TRAVELOG EKSPEDISI PART II – KLIK SINI
TRAVELOG EKSPEDISI PART III – KLIK SINI
TRAVELOG EKSPEDISI PART IV – KLIK SINI
TRAVELOG EKSPEDISI PART V – KLIK SINI
Bergilir-gilir mengambil gambar
Pandangan dari sudut tepi..
Haji Gambus cukup bergaya diatas motor kesayangan beliau
Yamat cuba meniru pose Hj Gambus mengikut versinya
Bergambar ramai sekali lagi di Restoran Rahmat setelah bersarapan pagi
Mendengar taklimat dan peraturan perjalanan sekali lagi dari Pengerusi Ekspedisi
Mr Ismail merenung tajam Pengerusi ekspedisi ketika menyampaikan taklimat beliau
Pengerusi ekspedisi menyampaikan peraturan dan langkah-langkah yang perlu dipatuhi dalam perjalanan menuju ke Kota Kinabalu, Sabah
Jarakkan motor biskita dengan motor di depan biskita.. jangan luan ampirr.. mungkin itulah yang disampaikan oleh beliau
Giliran Chief Marsyal kumpulan 1 Hj Malek pula menyampaikan taklimat beliau
Mendengar taklimat dan langkah-langkah untuk kebaikan bersama
Bersiap sedia untuk berangkat . .
Rombongan ekspedisi seterusnya meneruskan perjalanan menuju ke Kota Kinabalu melalui jalan Tambunan – Gunung Emas dan Penampang. Selain jalan ini, memang terdapat satu jalan alternatif lain iaitu melalui Jalan Kimanis, tetapi mengikut maklumat yang diterima, jalan tersebut terlalu bahaya untuk dilalui kerana jalan yang cukup curam dan perlu kepada konsentrasi dan kawalan yang tinggi, Keadaan kenderaan yang digunakan juga perlu berada dalam keadaan baik terutama sekali bahagian brake. Walaubagaimanapun jalan Tambunan – Gunung Emas dan Penampang yang dilalui ini sememangnya sudah cukup menyeronokkan dan mempersonakan dengan pemandangan indah yang tidak putus-putus untuk dinikmati. Cuaca yang dingin di kawasan pergunungan memang cukup menyegarkan dan terasa nyaman. Jalan yang dilalui juga cukup baik dan banyak selekoh-selekoh “S” yang menyeronokkan pemanduan terutamanya motosikal. Sepanjang perjalanan menuju ke Kota Kinabalu, banyaklah kanak-kanak kampung yang memberikan lambaian-lambaian kepada kami, mungkin sahaja mereka merasa terhibur menyaksikan motosikal-motosikal yang melintasi mereka satu demi satu. Perjalanan dari Bandar Keningau menuju ke Kota Kinabalu melaui jalan Tambunan – Gunung Emas – Penampang adalah sejauh 130 km. Di Kota Kinabalu ini, sekali lagi kami disambut oleh Abang Jeff dan geng-geng beliau dari Kota Kinabalu Bikers Community (KKBC), dan ekspedisi kami berhenti untuk berehat dan makan tengahari di Tanjung Aru Resort pada pukul 12.10 tengahari.
Haji Roslan ketika berehat di Resort Gunung Alab
Singgah sebentar di Resort Gunung Alab dalam perjalanan menuju ke Kota Kinabalu
Bangunan Resort Gunung Alab yang di misterikan imejnya
Bergambar dengan berlatarkan kabus pergunungan
Saya dimaklumkan yang Haji Gambus berada dalam keadaan sangat gembira . . Gembira pasal apa??
YAHOOO . . . akhirnya sampai jua ku ke puncak Gunung Kinabalu ani.. gembira ku ehh.. -(Oohh.. ani bukannya Gunung Kinabalu ni ji...)
Berpura-pura kedinginan dalam keadaan yang sememangnya dingin
sedang memikirkan pose beliau yang seterusnya
YDP KEKAL sedang merehatkan diri sambil menjamu selera
Sambil rehat sambil bersantai
Rosli mengambil peluang untuk bersantai habis di Resort Gunung Alab
Perbincangan ringkas di Resort Gunung Alab
Mereka-mereka yang menyaksikan konvoi perjalanan kami (gambar di pinjam/ambil/curi dari blog Mr.Arashiaero)
Kelihatan mereka melambai-lambai dengan penuh mesra kepada kami (gambar di pinjam/ambil/curi dari blog Mr.Arashiaero)
Setiap kali kami melintasi perkumpulan mereka setiap kali itulah jua kami menerima lambaian-lambaian dari mereka (gambar di pinjam/ambil/curi dari blog Mr.Arashiaero) Lagi gambaran mereka yang melambai-lambai perjalanan kami (gambar di pinjam/ambil/curi dari blog Mr.Arashiaero)
Dibawah teduhan pokok
Berhenti untuk berehat dan makan tengahari di Taman Selera Tanjung Aru Resort
Inda puas menunggang motor, Yamat menunggang itik mainan merry go round kanak-kanak
P E A C E bro - aku sudah kekanyangan..
Penyerahan plak kenang-kenangan dari pengerusi ekspedisi kepada Abg Jeff dari Kota Kinabalu Bikers Comunity
Bersama member-member dari Kota Kinabalu Bikers Community yang ada
Tahniah kerana selamat sampai ke Kota Kinabalu
Bertukar-tukar cerita pengalaman dari Pekan Keningau
Ketika berada di basement parking Api-Api Apartment, Kota Kinabalu, Sabah
Membahagikan kumpulan mengikut apartment yang sudah di booking
Inilah pemandangan yang dapat kami ambil dari beranda apartment dimana kami menginap pada hari itu
Oleh sebab kami hanya dibenarkan check-in pada pukul 1.00 petang di Api-Api Apartment dan memandangkan masa masih jauh, kami pun meronda-ronda kawasan Kota Kinabalu sebelum kami check-in di apartment tersebut. Aktiviti diwaktu malam adalah aktiviti bebas, maka bertaburanlah ahli-ahli KEKAL mengikut haluan masing-masing, sama ada untuk pergi ke Centrepoint, Wisma Plaza, 1 Borneo atau Pasar Malam membeli barang-barang untuk dibawa pulang pada keesokan harinya.
0 comments:
Post a Comment