CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Wednesday, December 30, 2009

9 NYAWA




Akhirnya, 9 NYAWA, novel terbaru Ramlee Awang Murshid (RAM) - Novelis Thriller Nombor 1 di Malaysia, yang telah pun berada di pasaran sejak 24 November telah berjaya ku miliki pada beberapa hari yang lepas. Novel ani adalah diantara buku-buku dan bahan-bahan bacaanku yang bakal mengisi kekosongan waktu ku sempena cuti semester ani walaupun masih lagi terdapat banyak perkara-perkara yang perlu dilunaskan dan yang masih lagi belum selesai. Dengan baki cuti yang semakin berkurangan, aku perlu berlumba dengan masa-masa yang ada, sebab selepas ani aku pasti menghadapi kesibukan belajar, mengajar dan diajar semula, yang sudah setentunya akan mengurangkan masa-masaku untuk melakukan aktiviti-aktiviti yang ku gemari. Dan setakat ani, al-hamdulillah.. aku telah berjaya mengisi percutian ku dengan sebaik-baiknya.

SINOPSIS NOVEL 9 NYAWA :

INTAN SURYANI
Berkali-kali dia koma dan kemudian sedar semula… menyebabkan mamanya percaya bahawa dia mempunyai 9 nyawa berdasarkan sebuah mimpi. Dihitung jumlah ‘nyawa’ yang diambil daripadanya, lalu mengundang trauma. Sungguh dia tidak percaya… ketika koma, rohnya menyaksikan jasad sendiri yang terbujur kaku.

HAKIM
Si buta lagi yatim piatu ini menyara adiknya dengan penuh tanggungjawab. Hatinya sungguh luhur. Sesiapa saja akan terusik melihat keikhlasannya. Anugerah TUHAN… mata hatinya lebih ‘celik’. Dia bisa mendengar suara mereka yang berada di sempadan, antara hidup dan mati. Mereka berdua bertemu jua… di alam paranormal. Pertemuan itu merungkai sebuah kisah di sebalik cerita. Kejutan demi kejutan yang tidak disangka-sangka terungkai. Dan satu persoalan lain pula muncul – mengapa mereka tidak dipertemukan lebih awal?

0 comments: