TRAVELOG EKSPEDISI PART IV - KLIK SINI
TRAVELOG EKSPEDISI PART V - KLIK SINI

Pemandangan Kota Kinabalu di waktu siang
Alhamdulillah, sepanjang 3 hari ekspedisi Kelab KEKAL dijalankan di Kota Kinabalu ini, tidak terdapat sebarang kerosakan serius kepada enjin atau sebagainya yang memerlukan kenderaan recovery Kelab KEKAL bertindak untuk memainkan peranannya, kebanyakan masalah-masalah motosikal yang timbul sepanjang perjalanan telah dapat diatasi bersama dengan kemahiran-kemahiran teknikal yang ada dalam ahli Kelab KEKAL sendiri terutama sekali kepada Abang Chief Marsyal Ekspedisi kali ini iaitu KK008 Awg Rosli aka Mr.Wireman yang banyak membantu untuk memujuk semula dan menghidupkan kembali 3 buah motor yang memogokkan diri sepanjang ekspedisi ini dijalankan.
Pada hari dimana kami akan berangkat pulang ini, sekali lagi jadual asal terpaksa di ubah, jam berangkat pulang yang diaturkan pada pukul 10.15 pagi pada mulanya terpaksa dilanjutkan kepada jam 12.30 tengahari bagi memberi peluang kepada peserta-peserta ekspedisi untuk membeli barang-barang dan keperluan keluarga dikawasan yang berdekatan dan berhampiran.








Seorang makcik yang sedang merehatkan diri buat seketika
Rombongan konvoi ekspedisi Kelab KEKAL akhirnya mula berangkat meninggalkan Kota Kinabalu pada pukul 12.45 tengahari setelah mendengar sedikit taklimat dan ucapan penghargaan kepada Kelab Skuter Elegan Sabah (KSES) dan seterusnya bersalam-salaman serta bermaaf-maafan dengan ahli-ahli dari Kelab Skuter Elegan Sabah (KSES) yang banyak membantu Kelab KEKAL sepanjang berada disana. Yang pasti dimasa hadapan kita pasti akan berjumpa lagi..















Okey bro see you next time ah.. jangan jara..
Dalam perjalanan pulang, kami singgah dan berehat sebentar di Pekan Beaufort pada pukul 2.30 petang bagi menikmati makan tengahari dan minum petang, dan bermula dari Pekan Beaufort inilah perjalanan pulang kami menjadi sedikit mencabar bilamana hujan lebat mula menitiskan dirinya memandikan perjalanan kami sejauh 220 Km sehingga menuju ke Brunei Darussalam. Sepanjang perjalanan pulang ekspedisi Kelab KEKAL pada tahun-tahun sebelum ini pun memang tidak sah jika tidak dibasahi oleh hujan, cuma pada ekspedisi kali ini ianya lebih terasa lagi.








menunggu AJK Passport menjalankan tugas mereka
Al-hamdulillah, setelah menempuh perjalanan sejauh 220 Km dalam keadaan cuaca hujan lebat, akhirnya rombongan Ekspedisi Kelab KEKAL telah selamat sampai ke Pos Imigresen Kuala Lurah Negara Brunei Darussalam pada jam 8.50 malam, Bagi mengurangkan kedinginan sepanjang perjalanan, kami berhenti untuk menikmati minuman panas di salah sebuah di restoran bersebelahan dengan Stesen Minyak Kuala Lurah. Dengan itu, berakhirlah ekspedisi kami secara rasminya dengan menghimpun perjalanan sejauh 1030 Km yang bermula dari Balai Polis Limau Manis dan berakhir di restoran tersebut. Peserta-pesereta yang menyertai ekspedisi seterusnya bersurai disini setelah bermaafan-maafan dengan peserta-peserta konvoi yang lain dan seterusnya pulang kerumah dengan membawa 1001 kenangan untuk dikongsikan bersama ahli-ahli keluarga yang sudah sedia menanti.








UCAPAN TERIMA KASIH KEPADA
1. AJK Ekspedisi kali ke-5 Kelab KEKAL
2. Peserta-peserta ekspedisi Kelab KEKAL 2010
3. Balai Polis Limau Manis
4. Pos Imigresen Kuala Lurah/Limbang/Puni/Labu & Sindumin
5. Member-member dari Kelab Skuter Elegan Sabah (KSES), terutama Bro Azmi, Mr.Tan, Kingsley dan mereka-mereka yang banyak membantu sepanjang perjalanan ekspedisi kami disana
6. Ibnu Robi Ahmad, Kg Likas (thanks for the drinks)
7. Mereka yang terlibat secara langsung dan tidak langsung
Al-hamdulillah, akhirnya aku selamat sampai ke rumah pada pukul 10.30pm
SEDIKIT CATATAN
(04hb – 07hb JUN 2010)
JENIS MOTOR : SUZUKI AN400K8
MILLEAGE BERTOLAK DARI RUMAH 04/06/2010 : 8452.6
MILLEAGE SAMPAI RUMAH 07/06/2010 : 9521.2
JUMLAH TOTAL JAUH PERJALANANKU : 1068.6 Kilometer
BALAI POLIS LIMAU MANIS~KK~KUNDASANG~RANAU~KK~RT KUALA LURAH : 1029.8 Kilometer
PERTUKARAN MATAWANG : 2.31
PERBELANJAANKU SECARA TOTAL:
(BND 66 + RM 588.70)
Minyak Kenderaan : BND 5 + RM 44.10
(Register/Feri/Hotel/Makan/Ole-Ole/Dll) : BND 61 + RM 544.6)
( S E L E S A I )