CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Monday, December 28, 2009

TRAVELOG EKSPEDISI KELAB KEKAL KE KENINGAU – KOTA KINABALU, SABAH - FINAL PART VII (HARI KEEMPAT)


TRAVELOG EKSPEDISI PART IKLIK SINI
TRAVELOG EKSPEDISI PART IIKLIK SINI
TRAVELOG EKSPEDISI PART IIIKLIK SINI
TRAVELOG EKSPEDISI PART IVKLIK SINI
TRAVELOG EKSPEDISI PART VKLIK SINI
TRAVELOG EKSPEDISI PART VIKLIK SINI

AHAD, 20hb Disember 2009 – Hari ini adalah merupakan hari dimana kami akan berangkat pulang menuju ke Brunei Darussalam, Sepanjang 3 hari ekspedisi di jalankan, tidak terdapat sebarang masalah-masalah berat seperti kerosakan enjin atau sebagainya yang memerlukan kenderaan recovery untuk bertindak. Namun pada hari ini, salah sebuah motor ahli menghadapi sedikit masalah dimana motor beliau tidak dapat di “unlock” semula. Walaupun bukan masalah enjin, namun keadaan ini cukup membuat yang empunya motor berasa gundah gelisah tambah-tambah lagi bila motor beliau mula di “bedah” bagi membolehkan beliau turut serta untuk menyertai konvoi dalam perjalanan pulang nanti.

Pengerusi Ekspedisi ketika mencuba nasib meng "UNLOCK'' semula motor salah seorang ahli

Tennyson yang turut menghulurkan bantuan beliau dalam usaha meng ''UNLOCK"

Tidak sanggup melihat bagaimana motor kesayangan beliau di "BEDAH"

Mujur bukan di kawasan terik matahari

Tennyson yang cuba meng "UNLOCK" motor

Matadinata menyalin sesuatu dari buku TRAVEL LOG ku

Harapan mula bersinar bilamana seorang mekanik motor dari sini dipanggil untuk melihat dan berusaha untuk memperbaiki keadaan, keadaan semakin bertambah cerah bilamana salah seorang mekanik yang memang berasal dari New Motors Sdn Bhd datang menghulurkan bantuan sehinggalah motor beliau dapat di “unlock” semula untuk menyertai konvoi pulang ke Brunei Darussalam.

Kedatangan seorang mekanik mencerahkan sedikit keadaan

Memeriksa keadaan terlebih dahulu sebelum tindakan lanjut dibuat

Kelihatan Abang Jeff dari KKBC turut memerhatikan

Semangat perpaduan yang ada dalam menghadapi masalah bersama-sama

Nampaknya kita mesti melakukan sesuatu yang drastik

Menjadi model motor SYM kah ni??

Ohh..bukan..membuat iklan minuman LIVITA

Dua orang sahabat yang satu kepala

Haji Gambus yang tidak nyaman duduk beliau

Sementara atu, baik lihat gambar-gambar dulu..

Menyaksikan gambar-gambar yang diambil tanpa disedari gambar beliau disnap dari belakang

C-Puss dari New Motors Sdn Bhd datang menghulurkan bantuan beliau

Tenysson dan Hj Malek memerhatikan dari dekat sambil mempelajari sesuatu

Hj Malek menerangkan kepada Rosli punca kejadian motor yang tidak dapat "UNLOCK" semula

Entah.. sudah sampai kemana angan-angan Awg Rosli ketika menunggang motor YDP ini

Memeriksa motor dengan berhati-hati

Motor ini bukan rosak bah..cuma tidak dapat "UNLOCK" saja

Paksa cabut ini body dulu lah.. baru senang tengok..

Abang Jeff dari KKBC yang setia menanti

Keadaan motor yang sudah kana LAHA

Matadinata sedang berbaring diatas motor beliau

Perogol bersiri yang sedang menjadi buruan pihak polis yang sedang mencari mangsa

Perjalanan pulang berjalan dengan lancar walaupun ada diantara kumpulan kami yang tersalah jalan sehingga berpusing semula. Konvoi berhenti seketika untuk mengisi minyak dan berehat diikuti dengan makan tengahari di restoran Pekan Sipitang. Setelah berehat lebih kurang 1 jam di Pekan Sipitang, perjalanan pulang diteruskan dengan melalui Lawas, melintasi Daerah Temburong, seterusnya memasuki Daerah Limbang. Setelah melalui perjalanan yang panjang dan dalam perjalanan kami ke Brunei Darussalam yang dibasahi hujan, konvoi kami akhirnya selamat sampai di Balai Polis Limau Manis dimana kami memulakan ekspedisi kami pada pukul 7.19 malam. Dengan itu, berakhir lah ekspedisi kami secara rasmi dengan menghimpun perjalanan sejauh 966 KM bermula dari Balai Polis Limau Manis dan berakhir di Balai Polis Limau Manis. Peserta-peserta yang mengikuti konvoi akhirnya bersurai disini setelah bermaafan-maafan dengan peserta-peserta konvoi yang lain seterusnya pulang kerumah dengan membawa 1001 kenangan untuk dikongsikan bersama ahli-ahli keluarga.

Hj Gambus bergambar kenangan di Pekan Sipitang

Dua orang warga veteran KEKAL yang tidak pernah lepas mengikuti konvoi perjalanan jauh setakat ini

Pantai Pekan Sipitang

Menyeberang menggunakan feri di Lawas

Kumpulan 2 on the way . .

Inilah kumpulan terakhir yang menyeberangi feri di Lawas


OK..Jalan semuaa..

Diding dan Hj Gambus bergambar sama

Hj Roslan dan motor kesayangan beliau

Yamat, Hj Gambus dan Hj Roslan dengan motor kesayangan beliau

Lalah jua usulnya bro..

Meraikan kejayaan ekspedisi dengan lebih awal..

Mendengar sedikit ucapan dari YDP KEKAL di kawasan bekas Lapangan Terbang Lama Limbang

Rombongan yang sudah selamat kembali di Balai Polis Limau Manis

Hj Gambus yang sudah tidak sabar-sabar lagi untuk pulang menemui ahli keluarga beliau

Masih sempat mengongsikan pengalaman-pengalaman yang dilalui semasa ekspedisi

Matadinata dan Yamat yang kelihatan ngalih setelah perjalanan jauh

Berbincang sebelum bersurai

Ketika penyerahan semula Passport dan Pass Kenderaan

UCAPAN TERIMA KASIH KEPADA:
1. Balai Polis Limau Manis
2. Pos Imigresen Kuala Lurah/Limbang/Puni/Labu/Merapok
3. New Motors Sdn Bhd
4. Presiden Keningau Bikers Community (KBC) - Encik Rahmat
5. Rahmat Café & Catering
6. Abg Jeff & Geng dari Kota Kinabalu Bikers Community (KKBC)
7. Mereka-mereka yang terlibat secara langsung dan tidak langsung

SEDIKIT CATATAN :
(17hb - 20hb DISEMBER 2009)

JENIS MOTOR : SUZUKI AN400K8

MILLEAGE BERTOLAK DARI RUMAH 17/12/2009 : 5754.9

MILLEAGE SAMPAI RUMAH 20/12/2009 : 6810.4

JUMLAH TOTAL JAUH PERJALANANKU : 1055.5 Kilometer

BALAI POLIS LIMAU MANIS~KENINGAU~KK~BALAI POLIS LIMAU MANIS : 966 Kilometer

PERTUKARAN MATAWANG : 2.43

PERBELANJAANKU SECARA TOTAL :

( BND 66 + RM 596 )

Minyak Kenderaan : BND3 + RM 43.40

(Register, Feri, Hotel, Makan, Ole-Ole,Dll) : BND 63 + RM552.6

0 comments: