CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Thursday, December 24, 2009

TRAVELOG EKSPEDISI KELAB KEKAL KE KENINGAU – KOTA KINABALU, SABAH - PART III (HARI KEDUA)

TRAVELOG EKSPEDISI PART IKLIK SINI
TRAVELOG EKSPEDISI PART IIKLIK SINI

JUMA’AT, 18hb Disember 2009 – Kami memulakan pagi hari ke-2 di daerah Keningau ini dengan bersarapan pagi di Restoran Encik Rahmat. Restoran tersebut memang cukup meriah diwaktu pagi mula menjelma dimana ramai penduduk setempat yang turun untuk menikmati sarapan pagi mereka disana sama ada secara perseorangan atau bersama teman atau bersama keluarga.

Tennyson sedang menikmati sarapan pagi dengan penuh selera sekali

Crispy Murtabak..sekali rasa hendak order lagi..

Rosli dengan khusyuknya menikmati minuman teh tarik kegemarannya..

G-Gambus pula tidak pandai lepas dengan kamera Nikonnya..

Tennyson membincangkan sesuatu untuk aktiviti-aktiviti hari ani

YDP sedang menikmati hidangan Kopi O kurang manis..

Pelayan yang sedang menghantar minuman kepada yang sedang karing leher..

Restoran Rahmat yang sememangnya cukup meriah di pagi hari

Lagi salah seorang pelayan Restoran Rahmat sedang menerima bayaran murtabak dan teh tarik

Penduduk Keningau yang sedang menemani anaknya untuk bersarapan pagi

Jangan order kopi Tongkat Ali sama saya bah, Saya bukan amoi pelayan ini Restoran Rahmat bah.. saya amoi dari kedai lampu sebelah saja bah..(jangan marah amoi ah..baibun saja)

Presiden Keningau Bikers dan YDP KEKAL sedang bertukar-tukar cerita

OK GUYS!!!.. Get ready to moves . . .

Bersiap sedia udah untuk berangkat..

Setelah bersarapan dan mengisi minyak di stesen minyak berdekatan, kami dibawa untuk melawat salah satu tempat yang menarik iaitu Air Terjun Mahua, ini adalah kali pertama dalam sejarah kehidupanku berhadapan dengan air terjun yang sebenar, walaupun di Brunei Darussalam sendiri memang terdapat beberapa tempat air terjun seperti di Tasik Lama tapi aku sendiri belum berpeluang hingga ke hari ini untuk sampai kesana. Perjalanan kami menuju kesana juga cukup menyeronokkan kerana melalui kawasan pergunungan dan selekoh-selekoh cantik, jadi memang banyak lah pemandangan-pemandangan yang dapat dinikmati sepanjang perjalanan kami menuju kesana.

Berhenti sebentar di Pekan Tambunan

Peluang yang ada digunakan untuk mengambil gambar

Berkibar megah bendera Negara ku.. cheewaah..bagus kawanku seorang ani..

Dua jejaka macho yang sedang diambil gambar mereka

Masih ada 23 Kilometer lagi untuk sampai ke tempat destinasi


( B E R S A M B U N G )

0 comments: