Setelah menghantar barang-barang ke bilik hotel, kami terus dibawa oleh ahli Keningau Bikers mendaki kawasan pergunungan untuk menikmati pemandangan dikawasan tinggi, jalan disana cukup curam dan mencabar bagi sesiapa yang inginkan pemanduan yang sedikit thrill namun keseronokan memandu sendiri di kawasan pergunungan tersebut memang lah ada. Kawasan pergunungan yang tinggi membuatkan suhu menjadi dingin dan menyegarkan semula badan yang sememangnya sudah keletihan akibat perjalanan jauh. Namun kami hanya berhenti di Batu 16 untuk menikmati pemandangan dan merasa kedinginan pergunungan dan mengambil peluang untuk bergambar. Kami meninggalkan Batu 16 sebelum hari beransur gelap kerana laluan balik cukup merbahaya diwaktu malam.

Rombongan ekspedisi dibawa melawat ke Batu 16

Berhenti untuk melihat suasana persekitaran

Sajuk nyamu nyanta..

Puas hati bro..??

Tabal udah jacketnya tu ah..atu pun kesajukan masih..

Sambil berehat, sambil menikmati suasana pergunungan

Jangan lupa ambil gambar, karang inda dorang percaya..

Bergambar ramai di Batu 16

Si Yamat beulah.. sikit lagi gugur begulik nah ..

Salim dengan scooter kesayangannya

Mengambil peluang yang ada untuk menikmati keindahan alam di Batu 16

Inilah keadaan di Batu 16

Keadaan disini adalah lembab dan dingin..

Salah seekor kalintugee gunung sepanjang 9 inchi sebasar jari hantu..Astee..banar tah..nda ku bedusta

Menyaksikan suasana alam yang indah memukau

Inilah keadaan diatas Batu 16 yang berhadapan dengan warung, kalau kan minum aing hangat..

Yang pasti..ini bukanlah kali terakhir kami kesini, panjang umur kami pasti akan datang semula
Disebelah malam, aktiviti diteruskan dengan jamuan makan malam yang disediakan oleh Encik Rahmat dirumah beliau sendiri bagi mengalu-alukan kedatangan kami disamping beramah mesra dengan ahli-ahli motosikal di daerah sana.
Di tempat letak kenderaan Royal Hotel dimana kami menginap
Bersiap sedia untuk ke tempat kediaman Encik Rahmat
Berkumpul di tempat kediaman Encik Rahmat
Meriah sungguh suasana pada malam ani
Menunggu acara untuk dimulakan segera
Encik Rahmat ketika berucap mengalu-ngalukan kedatangan kami
Rakam, jangan inda di rakam..
YDP KEKAL, Yang Mulia Haji Yusof memberikan sedikit ucapan
Lapar dah parut bilang urang time ani..
Rosli ketika sedang mengacarakan majlis seterusnya
YDP Kelab KEKAL menerima plak dari Encik Rahmat selaku Presiden Keningau Bikers Club (KBC)
0 comments:
Post a Comment