Wednesday, September 09, 2015
Friday, August 21, 2015
KAWASAKI VOYAGER XII - AKHIRNYA KAU KU LEPASKAN JUA
Kawasaki Voyager XII - Kenangan semasa Ekspedisi ke Kuching, Sarawak. |
Tiba-tiba aku teringat kenangan Ekspedisi Kelab KEKAL ke Kuching melalui Miri - Bintulu - Sibu pada tahun 2012, memang satu pengalaman yang menyeronokkan dan tidak dapat dilupakan. Selepas itu aku menjadi kurang aktif dalam dunia permotoran akibat tekanan dan bebanan tanggungjawab tugas. Syukur aku mempunyai banyak kegemaran dan hobi mengikut intensiti masa yang berbeza. Jika tidak dapat lakukan aktiviti A aku akan beralih kepada Aktiviti B dan seterusnya. Pengurusan Stress adalah sangat penting buat diri ini agar setiap tugas dan tanggungjawab dilakukan dengan penuh kualiti dan dengan penuh perasaan ikhlas dan gembira. Mungkin suatu hari nanti aku akan mula mencuri-curi masa untuk kembali melepaskan tekanan dengan meredah lebuh raya tidak kira hujan atau panas bersama rakan-rakan yang lain. Mungkin juga sekarang aku menjadi kaku untuk menggerakkan jentera berkuasa tinggi ini memandangkan sudah lama aku tidak menungganginya. Terima Kasih atas kenangan yang telah diberikan pada ku selama ini. kini kau bukan lagi milikku kerana pada hari ini, Hari Juma'at, 21hb Ogos 2015 aku dengan rasminya telah pun melepaskan kau kepada seorang sahabat yang mungkin lebih cermat dan lebih memahami dirimu daripada diriku.
Posted by Enaz Hanari Organization at 11:09 PM 0 comments
Wednesday, August 19, 2015
Snack Time
Kacang, Kuaci dan Kurma |
Sana-sini sudah masyarakat sudah sedar tentang pentingnya permakanan sihat. Konsepnya sangat mudah jika kita inginkan kehidupan yang sehat melalui permakanan iaitu dengan menjaga permakanan kita dengan mengambil makanan rendah lemak serta banyakkan aktiviti fizikal. Kita sering dengar bahawa dalam menjaga permakanan kita hemdaklah berhenti makan sebelum kenyang. Tetapi elakkan juga diri kita dari didatangi rasa lapar kerana kesannya adalah pada pengambilan makanan utama kita seterusnya. Untuk itu pengambil snek adalah penting untuk mengurangkan rasa lapar kita buat seketika. Maksud saya makanan senek yang sihat seperti kacang, buahan segar dan bukannya makanan ringan seperti keropok, makanan berlemak atau yang tidak menyihatkan.
Posted by Enaz Hanari Organization at 7:21 PM 0 comments
Tuesday, March 31, 2015
I NEED HELP :(
Dalam kehidupan seharian, kita tidak akan dapat melarikan diri daripada menghadapi masalah. Masalah datang dalam pelbagai bentuk dan cara serta tidak dapat dijangka bilakah ianya akan menimpa diri kita. Sebab itu ada pepatah mengatakan Sediakan Payung Sebelum Hujan yang mengingatkan kita agar sentiasa bersedia dalam menghadapi sebarang kemungkinan. Walaubagaimanapun dalam menghadapi masalah janganlah pula kita cepat melenting dan cuba menyelesaikannya secara bersendirian sekiranya masalah tersebut tersangat berat kerana hakikatnya orang sekeliling kita selalunya bersedia untuk membantu kita kalaupun bukan secara bantuan tenaga mungkin bantuan secara buah fikiran. Kita hidup didunia bukan bersendirian. Masalah datang sebagai ujian kepada si penerima dan juga ujian sebagai si pemerhati untuk tindakan mereka selanjutnya.
Posted by Enaz Hanari Organization at 9:33 PM 1 comments
Sunday, March 22, 2015
SAKIT KAH?
Sakit? itulah harga yang perlu dibayar bagi setiap peserta yang mengikut acara perlawanan Tarik Kalat, Ini adalah kecederaan yang paling parah pernah aku dapat setakat ini sepanjang pembabitan ku dalam acara perlawanan Tarik Kalat. Aku sudah cukup berhati-hati dalam perlawanan Tarik Kalat yang diadakan pada pagi 21 Mac 2015 tadi. Namun kalau sudah namanya kemalangan tidak ada siapa pun yang akan sempat untuk menepis atau mengelak jika sudah terkena. Lagipun aku bukannya kuat sangat orangnya. Mungki didalam perlawanan pada masa hadapan aku akan lebih berhati-hati lagi. Selain itu peserta juga harus bersiap sedia untuk mengalami sakit-sakit badan dalam 2-3 hari mendatang setelah selesai acara perlawanan. Aku harap ia akan segera sembuh memandangkan aku perlu memegang tugas yang lebih berat 2-3 hari selepas ini.
Rawatan? Bagaimana dengan rawatan pula? selalunya untuk luka seperti ini aku akan membersihkan terlebih dahulu dengan tisu yang sudah dibasahkan dan menyapu dengan krim antiseptik yang tidak memedihkan yang boleh didapati dengan mudah dimana sahaja kedai farmasi. Aku juga tidak akan membiarkan ianya di tampal atau diberikan plaster selagi tidak ada darah yang mengalir. Dalam mindset aku luka akan mudah sembuh jika ianya sentiasa didedahkan dengan udara, lagipun ianya sekadar luka ringan. Pedih memang pedih. Aku cuma akan menampalkan ia dengan plaster buat seketika sekiranya aku ingin melakukan aktiviti sukan atau seumpamanya supaya ianya kurang terdedah dengan sebarang geseran yang akan menyakitkan aku nanti, dan tidak lupa juga aku kan mengambil Ascorbic Acid atau Vitamin C (Ester C) sebagai supplemen untuk mempercepatkan penyembuhan luka kerana apa yang saya ketahui setakat ini Pengambilan Vitamin C bukan sahaja banyak khasiatnya buat tubuh badan kita tapi berperanan penting dalam penyembuhan luka seperti ini.
Posted by Enaz Hanari Organization at 12:56 PM 1 comments
Wednesday, March 11, 2015
AKU DAN PESTA BUKU BRUNEI 2015
Antara buku-buku yang dibeli dalam Pseta Buku 2015 |
Buku terbitan Jabatan Mufti Kerajaan yang terbaru bagi tahun 2015, antara buku wajib ada dalam simpanan kerana manfaat dan kegunaannya yang sangat besar dan bukan sedikit |
Pesta Buku 2015 baru saja melabuhkan tirainya dalam beberapa
hari yang lepas. Aku adalah diantara mereka-mereka yang sangat suka membaca
buku. Bila diadakan Pesta Buku setiap tahun aku adalah diantara yang paling
gembira dan juga nervous bila mengunjungi gerai jualan. Kenapa pula aku katakan
yang aku nervous? Mungkin kerana aku bimbang jika kepuasan yang diterima nanti
tidak mencapai standard diri sendiri. Mungkin juga aku seorang yang sangat
cerewet. Yang pasti aku menilai kepuasan diri sendiri dengan menilai harga
jualan dan jenis buku yang dijual pada Pesta tersebut. Jika kena pada harga dan
nilai buku yang dibeli tersebut sudah tentulah akan menimbulkan satu rasa
kepuasan pada diri sendiri.
Kalau aku perhatikan, aku sering menyediakan peruntukan untuk
berbelanja untuk membeli buku pada bulan Disember ketika cuti persekolahan,
lazimnya aku akan keluar ke negara jiran hanya untuk mengunjungi kedai-kedai
buku disana memandangkan harga buku disana jauh lebih murah dari harga di
pasaran sini. Tidak dilupakan juga pada bulan Februari atau Mac di mana pada
setiap tahun bulan tersebut akan diadakan Pesta Buku bersempena dengan Sambutan
Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam.
Cenderahati bagi tetamu yang datang mengunjungi ke Pesta Buku 2015 |
Antara buku yang dibeli semasa kunjungan ke Pesta Buku 2015 |
Lagi buku-buku yang dibeli semasa mengunjungi Pesta Buku 2015 |
Posted by Enaz Hanari Organization at 12:22 AM 1 comments
Sunday, March 08, 2015
LATP 2015
Sijil Penyertaan dan Medal Penamat
Posted by Enaz Hanari Organization at 8:26 PM 0 comments
Labels: Larian Amal
Monday, February 23, 2015
Generasi Berwawasan
Logo Sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam ke-31 tahun |
Al-hamdulillah, Negara Brunei Darussalam telahpun menyambut hari kebangsaan hari ini dengan penuh gemilang. Sebenarnya tarikh 23hb Februari adalah tarikh yang sentiasa aku nanti-nantikan dan ditunggui setiap tahun. Kerana pada tarikh ini aku selalunya akan merakamkan beberapa detik dan peristiwa-peristiwa yang berlaku pada hari yang bersejarah ini melalui lensa kamera. Bermula dari tahun 2009, aku mula aktif mengikuti pertubuhan-pertubuhan yang banyak mengajar aku bermain dengan lensa kamera. Bermula dari setting AUTO kepada setting MANUAL. Seorang photographer pernah bersuara kepada aku ketika aku mula memilki DSLR pertama yang suatu hari nanti aku akan "bermain" dengan setting MANUAL, dan bersiap sedia yang kamera DSLR pertama ini bukan kamera DSLR yang terakhir. Nampaknya pengalaman beliau telah betul-betul menjadi realiti buat diriku.
Berbalik dengan sambutan hari kebangsaan pada tahun ini. Dukacita tidak ada satu klik pun yang mampu aku lepaskan untuk merakamkan peristiwa untuk tahun ini. Dan ianya sangat-sangat menyedihkan diriku kerana saban tahun aku tidak pernah terlepas turut serta merakamkan peristiwa melalui kamera sejak tahun 2009. Hati ku meronta-meronta ingin dikeluarkan dari perbarisan apabila melintasi barisan photographer yang sedang bertugas. Mungkin permohonanku telah dikabulkan Allah kerana pada tahun lepas aku memang ada memikirkan untuk berehat sebentar kerana bebanan tugasan. Namun jauh dilubuk hati tangan dan jari ini masih ingin mengetik butang shutter dan tubuh yang semakin lanjut ini masih ingin memikul beban kamera dan lensa yang bukan ringan. Semoga di tahun 2016 nanti aku diberikan peluang untuk beraksi merakamkan detik sambutan Hari Kebangsaan 2016. SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN KE-31, semoga Negara Brunei Darussalam sentiasa dalam lindungan Dan pemeliharaan Allah subhaanahu wa Ta'ala jua . AMIN.
Posted by Enaz Hanari Organization at 11:58 AM 0 comments
Sunday, February 22, 2015
Erti Kehidupan : SIBUK #2015
As-Salam dan salam 2015
sedar tidak sedar sudah 2 tahun aku menyepikan diri dalam dunia blogging.
2 tahun bukannya tempoh yang pendek. Ia sudah cukup untuk membuatkan orang berasa bimbang dan tertanya-tanya.
dimanakah saya?
apakah yang sudah terjadi?
sihatkah?
atau sakitkah?
dan al-hamdulillah saya masih sihat menempuhi cabaran baru yang semakin mengganas. Kalau boleh aku ingin meneruskan kehidupan harian ku tanpa ada sebarang alasan-alasan untuk mengelakkan diri dari melakukan sebarang tugasan yang telahpun dipertanggungjawabkan atau yang telah diamanahkan kepada kita.
Cuma aku kadang-kadang merasa rindu mengenangkan masa-masa sudahku yang mana dalam kesibukan harian aku masih punya masa untuk melakukan aktiviti atau hobi kegemaranku. Photography, membaca buku dan blogging. Tanpa aktiviti-aktiviti kegemaran tersebut hidup terasa sepi tanpa aktiviti-aktiviti. Aku banyak belajar sesuatu daripada kegemaran-kegemaran tersebut. Dan kini aku sudah terperangkap dengan tugasan yang mengikat aku dari meneruskan aktiviti atau kegemaran-kegemaran tersebut. Aku punya waktu terbatas untuk mengisi waktu-waktu untuk mengisi hobi tersebut. Apabila aku mengikut aktiviti photogarphy, sering aku hilang fokus memikirkan tugasan yang perlu disiapkan dengan segera. Bacaan bukuku sering terganggu dengan laporan-laporan lain yang perlu disiapkan yang bagiku sebenarnya adalah tidak perlu. Semoga aku tabah dan tidak mudah melatah menghadapi liku-liku yang akan mendatang.
Posted by Enaz Hanari Organization at 6:01 PM 0 comments
Subscribe to:
Posts (Atom)