(Sambungan dari PART III ) - Air Terjun Mahua yang mula dibuka pada tahun 2003 ini terletak di Kampong Patau, kira-kira 26 km dari Bandar Tambunan dan 76 km dari Keningau, Apa yang paling menarik dan yang paling best sekali ialah laluan menuju ke Taman tersebut kerana melalui kawasan perbukitan. Bayaran masuk bagi orang dewasa adalah sebanyak RM3, dan bayaran itu sememangnya berbaloi untuk menikmati keindahan taman tersebut.

Bergambar beramai-ramai

Nasib Jurugambar.., inilah diantara mereka-mereka yang tidak ampit bergambar ramai..

Mr. Salim bergambar secara solo

Aku sedang digambar curi ketika aku sedang khusyuk menggambar curi

Haji Gambus yang ingin terjun kedalam aing, tetapi dapat dipujuk dan disabarkan oleh kami

Macho sungguh posing yang diberikan oleh Haji Gambus ini

Berteduh dari kepanasan disebalik daun-daun yang merimbun

Air mengalir yang menyejukkan mata memandang

Pemandangan yang indah menuju ke tempat air terjun
Mengikut sumber yang diperolehi, air terjun ini adalah setinggi 17 meter dengan kedalaman 1.2 meter. Beberapa orang ahli memang tidak dapat menahan rasa untuk merasa sendiri kedinginan airnya dan mengambil peluang yang ada untuk berendam dan mandi-manda di sana walaupun tidak membawa sebarang pakaian persalinan. Keriangan jelas terpapar di wajah masing-masing menikmati suasana hijau di kawasan ini.
Ini lah dia Aing Terjun Mahua yang glamour itu
Dua orang brother yang sedang bersantai sahaja
Terajun.. Inda.. Terajun.. Inda.. Terajun.. Inda..
Awg Rosli sedang merendamkan batisnya
Percikan Aing Terajun menerawang liar di kawasan ani, berhati-hati ketika menggunakan kamera DSLR biskita ketika berada disini..
Saya dengan penuh "
action" sedang memerhatikan Aing Terajun yang sebenar-benarnnya buat pertama kali dalam sejarah hidup saya, terdetik sedikit perasaan menyesal kerana aku inda ada membawa ND8 ku..
Pose mengancam dari Big Boss, Encik Rahmat
Lagi pose mengancam dari Big Boss, Encik Rahmat
Seronok sungguh kanak-kanak ani bermandi-manda disini..
Gadis bertudung : Pakcik..boleh tolong ambik gambar kami tak? Please..OSCAR: Paci nyamu arah ku dang.. Tuha banar kah udah usulnya muha ku ani??
Haji Rosman a.k.a Haji Gandum dengan bangganya sedang bersantai sambil mandi
Salah seorang budak comel yang didapati sedang beriadah di kawasan ini
Awg Ramlee sedang berposing berlatarkan Aing Terajun Mahua
Satu - Dua - Tiga .. apa-apa ani, bawa begambar dulu ....
Sharinah sedang mengukur kedalaman aing dengan batisnya dengan penuh ketakutan
Sang Ibu yang sedang mengawasi anak-anaknya yang sedang seronok bermain aing..
Awg Rosli sedang mencuci batis dalam gambar ani..
Masa untuk berangkat balik..
Pemandangan yang sempat digambar dalam laluan balik
lagi satu gambar yang sempat diambil, (aku sudah semakin jauh ditinggalkan dorang pada masa ani..)
Laluan yang tidak sempit memudahkan kami untuk bergerak
Kerap kali kami terserempak dengan mereka-mereka yang ingin mandi ke kawasan aing terajun
( B E R S A M B U N G )
0 comments:
Post a Comment