CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Tuesday, June 15, 2010

TRAVELOG EKSPEDISI KALI KE-5 KELAB KEKAL KE KOTA KINABALU - KUNDASANG - RANAU, SABAH – HARI KETIGA (PART V)

TRAVELOG EKSPEDISI PART I - KLIK SINI
TRAVELOG EKSPEDISI PART II - KLIK SINI
TRAVELOG EKSPEDISI PART III - KLIK SINI
TRAVELOG EKSPEDISI PART IV - KLIK SINI

Semasa perjalanan menuruni gunung untuk menuju ke Kota Kinabalu, konvoi Kelab KEKAL telah dimandikan oleh hujan yang turun dengan lebatnya, kami terpaksa memandu dengan penuh konsentrasi dan lebih berwaspada dikawasan ini, sekaligus menjadikan ia pengalaman baru dan yang pertama kalinya buat diriku yang masih mentah dalam memandu dikawasan pergunungan diwaktu hujan lebat. Mujurlah jalan raya di kawasan ini berada dalam keadaan yang sangat baik dan memuaskan serta tidak berlubang dan berlopak disana sini. Suasana panas dan terik kembali membahangi konvoi kami semula sejurus setelah keluar dari kawasan pergunungan.

Sebelum kami meneruskan perjalanan, kami singgah sebentar disalah salah satu tempat yang terkenal dengan kisah jambatannya di Daerah Tamparuli iaitu Jambatan Tamparuli. Sebenarnya aku masih merasa sedikit keliru dengan kisah Jambatan Tamparuli ini. Kaitannya dengan jambatan asal yang musnah akibat banjir luarbiasa pada tahun 1999, kalaulah ada yang sudi membuat pencerahan mengenai Jambatan Tamparuli adalah sangat dialu-alukan, saya adalah insan yang memburu sebanyak maklumat yang mungkin
.

Bergambar di atas Jambatan Tamparuli yang glamour di pekan ini

Hj Rosman dan Nata turut tidak melepaskan peluang bergambar diatas jambatan Tamparuli yang glamour di pekan ini

Menurut sejarah, Tamparuli dikatakan mendapat namanya daripada ayat ‘ditampar oleh air’ di mana ayat ini berasal daripada perkataan atau percakapan orang Brunei. Pada suatu masa dahulu, apabila pedagang-pedagang Brunei berkunjung ke Daerah Tamparuli, mereka tidak dapat naik ke hulu disebabkan arus air sungai yang terlalu deras. Maka timbullah ayat ‘ditampar oleh air’ dan ia telah disingkatkan kepada Tamparuli. (Sumber - http://telecentre.my/tamparuli/index.php/ms/sejarah.html )

Kewujudan jambatan gantung Tamparuli telah menjadikan Daerah Tamparuli lebih dikenali oleh masyarakat luar dan pelancong asing. Menurut mitos di kalangan penduduk setempat, kononnya suatu ketika dahulu terdapat seorang perempuan yang cantik dan pandai menyanyi telah diculik dan dimasukkan ke dalam sebuah tempayan atau lebih dikenali sebagai “tajau” oleh masyarakat tempatan. Tajau tersebut telah diletakkan di tiang pertama Jambatan Tamparuli agar binaan jambatan Tamparuli kukuh. Mitos ini dikukuhkan lagi apabila jambatan ini tidak pernah runtuh walaupun ribut taufan melanda daerah ini. Malah ia semakin indah dan masih tegak berdiri walaupun usianya sudah mencecah puluhan tahun.(Sumber - http://telecentre.my/tamparuli/index.php/ms/sejarah.html )

Lagu Jambatan Tamparuli yang glamour ini telah dicipta oleh Justin Lusah sekitar pertengahan tahun 1970 lagi – Translated by Joe Lorenzo :

Pak pak kang kudo = Pak pak saya melangkah
Sumunsui doh jambatan = Menyusur hai jambatan
Jambatan doh Tamparuli = Jambatan si Tamparuli
Bakasut tinggi oku = Saya berkasut tinggi

Sumunsui doh jambatan = Menyusur hai jambatan
Jambatan doh Tamparuli = Jambatan si Tamparuli
Pak pak kang kudo = Pak pak saya melangkah
Bakasut tinggi oku = Saya berkasut tinggi

Silaka nodi kasutku = Celaka betul kasutku
Naratu lod jambatan = Terjatuh di jambatan
Tinggal poh doh sutakin = Hanya tinggal stokin
Nowid ku ginumuli = Saya bawa pulang rumah

Ontok di hari tiga = Pada hari rabu
Tomu lod Tamparuli = Tamu di Tamparuli
Mingusuk po hilo kadai = Saya masuk serata kedai
Mogihum doh kasut tinggi = Mencari kasut tinggi

Saya juga adalah diantara brother-brother yang turut bergambar kenangan diatas jambatan Tamparuli yang glamour di pekan ini

Hj Rosman bergambar solo setelah menyapu habis ahli-ahli lain

Kami berhenti untuk berehat sebentar sambil menikmati minuman air kelapa di Jalan Sulaman. Setelah membasahkan tekak dan berehat buat seketika, kami singgah sebentar di gedung beli belah terbesar di Kota Kinabalu ini, tidak lain dan tidak bukan 1 Borneo. Maka bertaburanlah ahli-ahli Kelab KEKAL dalam tempoh sejam meronda-ronda 1 Borneo ini. Oleh sebab kami berlumba dengan masa, maka masa yang diperuntukkan hanya digunakan untuk meninjau-ninjau atau window shopping sahaja sebab untuk meninjau keseluruhan 1 Borneo seperti yang diketahui ramai sememangnya memerlukan masa yang lebih daripada 2-3 Jam

membasahkan tekak di gerai yang menyediakan air-air kelapa di Jalan Sulaman, Sabah

Sedap diminum dalam keadaan cuaca panas

KK008 - inda cukup sebiji..

inilah gelagat Awg Rosli ketika menikmati minuman berkhasiat ini

nyaman tuu aasanya, ugi banaa uang yang nda tuut - mungkin itu yang cuba disampaikan oleh Awg Rosli semasa memakan isi buah kelapa ini

sambil atu bersantai dan merehatkan badan lah sekajap

Semasa berada di 1 Borneo

inilah dia Mr Jun HB yang memecah tradisi ekspedisi dengan mengejar secara solo konvoi ekspedisi Kelab KEKAL yang sudah pun berada di Kota Kinabalu

1 jam nda akan cukup untuk ronda-ronda 1 Borneo ani

Apakah yang sedang diperhatikan oleh mereka ini, hanya mereka dan aku sendiri diantara yang mengetahuinya

Kami check-in semula di Tang Dynasty Hotel pada pukul 4.00 petang. Oleh sebab diwaktu malam kami dijemput sekali lagi untuk menghadiri satu lagi majlis perkahwinan salah seorang anak perempuan ahli dari Kelab Skuter Elegan Sabah (KSES), maka dalam tempoh 3 jam kami sekali lagi membawa hala tuju masing-masing membeli barang-barang keperluan di kawasan-kawasan yang berdekatan dengan tempat penginapan kami di Tang Dynasty Hotel ini.

semasa check in semula di lobby Tang Dynasty Hotel

suasana ruang lobby sementara menunggu kunci bilik masing-masing

Hj Rosman sedang menanyakan sesuatu di kaunter

Mr Sia dan pengerusi sedang membuat pendaftaran bilik hotel

Kamu punya bilik sedang kena bersih bah..tunggu sikit saja lagi

inilah malam terakhir Kelab KEKAL di Tang Dynasty Hotel ini

Mr Jun HB sedang mengemas seluar

Batah jua kunci ani, seminit alum lagi ada melimpang ku ni..

Di sebelah malam Ahli-ahli Kelab KEKAL sekali lagi telah dijemput secara eksklusifnya oleh salah seorang ahli Kelab Skuter Elegan Sabah (KSES) ke majlis perkahwinan anak perempuan beliau yang bertempat dikediaman beliau sendiri di Kampong Warisan 21, Inanam, Sabah. Ini menjadikan majlis perkahwinan yang ke-dua saya hadiri sepanjang menyertai ekspedisi Kelab KEKAL ke Kota Kinabalu, Sabah ini. Majlis perkahwinan ini juga turut diserikan dengan majlis makan malam dan hiburan dan tidak lupa tarian poco-poco.

bersiap sedia untuk menghadiri jemputan kahwin di Kg Warisan 21, Inanam, Sabah

macam artis inda dikenali plang usulnya

lapar dah parut ku ni.. inda tah kamu ampit lagi ni ulihku

terus menikmati hidangan jamuan

macam-macam ada pilih saja apa yang berkenan

Amanda Tan @ Puteri Ranau yang mendendangkan beberapa buah lagu pada malam itu

Orang Sabah memang pandai menyanyi, nyaman kali mendangar suaranya menyanyi

inilah pasangan pengantin yang diraikan pada malam itu

Pasangan pengantin yang sama cantik dan sama padan

Pasangan pengantin yang sedang duduk diatas pentas pelamin mereka

Sedang menanti acara seterusnya

Uncle Ramli sekali lagi mendendangkan sebuah lagu untuk pasangan pengantin dimalam itu

sedang menghiburkan diri

Uncle Ramli semasa mendendangkan lagu beliau

Semasa sedang berduet bersama Mr Jun HB

inilah rumah keluarga pengantin perempuan

Wishnu dari KSES sedang menunjukkan tarian Sumayau

kalau kan tau iatah sambil menari sambil exercise jua ni

hiburan terakhir sebelum berangkat pulang pada keesokan harinya

AKU BUKAN PENDERHAKA - Official Photog pada malam tersebut

Mr.Tan (KSES), YDP Kelab KEKAL sedang bergambar bersama pengantin dan ayahnya

Selamat Pengantin Baru buat Awg Andi Sugianto dan isteri Dyg Hamizah

Bergambar beramai-ramai dengan pasangan pengantin

( BERSAMBUNG )

0 comments: