KHAMIS, 17hb Disember 2009 – Kelab motosikal KEKAL sekali lagi mengadakan Ekspedisi konvoi bermotor dan pada tahun ini KEKAL telah memilih untuk menuju ke Daerah Keningau dan Kota Kinabalu, Sabah sebagai destinasi. Ekspedisi yang telah pun dirancang berbulan-bulan sebelum ini merupakan kegiatan tahunan kelab KEKAL dan juga merupakan ekspedisi kali ke-4 kelab sepanjang penubuhannya. Ekspedisi 4 hari 3 malam ini telah disertai oleh 32 orang ahli dengan diiringi oleh sebuah kenderaan recovery khas untuk pengangkutan motosikal jika peserta konvoi menghadapi sebarang kemungkinan kerosakan motosikal sepanjang ekspedisi dijalankan.
Berkumpul di Balai Polis Limau Manis
Berposing dulu sebelum berangkat
Menggambar apa-apa yang patut
Bergambar ramai untuk dimasukkan kedalam Media
Sebelum bertolak , mengisi parut lah dulu.. Terima Kasih kepada yang MENSEPONSOR makanan pada pagi atu..nyaman kali ahh.. sambalnya
Mendengar sedikit taklimat perjalanan dari Tuan Pengerusi
Keadaan di kawasan lapang Balai Polis Limau Manis
On your BIKES!!!!! Get Ready to MOVE!!!!
Konvoi mula bergerak pada pukul 7.45 pagi meninggalkan Brunei Darussalam melalui Limbang, dan Daerah Temburong, seterusnya meneruskan perjalanan melalui Lawas dan berhenti sebentar di persimpangan jalan menuju ke Tenom untuk sekali lagi mendengar sedikit taklimat perjalanan.
Mengisi Minyak di Stesen Minyak Labu Temburong.., WAJIB isi panuh bro..
Keadaan Pos Imigresen di Pandaruan Limbang
Inilah Stesen Minyak ke-2 yang terdapat di daerah Temburong.
Berhenti rehat sekajap sementara menunggu rakan lain di feri
Berhenti disiring jalan menunggu AJK pengurusan passport
Sambil-sambil atu cooldown enjin laah..
Sambil meliat keadaan sekeliling..
Hari yang panas tidak mematahkan semangat kami..
Setelah melalui jalan curam ke Tenom, Abg Jeff dari Kota Kinabalu Bikers Community datang memimpin konvoi kami, akhirnya konvoi kami selamat sampai ke Daerah Tenom pada pukul 1.50 petang dan kami berhenti seketika untuk mengisi minyak dan berehat untuk makan tengahari di Restoran Asia Rasa yang berhampiran dengan stesen minyak disana sebelum meneruskan perjalanan ke Keningau.
Laluan Menuju ke Tenom, laluan curam bermula dari sini.. sila berhati-hati
Berehat sambil melepaskan lelah
Sambil atu taruslah menikmati hidangan tengahari di Restoran Asia Rasa di Pekan Tenom
Setelah berehat selama lebih kurang 1 jam, kami meneruskan semula perjalanan menuju ke Keningau dan selamat sampai disana pada pukul 3.40 petang. Kami berhenti minum sambil merehatkan badan untuk seketika di Restoran Encik Rahmat sebelum kami check in di Royal Hotel yang terletak tidak berapa jauh dari restoran itu.
Inilah dia Bandar Keningau
Berehat sambil melepaskan lelah
Bah order tia minuman..
Siapa di mesej atu..??
YDP Kelab KEKAL
Big Boss Rahmat Restaurant iaitu Encik Rahmat
G-Gambus sedang mengambil gambar
Mensnap orang kelalahan saja kerajanya si haji ani..
Ko mensnap aku, aku mensnap ko balik..
Hello..aku sampai Keningau udah..
Rosli dengan gayanya bertelefon..
Salim dengan gayanya yang tersendiri
Tennyson sedang bersantai
P O S I N G . . .
Rehat dulu.. bawa minum Tongkat Ali..
Makan Jagung Manis Keningau..
( B E R S A M B U N G )
0 comments:
Post a Comment