CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Tuesday, June 15, 2010

TRAVELOG EKSPEDISI KALI KE-5 KELAB KEKAL KE KOTA KINABALU - KUNDASANG - RANAU, SABAH – HARI KETIGA (PART IV)

TRAVELOG EKSPEDISI PART I - KLIK SINI
TRAVELOG EKSPEDISI PART II - KLIK SINI
TRAVELOG EKSPEDISI PART III - KLIK SINI

AHAD, 06hb JUN 2010 – Dihari ke-3 ini, saya sudah pun terbangun ataupun lebih tepat lagi telah dikejutkan dari tidur yang nyenyak seawal pukul 6.15 pagi lagi, terima kasih kepada Awang Yamat kerana mengatuk-ngatuk atap zink di resort pada pagi atu, rupanya Awang Yamat lebih bersemangat waja dan nampaknya sudah kelihatan inda sabar-sabar lagi untuk meneruskan aktiviti dipagi hari tersebut mengalahkan aku sendiri.

Gambar pemandangan dibelakang U Merlin Resort dan berdepanan dengan challet kami di awal-awal pagi

Inilah dia challet U Merlin Resort tempat kami menginap

Bunga Daisy yang kelihatan segar di awal pagi

Seorang brother sedang menyaksikan suasana pergunungan

Mr. Yamat yang segak bergaya di awal pagi

sedang menghirup udara segar di luar challet

Pose mengancam untuk santapan para wanita dari Awg Yamat, eh..siapakah pula gerangannya si sumandak jelita di belakang Awg Yamat itu

Walau macamanapun, pada malam tadi saya mendapat tidur yang paling nyaman dan nyenyak diresort no.4 ini kerana inda terdapat bunyi bising seperti yang dialami di Bandar Kota Kinabalu ditambah lagi dengan kengalihan selepas mengikuti acara-acara pada malam kelmarin. Kalaulah sekiranya awda menetap di resort ani, janganlah awda menyusahkan diri awda mencari suis kipas apatah lagi suis aircond kalau kedinginan menyelimuti awda diwaktu malam kerana diresort ani benda-benda tersebut sememangnya tidak diperlukan di kawasan dingin ani.

Mr Wireman aka Awg Rosli sedang mewiring semula sistem lampu motor pengerusi ekspedisi

Sedang menggambar suasana di pagi hari

Pengerusi memerhati dan terus mempelajari sesuatu dari Mr Wireman

YDP Kelab KEKAL yang sudah bersiap sedia dihadapan motor beliau

Borak-borak sementara menunggu ahli KSES datang

Bersantai di jalan U Merlin Resort

Sedang bertukar cerita sambil menyaksikan bangunan U Merlin Resort

empat orang brother Kelab KEKAL dengan gaya masing-masing memerhatikan bangunan U Merlin resort

Mr Sia dan Mr Yamat kelihatannya sudah merasa selesa duduk disana

Pose Ganjil awang Yamat semasa menuruni jalan bukit

Bersarapan sendiri di U Merlin Resort

YDP sedang menikmati minuman Kopi O segera

berada diatas motor yang sudah pun berjasa membawa saya menjelajah ke Bintulu (2008), Keningau (2009), dan yang terbaru Kundasang serta Ranau (2010), Sabah

Sedang menyusun-nyusun motor untuk bergambar ramai

Pada pagi tersebut, kami ahli-ahli KEKAL telah menikmati sarapan pagi kami dengan penuh selera di Restoran Panataran yang terletak berhadapan dengan pintu masuk utama Kinabalu Park. Disana awda juga dapat menyaksikan suasana pemandangan pergunungan, dan puncak Gunung Kinabalu sekiranya gunung tersebut tidak diselimuti oleh awan.

Apakah kesalahan Uncle Ramlee yang sedang meminta maaf dengan sedemikian rupa kepada Timbalan KSES Encik Tan??

Singgah untuk menikmati sarapan pagi di Restoran Panataran yang berdepanan dengan Kinabalu Park

Kelihatan ahli-ahli sedang menunggu order sarapan mereka dengan perut yang berlagu-lagu

Awg Rosli sedang menggambar Gunung Kinabalu yang jelas kelihatan di awal pagi

Mr Sia : ini website sama facebook KEKAL, so u can check our activities and pictures in this link lah..

Gunung Kinabalu yang semakin ditutupi awan

YDP sedang menikmati sarapan beliau yang baru sampai

Pengerusi sedang berbual-bual dengan rakan yang lain..

sarapan ku yang sedikit heavy, dimana-mana tempat pun aku akan mencuba untuk merasa mee goreng..

YDP sedang bergambar kenangan dengan salah satu keluarga dari Sabah

Setelah menikmati hidangan sarapan, beberapa orang ahli Kelab KEKAL pun terus meninjau keindahan flora dan fauna yang terdapat didalam taman Kinabalu Park tersebut dengan bayaran sebanyak RM15 bagi pelancong luar. Ini adalah kali ke-3 aku menjejakkan semula kaki dikawasan tersebut secara amnya. semasa mencari maklumat mengenai Kundasang, saya terjumpa satu lagu yang cukup best untuk didengar, saya yakin ramai orang Sabah dan budak-budak disana yang hafal dan dapat menyanyikan lagu “Sayang Kinabalu” ini dengan selamba sahaja:

Tinggi-tinggi Gunung Kinabalu,
tinggi lagi sayang sama kamu,
biru-biru hujung Kinabalu,
tengok dari jauh,
hati saya rindu.

* Kinabalu dekat di Kundasang,
banyak sayur bulih pilih-pilih,
apa guna pergi luar negeri,
naik Kinabalu,
hati saya rindu

** sumandak-sumandak pun ramai menunggu,
menari-nari lenggang sumayau,
sekali melihat melepak kulitnya,
sayang jatuh cinta.

*** sayang-sayang,
sayang Kinabalu,
Kaamatan pesta bulan lima,
sayang-sayang kita pergi tamu,
jalan Tamparuli
hati saya rindu.

repeat *,**,***

sayang-sayang kita pergi tamu,
jalan Tamparuli,
hati saya rindu.

by (Allahyarham) Kimin Mudin (he passed away on 02nd JUNE 2010)

G-Gambus sudah bersemangat untuk ride ke gunung

Pengerusi dengan set rakaman video merakamkan aktiviti-aktiviti yang telah dilalui

Walaupun namaku masih belum tersenarai dan nda ada tercatat di papan ani, dapat gambar disini pun jadi tah..

Sama jua dengan YDP, begambar pun jadi tah..

bergambar di kawasan gate mendaki Gunung Kinabalu

Bergambar bersama dengan sesiapa sahaja yang berada disana

keadaan semakin bertambah meriah bila semua ikut bergambar

Okey sampai sini saja dulu..nanti lagi ku sambung..

( BERSAMBUNG )

0 comments: