




Kawasan ini dinamakan “Tagal” kerana ianya merupakan tempat larangan. Dalam bahasa Kadazan-Dusun, "tagal" membawa maksud tidak boleh menangkap ikan dan sebarang hidupan di sungai. Larangan ini adalah dalam tempoh-tempoh tertentu sahaja. Mana-mana pihak yang didapati melanggar peraturan ini dengan selambanya boleh dikenakan tindakan dan hukuman denda menerusi Peraturan Penagalan yang telah diiktiraf oleh Mahkamah Anak Negeri. (Bahcom - http://bahcom.blogspot.com/2008/11/sistem-tagal-sungai-moroli-berpotensi.html ).
Ke istimewaan Tagal Sungai Moroli, Kampong Luanti Baru, Ranau ini ialah rawatan daripada ikan-ikan Kelah yang terdapat di Sungai Moroli ini. Di sungai ini, awda boleh membuat dua pilihan sama ada merendam kaki dan bermandi-manda bersama-sama ikan dalam tempoh selama 15 minit. Jika awda sangat yakin dan merasa diri awda sudah berada dalam keadaan yang cukup macho untuk bermandi-manda bersama ikan Kelah disini, awda bolehlah membuat bayaran tambahan untuk mandi bersama dengan ikan-ikan tersebut disamping menerima urutan-urutan daripada ikan-ikan yang mengelus-ngelus badan awda dan memakan sel-sel dan kulit-kulit mati yang terdapat di tubuh badan awda, dan sekiranya awda merasa diri awda cukup sensitif dengan belaian halus yang singgah di tubuh awda, adalah dinasihatkan untuk membuat pilihan yang satu lagi bagi mengelakkan awda untuk memalukan diri awda sendiri dan juga daripada memalukan rakan-rakan yang turut menemani awda disana nanti, pilihan yang satu lagi itu ialah dengan cuma merendamkan kaki-kaki awda untuk bermain-bermain dengan ikan Kelah tersebut.

Lihatlah betapa besarnya ikan-ikan di Sungai Moroli ini
Adehh..adehh..aduhh..duh..duh.. Awg Rosli tidak dapat menahan rasa geli beliau
Mr Ismail da keyman masih tetap kelihatan selamba
Bergambar kenangan bersama dengan si Ikan Kelah
Saya yang pada mulanya ingin merasa sendiri pengalaman untuk mandi bersama ikan tersebut dengan perasaan rendah diri dan malu mula membatalkan hasrat untuk mandi dan memilih pilihan yang satu lagi iaitu dengan merendamkan kaki di sungai tersebut setelah menimbang-nimbang semula implikasi-implikasi yang akan terjadi pada saya. Ini adalah kerana saya cukup sensitif dan mudah merasa geli bila badan mula dibelai-belai oleh si ikan Kelah. Mungkin saya akan mencubanya semula pada kemudian hari dan dikesempatan hari yang lain pula, Insya Allah.


Namun perasaan geli tetap ada semasa ikan-ikan tersebut melingkari dan memakan sel-sel dan kulit-kulit mati yang terdapat dikaki awda, namun rasa geli tersebut mungkin tidak sehebat jika awda bermandi-manda dengan seluruh badan bersama dengan ikan-ikan tersebut. Perasaan geli yang ada semasa awda merendamkan kaki awda didalam sungai tersebut sudah cukup untuk awda merengek manja walaupun awda tidak ingin merengek sebenarnya. Bagi brother-brother yang merasa dirinya cukup macho pula akan mengawal kemachoannya dengan berbuat seselamba yang mungkin dengan mengetap bibir-bibir menahan kegelian sambil berusaha dengan sedaya upaya untuk menjaga kemachoan dirinya agar tetap maintain dan tidak jatuh tercemar tambah-tambah lagi jika dirinya banyak dikelilingi oleh sumandak-sumandak Ranau disini.





Pengerusi Ekspedisi Hj Roslan sedang menandatangani memorandum..ehh..buku pelawat
Saya hampir terlupa satu perkara bila menyebut semula perkataan “sumandak” ini. Apakah benda dia “Sumandak” ini??. Pada peringkat permulaan saya menyangkakan yang perkataan “sumandak” ini membawa maksud “Pahlawan”, “Pendekar” atau “Laksamana” yang sangat gagah perkasa lagi macho, berani dan bertubuh sasa dengan muscle yang berurat-urat serta sukar untuk ditewaskan yang sangat-sangat sinonim dengan kegagahan para-para lelaki. Namun, semasa berada di Pekan Ranau tadi, saya sempat menanyakan maksud sebenar perkataan Sumandak ini kepada adik-adik dengan saya bergambar semasa berada di pekan tersebut untuk mendapat kepastian yang sebenar. Saya sedikit terkejut bila mendapati maksud sebenar perkataan “Sumandak” tersasar dengan sangat jauh bahkan tidak ada kena mengena langsung dengan maksud “Pahlawan”, “Pendekar”, “Laksamana” dan mana-mana imej yang kelihatan gagah perkasa didalam fikiran yang membayangkan kegagahan para-para lelaki. Kalau ikut penerangan daripada adik-adik tu semasa berada dalam Pekan Ranau tadi Sumandak dalam bahasa Kadazan-Dusun merujuk kepada sekumpulan perempuan-perempuan atau gadis-gadis disana.
Berbalik semula kepada cerita asal, sebelum saya turun ke Sungai Moroli untuk bermain-main dengan si ikan Kelah, saya yang pemalu ini sempat berkenalan dengan tiga orang budak sumandak dari daerah Ranau dan Penampang yang kelihatannya baru sahaja selesai membuat persembahan kebudayaan mereka disini iaitu acara pra tonton Tadau Kaamatan. Mereka yang masih lagi menuntut dalam tingkatan II dan IV itu sememangnya kelihatan anggun menggayakan pakaian tradisi kaum mereka iaitu kaum Kadazan-Dusun.





Walaupun kelihatan penat, namun adik-adik ini masih mampu untuk menunjukkan kepada saya sedikit daripada langkah-langkah yang terdapat dalam tarian tradisi kaum mereka yang dinamakan Tarian Sumazau dengan penuh senyuman kepada saya yang telah di”tinggalkan” oleh rakan-rakan yang sudah pun selamat merendamkan kaki-kaki mereka untuk santapan ikan-ikan Kelah di kawasan Sungai Moroli tersebut walaupun pada hakikatnya dalam acara Tadau Kaamatan tadi adik-adik tersebut hanya bermain peralatan muzik yang diperbuat daripada Bambo dan bukannya menari-kan tarian Sumazau.






Tarian Sumazau ni tangan dia mesti macam ni bah, ndak boleh tinggi sangat bah..
Selesai sahaja mengeringkan diri setelah bermain-main dengan ikan Kelah di sungai ini, kami seterusnya dibawa oleh Encik Tan ke Majlis Perkahwinan anak buah beliau yang sedang diadakan di Dewan Sinarut, Kampong Sinarut Baru, Ranau.







Bergambar bersama pasangan pengantin
Seperti kebanyakan majlis-majlis keraian perkahwinan, majlis perkahwinan disini juga turut dimeriahkan dan diserikan dengan majlis jamuan dan juga persembahan nyanyian dan hiburan diikuti dengan tarian kebudayaan kaum Kadazan-Dusun disini.







( BERSAMBUNG )
0 comments:
Post a Comment