CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Sunday, June 13, 2010

TRAVELOG EKSPEDISI KALI KE-5 KELAB KEKAL KE KOTA KINABALU - KUNDASANG - RANAU, SABAH – HARI PERTAMA (PART I)

Peta kasar Negeri Sabah

JUMA’AT, 04hb JUN 2010 – Kelab motosikal KEKAL sekali lagi mengadakan Ekspedisi konvoi bermotor untuk tahun 2010 ini dan ianya juga merupakan ekspedisi bermotor kali ke-5 Kelab KEKAL sepanjang penubuhannya. Untuk mendapatkan perjalanan ekspedisi yang lancar, satu perlantikan ahli jawatankuasa bagi mengemudi ekspedisi pada tahun ini akhirnya selamat dilaksanakan sebelum tarikh ekspedisi ini dijalankan.

Semasa lantikan Ahli Jawatankuasa Ekspedisi di Balai Raya Keriam

Antara calon-calon yang telah dicalonkan menjadi Ahli Jawatankuasa Tertinggi

Peristiwa Yamat diundi dengan kemenangan majoriti

KK070 sudah mula membayangkan keseronokan ekspedisi yang akan bakal diikutinya tidak lama lagi..

Senarai ahli jawatankuasa ekspedisi fasa pertama

Malam terakhir sebelum berangkat ke Kota Kinabalu, Sabah

Ahli Jawatankuasa pengurusan passport dan pass kenderaan sedang sibuk menjalankan tugas

Berbeza pada tahun-tahun yang sudah sebelum ini, pada tahun 2010 ini kelab KEKAL telah memecah tradisi ekspedisinya dengan mengadakannya seawal bulan Jun berbanding bulan Disember seperti yang pernah dilakukan pada tahun-tahun yang sudah sebelum ini. Pada tahun 2010 ini, kelab KEKAL sekali lagi telah memilih untuk menuju ke Kota Kinabalu, Sabah sebagai destinasi ekspedisinya. Disana nanti Kelab KEKAL akan disambut oleh member-member dari Kelab Skuter Elegan Sabah (KSES) dan mereka juga telah bermurah hati merancang beberapa aktiviti dan juga beberapa siri lawatan ke tempat-tempat menarik untuk ahli-ahli dalam kelab KEKAL ini. Ekspedisi sepanjang 4 hari 3 malam Kelab KEKAL ini telah disertai oleh seramai 21 orang ahli dengan diiringi oleh sebuah kenderaan recovery khas untuk pengangkutan motosikal jika peserta konvoi menghadapi sebarang kemungkinan kerosakan motosikal sepanjang ekspedisi dijalankan.

Ekspedisi Kelab KEKAL yang dijalankan pada kali ini bertepatan dengan musim cuti persekolahan penggal ke-3 sekolah-sekolah di Negara Brunei Darussalam, dan peluang yang ada ini amat sayang untuk dilepaskan dan ianya telah ku manfaatkan sepenuhnya dengan menyertai ekspedisi yang mana sedikit sebanyak bakal mengurangkan lagi sedikit ketegangan fikiran memandangkan aku sendiri baru sahaja selesai menduduki peperiksaan. Ia juga mengelakkan aku daripada membuat sebarang pekerjaan dan aktiviti yang sia-sia diwaktu percutian nanti seperti mengira-ngira bintang-bintang dilangit ataupun mengira-ngira kereta-kereta yang melintas lalu dijalan-jalan raya.

Seperti kebiasaan sebelum memulakan perjalanan pada pagi tersebut, para peserta ekspedisi terlebih dahulu berkumpul di kawasan Balai Polis Limau Manis untuk mendengar beberapa penerangan dan sedikit taklimat serta peraturan-peraturan sepanjang perjalanan oleh pengerusi dan abang-abang marsyal yang telah dilantik untuk ekspedisi kali ini serta diikuti dengan bacaan do'a selamat.

Berkumpul di balai Polis Limau Manis

Hj Gambus sedang memeriksa dokumen perjalanan dan passport peserta ekspedisi di skuter beliau

Walaupun tidak dapat menyertai ekspedisi kali ini, namun mereka tetap menghadirkan diri untuk memberikan lambaian perpisahan

Bergambar ramai sebelum berangkat menjadi satu kemestian

Konvoi mula bergerak memulakan ekspedisi pada pukul 7.45 pagi meninggalkan Brunei Darussalam melalui Limbang, dan Daerah Temburong, seterusnya meneruskan perjalanan melalui Lawas dan berhenti sebentar di Pekan Sipitang untuk berehat serta makan tengahari sebelum meneruskan perjalanan ke Kota Kinabalu, Sabah. Sepanjang perjalanan, tidak terdapat sebarang masalah yang dihadapi dan keadaan cuaca pula adalah sangat baik serta mengizinkan.

Encik Tenny mengisi minyak di Stesen Minyak Negalang

Pengerusi ekspedisi berteduh sementara menunggu rakan-rakan mengisi minyak

Keadaan di Pos Imigresen Lawas

Hj Gambus menunjukkan isyarat okey menandakan pengurusan passport di sini sudah selesai

Berehat sebentar di Pos Imigresen Sindumin, sementara menunggu AJK pengurusan passport

Tuan Pengerusi bersama dengan motor kesayangan beliau

Kenderaan yang tidak ramai di Pos Imigresen Sindumin pada ketika ini memudahkan lagi kerja AJK pengurusan passport dan pass kenderaan

Keadaan di Pos Imigeren Sindumin

Berehat sebentar di Pekan Sipitang sambil menikmati hidangan tengahari

Peserta konvoi meletakkan motor mereka di tempat yang seredup mungkin

Berhenti menunggu seseorang di Pekan Beaufort

Belakang lagii..lagi..undur lagi..lagi..undur lagi..undur lagi bah..lagi..lagi.. sikit lagi..lagi..jauh lagi tu belakang tu..nda masuk ni mua mu..baru batang hidung saja nampak..undur lagi sikit..lagi..lagi..

Konvoi Kelab KEKAL selamat sampai ke Kota Kinabalu, Sabah pada jam 3.35 petang dan ketibaan kami telah disambut oleh ahli-ahli dari Kelab Skuter Elegan Sabah (KSES). Setelah membuat check in di Tang Dynasty Hotel di Kota Kinabalu dan berehat buat seketika, Ahli-ahli Kelab KEKAL bersama-sama dengan rakan-rakan dari KSES telah pergi menjamu selera di di Pantai Tanjung Aru bersaksikan keindahan pantai dan dan juga sinar malap sang matahari yang sedang membenamkan diri.

Akhirnya kami selamat sampai ke Kota Kinabalu, Sabah

Ketibaan ekspedisi kami telah disambut oleh Kelab Skuter Elegan Sabah (KSES)

Bro Azmi dari Kelab Skuter Elegan Sabah (KSES) sedang mengalu-ngalukan kedatangan kami

Wahh..lama sudaa nda jumpa sama kamu ahh.. besar-besar sudah bah sumaa

Mendengar sedikit penerangan dari Tuan Rumah

Bro Azmi sedang merancang sesuatu untuk aktiviti seterusnya untuk Kelab KEKAL

Bersantai di Lounge Room, Tang Dynasty Hotel, Kota Kinabalu, Sabah

Awg Sia yang bertanggungjawab menguruskan penginapan sedang menyemak senarai peserta

Menanti dengan penuh sabar di tempat lounge

Awang Yamat sedang menguruskan..ehh!??..Oii..oii..behapa tu..

Masih sampat merunding harga

Pengerusi sedang menandatangani sesuatu

Destinasi pertama dari hotel - Pantai Tanjung Aru, Kota Kinabalu, Sabah

Berlatarkan matahari yang hampir terbenam

posing dan warm up untuk begambar secara serius

sesi menungking di gerai makan Tanjung Aru

basar tu nyamu galas minuman

Pengerusi sedang menikmati hidangan tungking kegemaran beliau

Chief Marsyal sedang menikmati ABC Special dengan gaya beliau yang tersendiri

Menikmati hidangan bersama dengan rakan-rakan dari Kelab Skuter Elegan Sabah (KSES)

Mun ganya 4 galas ani.. alum gi ku teaasa ni nyamu nintu..

Kami juga sempat membuat persinggahan disalah sebuah Restoran Matahari Café milik salah seorang rakan dari Santai Bikers Sabah dan sempat bersembang-sembang sebelum kembali semula ke tempat penginapan untuk berehat dan menutup tirai hari pertama untuk ekspedisi 4 hari 3 malam ini sebelum meneruskan lagi acara pada keesokan harinya.

Posing Istimewa dari Tuan Pengerusi ekspedisi di Matahari Cafe

Berbual-bual dengan pemilik Matahari Cafe dari Santai Bikers

( BERSAMBUNG.. )

0 comments: