CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Tuesday, May 26, 2009

ON HIATUS . . . . .


Kadang kala masa selalu membataskan kita
untuk melakukan sesuatu yang paling kita gemari
Bila mana ini berlaku pada diriku
Satu PILIHAN harus dibuat . .

Daripada DUA PILIHAN yang ada,
Aku memilih untuk berkorban . .
Demi masa depan mereka,
dan juga demi masa depan ku.
Pengorbanan harus dilakukan,
Masa depan mereka jauh lebih penting
daripada melakukan sesuatu yang aku gemari . .

Untuk itu aku mengutamakan . .
Yang "LEBIH UTAMA" daripada yang "UTAMA"


- O N H I A T U S -


Kita tidak dapat selamanya membangunkan masa hadapan buat generasi muda kita, tetapi kita dapat membangunkan generasi muda kita demi masa hadapan
- Franklin D, Roosevelt

Semakin Tertekan


Dengan masa yang hanya tinggal beberapa hari saja lagi, aku semakin tertekan untuk menyiapkan tugasan yang diamanahkan arah ku . . , so far sudah siap 65 %, it's time for
H I A T U S ( T-T )

Monday, May 18, 2009

18th MAY 2009 - Ulang Tahun Pertama


18th May 2008 - Hai..Assalamualaikum, kan dijadikan cerita, hari ani genaplah sudah setahun usia blog ku ani, secara jujurnya blog ani ku buat dan daftar pada 16hb May 2008, dan ku ubah suai lagi dengan menambah layout dan widgetnya pada 18hb May 2008, Banarnya inda banyak perubahan yang ku buat untuk membisaikan lagi blog ku ani, hanya menukar header asal (gambar Masjid SOAS) yang ku pinjam dari blog Awg Fahmi dengan header baru hasil himpunan gambar-gambar yang ku dapat sepanjang tahun lapas dan tahun ani, hentam sajalah... Aku atu banarnya kan menukar layout blog ani kepada yang lebih bisai mata memandang, tapi aku kekurangan ilmu untuk atu, blog yang ku ada sekarang ani pun masih alum dapat memuaskan hatiku pasalnya gambar yang ku post atu masih lagi macam "kabur" bila diposting. Ngalih udah ku mencari layout bisai-bisai online atu tapi bila part mengedit manual arah HTMLnya atu iatah part yang aku tewas tu nah.. last-last tidur adalah penyelesaiannya, he..he.. Liat lah dulu nanti cemana, Insya Allah aku akan mengusahakannya.

Satu soalan . . ? Siapa yang mempengaruhi aku untuk membuat blog? Sebelum ani aku memang inda tau apa blog ani, inda tau apa beza blog dengan website? aku berinternet pun sekadar mendownload movie, anime, jdrama, news online dll. Lagipun aku ani bukan jua jenis kreatif orangnya yang pandai mengolah-olah blog. Tapi akhirnya aku terpengaruh jua dengan blog seorang rakan iaitu Anugerah yang ada membuat blog dari Photoblog untuk sekolahnya, dan dari sanalah mulanya timbul keinginan untuk mencuba membuat blog peribadi sehingga terhasil lah blog ku yang ada sekarang ani.

Di kesempatan ani jua, aku inda lupa mengucapkan ucapan terima kasih kepada pengunjung blog ani yang telah banyak memberi khidmat nasihat dan komen membina untuk aku semata-mata untuk memperbaiki lagi segala kekurangan dan jua untuk menghasilkan sesuatu yang lebih baik lagi..YOU ARE THE BEST!!!! Thanks dan Assalamualaikum :)

TUNAS BANGSA

Saturday, May 16, 2009

Waiting For His Majesty


Hi.. salam semua, banarnya inda ada lah apa-apa kan dikongsi kali ani, pasal gambar diatas atu heh..heh.. gambar lama udah banarnya ganya alum ku ada mempost disini (he..he..udah ku rewind & recheck semula post-post ku yang lapas untuk memastikan supaya inda ada double post nanti), tapi aku percaya memang ada sebilangan yang pernah mengunjung blog ku ani sudah meliat pic ani, gambar ani ku ambil masa tahun lapas iaitu tahun 2008 semasa Majlis Junjung Ziarah KDYMM ke Daerah Tutong Sempena Hari Keputeraan KDYMM Yang ke 62 tahun. Thanks for looking :)

Tuesday, May 12, 2009

Selamat Tinggal 55-200mm ku & Selamat Datang A1000


10hb May 2009 @ AHAD, hari ani..aku dapat GEAR baru lagi, iaitu Kamera Point & Shoot Canon PowerShot A1000 IS + TOSHIBA SDHC 4GB, bukan plang ku ada membali apa kamera ani, ganya tukar lapas sama Lens Nikon 55-200mm, sayang jua ia inda bepakai atu, so baik serahkan & tukar lapas sama dorang yang pandai menghargai kegunaan lens ani. Lagi pun lens ani payah jua kan ku jual balik sejak ku ada 18-200mm atu, Lens ani kalau ikut kronologi pemakaiannya cuma ku pakai dalam 4-5 kali saja, iaitu semasa : 1. Junjung Ziarah Semasa KDYMM ke Tutong. 2. Persembahan Kereta Berhias di BSB. 3. Perlumbaan Speed Boat di Daerah Tutong. 4~5. Main-main begitu saja...

Kamera Canon PowerShot A1000 IS ani ditukar lapas bukan pasal urang atu inda beguna lagi kamera ani, ganya ia terdapat udah kamera PowerShot yang lebih superior daripada yang ani, dan kamera ani merupakan hadiah yang ia baru saja dapat masa Photo Hunt TelBru yang diadakan balum jua batah ani, siapa lagi kalau bukan WafiyM. Since PowerShot A460 ku yang "seksi" atu sudah kan "diambang senja", iatah yang menarik perhatian ku untuk mendapat PowerShot yang baru lagi, tapi dihalang dengan masalah kewangan sehingga datanglah peluang ani, dan dalam banyak-banyak kamera Point & Shoot, aku sebanarnya lebih suka memilih brand Canon daripada memilih brand Sony-CyberShot @ Nikon-CoolPix atau brand-brand yang lain, lagipun aku sudah memahami serba sedikit beberapa fungsi dan setting yang terdapat dalam menu si Canon ani, dan ani inda plang bermakna aku akan terus tetap setia dengan Canon ani sebabnya inda mustahil jua suatu hari nanti aku akan beralih arah kepada kamera Point & Shoot brand yang lain. Ok.. lah sampai sini saja dulu coretan merapu dariku insan yang lemah ani, sampai jumpa lagi..Terima Kasih kerana sudi membaca, Assalamualaikum.. :)

Sunday, May 10, 2009

Kuala Tutong Outing


Salam semua, Gambar outing diatas ani me ambil masa hari minggu yang baru saja lapas masa outing ke Kuala Tutong yang diungkayahkan oleh Bro Anak Nayi Na'. Andangnya lambat ku post sebab kan menyiapkan keraja terlebih dahulu. Makin bejurit bah keraja ku ani, iatah kurang dan hilang tarus mood ku kan memblogging dalam sehari dua ani ingaukan menyiapkan keraja dulu, kana "cangak" karang ku mun inda siap, tapi yang ajaibnya inda jua pandai siap-siapnya keraja ku ani. Ani kira paling capat tah udah ni ku mempost ni heh..heh.. dan walaupun ada beberapa "insiden" dilaporkan berlaku pada hari atu tapi bagiku memang siuk lah masa hari atu, aku mengambil peluang yang ada masa atu untuk sekali lagi mencuba apa saja teori-teori yang ku dapat hasil kegagalan ku yang lapas dalam outing ke Kuala Tutong ku yang pertama walaupun masih jua lagi alum berapa bisai, iatah nanti lagi mencuba sebaik-sebaiknya dan Terima Kasih jua diucapkan kepada member-member dan semua-semua mereka yang datang pada patang atu. Terima Kasih jua arah bro Anak Nayi Na' untuk gambar GH tani. Mun Outing lagi sound-sound saja :)

Tuesday, May 05, 2009

Tunas Bangsa - H E R E Y E S


Monday, May 04, 2009

MY RIDE


Testing SIGMA 70-200mm f2.8