TRAVELOG EKSPEDISI PART IV - KLIK SINI
TRAVELOG EKSPEDISI PART V - KLIK SINI
Pemandangan Kota Kinabalu di waktu siang
Alhamdulillah, sepanjang 3 hari ekspedisi Kelab KEKAL dijalankan di Kota Kinabalu ini, tidak terdapat sebarang kerosakan serius kepada enjin atau sebagainya yang memerlukan kenderaan recovery Kelab KEKAL bertindak untuk memainkan peranannya, kebanyakan masalah-masalah motosikal yang timbul sepanjang perjalanan telah dapat diatasi bersama dengan kemahiran-kemahiran teknikal yang ada dalam ahli Kelab KEKAL sendiri terutama sekali kepada Abang Chief Marsyal Ekspedisi kali ini iaitu KK008 Awg Rosli aka Mr.Wireman yang banyak membantu untuk memujuk semula dan menghidupkan kembali 3 buah motor yang memogokkan diri sepanjang ekspedisi ini dijalankan.
Pada hari dimana kami akan berangkat pulang ini, sekali lagi jadual asal terpaksa di ubah, jam berangkat pulang yang diaturkan pada pukul 10.15 pagi pada mulanya terpaksa dilanjutkan kepada jam 12.30 tengahari bagi memberi peluang kepada peserta-peserta ekspedisi untuk membeli barang-barang dan keperluan keluarga dikawasan yang berdekatan dan berhampiran.
Pelbagai barangan yang dijual ditamu Uncle Haffyzam semasa mencari kuih kinkin @ cincin ini kalau saya beli 100 bungkus berapa kamu kasi harga?? Hj Roslan menawar-nawar sesuatu
sesi merunding harga bersama penjual
OK selasai.. ke centerpoint lagi
Seorang makcik yang sedang merehatkan diri buat seketika
Rombongan konvoi ekspedisi Kelab KEKAL akhirnya mula berangkat meninggalkan Kota Kinabalu pada pukul 12.45 tengahari setelah mendengar sedikit taklimat dan ucapan penghargaan kepada Kelab Skuter Elegan Sabah (KSES) dan seterusnya bersalam-salaman serta bermaaf-maafan dengan ahli-ahli dari Kelab Skuter Elegan Sabah (KSES) yang banyak membantu Kelab KEKAL sepanjang berada disana. Yang pasti dimasa hadapan kita pasti akan berjumpa lagi..
Okey bro..say hi.. Apakah yang direnung Haffyzam disebalik kacamata beliau ini Kita akan mula berangkat dalam 10 minit lagi, siapa kan ke jamban aga tah..
saya selaku Pengerusi ekspedisi ingin mengucapkan ucapan terima kasih kepada KSES thanks for everything and see you again next time . . .
Awg Rosli selaku Chief Marsyal mengucapkan ucapan terima kasih Gambar ramai #1
Gambar ramai #2
Gambar ramai #3
Gambar ramai #4
Gambar ramai #5 - come on lah.. satu pun nada gambar ku kah?? bersalam-salaman bersama bro-bro KSES sebelum berangkat pulang
Okey bro see you next time ah.. jangan jara..
Dalam perjalanan pulang, kami singgah dan berehat sebentar di Pekan Beaufort pada pukul 2.30 petang bagi menikmati makan tengahari dan minum petang, dan bermula dari Pekan Beaufort inilah perjalanan pulang kami menjadi sedikit mencabar bilamana hujan lebat mula menitiskan dirinya memandikan perjalanan kami sejauh 220 Km sehingga menuju ke Brunei Darussalam. Sepanjang perjalanan pulang ekspedisi Kelab KEKAL pada tahun-tahun sebelum ini pun memang tidak sah jika tidak dibasahi oleh hujan, cuma pada ekspedisi kali ini ianya lebih terasa lagi.
Hujan lebat yang mula turun di Pekan Beaufort yang bakal membasahi perjalanan kami sehingga ke Brunei Darussalam Mr Sia yang tidak sampai hati melihat motor beliau dibasahi hujan
Brunei Satay House II, Pekan Beaufort Pos Kawalan Imigresen Sindumin, kelihatan hujan mula mengejar kami
menunggu AJK Passport menjalankan tugas mereka
Al-hamdulillah, setelah menempuh perjalanan sejauh 220 Km dalam keadaan cuaca hujan lebat, akhirnya rombongan Ekspedisi Kelab KEKAL telah selamat sampai ke Pos Imigresen Kuala Lurah Negara Brunei Darussalam pada jam 8.50 malam, Bagi mengurangkan kedinginan sepanjang perjalanan, kami berhenti untuk menikmati minuman panas di salah sebuah di restoran bersebelahan dengan Stesen Minyak Kuala Lurah. Dengan itu, berakhirlah ekspedisi kami secara rasminya dengan menghimpun perjalanan sejauh 1030 Km yang bermula dari Balai Polis Limau Manis dan berakhir di restoran tersebut. Peserta-pesereta yang menyertai ekspedisi seterusnya bersurai disini setelah bermaafan-maafan dengan peserta-peserta konvoi yang lain dan seterusnya pulang kerumah dengan membawa 1001 kenangan untuk dikongsikan bersama ahli-ahli keluarga yang sudah sedia menanti.
bilang urang kacut jari masa ani bakas hujan labat mengucapkan syabas sesama ahli kerana berjaya mengharungi ekspedisi untuk tahun ani
bersalam-salaman sesama ahli sebelum berpisah
cana udang karing yang ko bali ah, jadi udang basah kali udah???
okey bro see you next time lagi, jangan jaraa..
kacut tu tangan G-Gambus, randam pakai aing hangat nyaman tu rasanya
UCAPAN TERIMA KASIH KEPADA
1. AJK Ekspedisi kali ke-5 Kelab KEKAL
2. Peserta-peserta ekspedisi Kelab KEKAL 2010
3. Balai Polis Limau Manis
4. Pos Imigresen Kuala Lurah/Limbang/Puni/Labu & Sindumin
5. Member-member dari Kelab Skuter Elegan Sabah (KSES), terutama Bro Azmi, Mr.Tan, Kingsley dan mereka-mereka yang banyak membantu sepanjang perjalanan ekspedisi kami disana
6. Ibnu Robi Ahmad, Kg Likas (thanks for the drinks)
7. Mereka yang terlibat secara langsung dan tidak langsung
Al-hamdulillah, akhirnya aku selamat sampai ke rumah pada pukul 10.30pm
SEDIKIT CATATAN
(04hb – 07hb JUN 2010)
JENIS MOTOR : SUZUKI AN400K8
MILLEAGE BERTOLAK DARI RUMAH 04/06/2010 : 8452.6
MILLEAGE SAMPAI RUMAH 07/06/2010 : 9521.2
JUMLAH TOTAL JAUH PERJALANANKU : 1068.6 Kilometer
BALAI POLIS LIMAU MANIS~KK~KUNDASANG~RANAU~KK~RT KUALA LURAH : 1029.8 Kilometer
PERTUKARAN MATAWANG : 2.31
PERBELANJAANKU SECARA TOTAL:
(BND 66 + RM 588.70)
Minyak Kenderaan : BND 5 + RM 44.10
(Register/Feri/Hotel/Makan/Ole-Ole/Dll) : BND 61 + RM 544.6)
( S E L E S A I )
0 comments:
Post a Comment