-besar dan gemuk-gemuk belaka .. ada sahaja yang memberikan makanan

Awg Rosli mencuba sendiri memberi makanan kepada ikan

Secubit demi secubit makanan di tabur . .

Dengan bayaran masuk sebanyak RM2.50 dan sepaket makanan bernilai 50 sen, pengunjung dapat merasa sendiri pengalaman ini

Salah seekor ikan yang cuba menyedut tangan chief marsyal Haji Malek.. kuat nyamu kuasa vacuumnya..

Kolam ini juga ada menyediakan perahu berkayuh untuk aktiviti riadah disekitar kolam ikan

Diantara pengunjung yang datang berkayuh di kolam ini

Di waktu petang hingga ke malam adalah merupakan aktiviti-aktiviti bebas dimana dimalam terakhir disini kami mengambil peluang yang ada meronda-ronda Pekan Keningau, dan ada pula yang mengambil peluang untuk berehat dan tidur sahaja. Walaupun Pekan Keningau selalunya sibuk di siang hari, namun Pekan Keningau ini mula menjadi sepi seawal jam 6 petang lagi. Tidak banyak kereta yang lalu lintas di waktu-waktu tersebut. Walau bagaimanapun Bandar Keningau sememangnya sebuah bandar yang cukup menarik untuk dilawati.

Menikmati hidangan makan tengahari di Restoran rahmat sejurus pulang dari Tambunan Village Resort

Berselera sungguh Mr Salim makan hidangan tengahari beliau

Makan..jangan inda makan langsung

Gambar Encik Rahmat ketika beliau berkonvoi ke Sandakan yang tergantung dalam Restoran milik beliau

Dr Medic ketika bertanyakan software yang digunakan untuk mendapatkan image yang zoom in seperti ini..

Dr Medic sedang menjawab panggilan radio yang memerlukan perkhidmatannya dengan seberapa segera . . Roger & Out ! ! !

Mr Rosli yang sedang menerima urutan istimewa dari medic

Mungkin kah kaki Mr Rosli kita ini sedikit terseliuh gara-gara tergelincir ketika berada di kawasan Aing Terajun Mahua pagi tadi