CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Saturday, December 26, 2009

TRAVELOG EKSPEDISI KELAB KEKAL KE KENINGAU – KOTA KINABALU, SABAH - PART V (HARI KEDUA)

TRAVELOG EKSPEDISI PART IKLIK SINI
TRAVELOG EKSPEDISI PART IIKLIK SINI
TRAVELOG EKSPEDISI PART III KLIK SINI
TRAVELOG EKSPEDISI PART IVKLIK SINI


(Sambungan dari PART IV) - Dalam perjalanan balik ke tempat penginapan kami di Keningau, kami dibawa untuk melawat ke Taman Ternakan Ikan – Tambunan Village Resort yang terletak kira-kira 53 Km dari Keningau, Ikan-ikan yang terdapat di kolam memang cukup besar dan sihat-sihat belaka. Bayaran masuk adalah sebanyak RM2.50. Untuk melihat dan menarik ikan-ikan dalam kolam supaya timbul di permukaan kolam, perlulah menabur makanan kedalam kolam tersebut dan ikan-ikan yang gemuk-gemuk serta comel-comel belaka itu akan muncul berebut-rebut makanan yang telah ditabur.

Mat Romeo kita sedang menelefon seseorang dengan machonya

Si Kawan memberi makan kepada sekumpulan ikan dengan penuh kasih dan sayang

Berebut-rebut ikan untuk mendapatkan makanan yang ditaburkan

kebanyakkan ikan-ikan disini besar-besar, gemuk-gemuk, sihat-sihat dan comel-comel belaka

Inda hairanlah ikan disini besar-besar dan gemuk-gemuk belaka .. ada sahaja yang memberikan makanan

Awg Rosli mencuba sendiri memberi makanan kepada ikan

Secubit demi secubit makanan di tabur . .

Dengan bayaran masuk sebanyak RM2.50 dan sepaket makanan bernilai 50 sen, pengunjung dapat merasa sendiri pengalaman ini

Salah seekor ikan yang cuba menyedut tangan chief marsyal Haji Malek.. kuat nyamu kuasa vacuumnya..

Kolam ini juga ada menyediakan perahu berkayuh untuk aktiviti riadah disekitar kolam ikan

Diantara pengunjung yang datang berkayuh di kolam ini

Di waktu petang hingga ke malam adalah merupakan aktiviti-aktiviti bebas dimana dimalam terakhir disini kami mengambil peluang yang ada meronda-ronda Pekan Keningau, dan ada pula yang mengambil peluang untuk berehat dan tidur sahaja. Walaupun Pekan Keningau selalunya sibuk di siang hari, namun Pekan Keningau ini mula menjadi sepi seawal jam 6 petang lagi. Tidak banyak kereta yang lalu lintas di waktu-waktu tersebut. Walau bagaimanapun Bandar Keningau sememangnya sebuah bandar yang cukup menarik untuk dilawati.

Menikmati hidangan makan tengahari di Restoran rahmat sejurus pulang dari Tambunan Village Resort

Berselera sungguh Mr Salim makan hidangan tengahari beliau

Makan..jangan inda makan langsung

Gambar Encik Rahmat ketika beliau berkonvoi ke Sandakan yang tergantung dalam Restoran milik beliau

Dr Medic ketika bertanyakan software yang digunakan untuk mendapatkan image yang zoom in seperti ini..

Dr Medic sedang menjawab panggilan radio yang memerlukan perkhidmatannya dengan seberapa segera . . Roger & Out ! ! !

Mr Rosli yang sedang menerima urutan istimewa dari medic

Mungkin kah kaki Mr Rosli kita ini sedikit terseliuh gara-gara tergelincir ketika berada di kawasan Aing Terajun Mahua pagi tadi

0 comments: