CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Monday, June 14, 2010

TRAVELOG EKSPEDISI KALI KE-5 KELAB KEKAL KE KOTA KINABALU - KUNDASANG - RANAU, SABAH – HARI KEDUA (PART II)

TRAVELOG EKSPEDISI PART I - KLIK SINI

SABTU, 05hb JUN 2010 – Antara aktiviti yang telah dijadualkan untuk hari ke-2 ekspedisi Kelab KEKAL ini ialah menuju ke Kundasang. Kundasang merupakan sebuah pekan kecil yang paling hampir dengan Gunung Kinabalu. Ia terletak hanya 6 km dari Taman Negara Kinabalu. Cuaca yang segar serta pemandangan yang indah menjadi alasan utama ramai pelancong datang berkunjung ke Kundasang (Wikipedia). Pada perancangan awal, kami akan check-out dari hotel dan menuju ke Kundasang pada jam 8.30 pagi, tetapi oleh sebab kebanyakan ahli tidak sempat untuk membuat pertukaran awal matawang maka Kami terpaksa bertolak sedikit lewat untuk menunggu premis penukaran matawang dibuka dan melakukan urusan penukaran. Ini juga sebagai langkah berjaga-jaga memandangkan disana nanti tidak terdapat tempat khas untuk membuat pertukaran matawang.

Check-Out dan bersiap sedia untuk meneruskan aktiviti hari ke-dua

Menunggu rakan-rakan lain yang belum keluar dari hotel

Bro Azmi KSES menerangkan status aktiviti kepada Kelab KEKAL

inilah dia Cikgu Kadir yang inda pernah miss menyertai ekspedisi Kelab KEKAL setiap tahun

Mendengar penerangan daripada Bro Azmi KSES

Para-para member yang sudah bersiap sedia untuk bergerak

Pengerusi dan Bro Azmi (KSES) semasa memberikan penerangan kepada kami

Membuat perancangan dengan lebih awal supaya tidak timbul masalah semasa didalam perjalanan

Chief Marsyal Awg Rosli memberikan peraturan yang mesti dipatuhi semasa melalui laluan traffic demi menjaga keselamatan

Okey..kalau tak da apa-apa lagi, kita boleh bergerak lah sekarang..

Salah seorang brother dari Kelab Skuter Elegan Sabah (KSES) yang menyertai kami

Paa sen?? 3 sen saja bui bezanya..

fuhh kiri..fuhh kanan..fuhh atas dan fuhh bawah..

Bro Azmi KSES yang banyak membantu Kelab KEKAL semasa ekspedisi

entah..apakah yang meyebabkan beliau ketawa geli hati?

Dyg Sharinah dan Encik Tenny semasa di pusat bandar Kota Kinabalu

Menanti rakan-rakan lain membuat penukaran matawang

Dyg Sharinah - satu-satunya ahli perempuan Kelab KEKAL yang juga tidak pernah miss menyertai ekspedisi setakat ini

Mr Sia sedang mencari mangsa untuk di tembak

Ismail da keyman dan Mr Sia

Kelihatannya Encik Tenny sudah pun bersiap sedia diatas motor beliau

Siapa menembak siapa ??

KK001 - Ahli Pertama selaku YDP Kelab KEKAL memerhatikan gelagat anak-anak buah beliau

Keadaan di luar premis penukaran matawang

Sebelum menuju ke Kundasang, para peserta Kelab KEKAL sempat singgah sebentar ke Bikers Gallery milik Ibnu Robi Ahmad di tempat kediaman beliau di Kg Likas, Sabah yang mana menjual pelbagai barangan, pakaian dan aksesori-aksesori motosikal.

Ahli-ahli Kelab KEKAL singgah di Bikers Gallery, Kg Likas

Encik Tenny sedang memeriksa saiz kasut

Bikers Gallery menyediakan aksessori motor dan pakaian-pakaian keselamatan

Melihat-lihat barangan di dalam galeri

Pengerusi dan Setiausaha membincangkan sesuatu mengenai barangan didalam galeri

Mr Sia mengira-ngira sesuatu..cukupkah inda budget?? takut-takut karang ada yang inda dapat ikut balik..huhuhu


Perjalanan menuju ke Kundasang telah dipimpin oleh tuan rumah Kelab Skuter Elegan Sabah (KSES), dan seperti biasa keadaan jalan disana mula berkabus dan suhu mula berubah menjadi dingin sesuai dengan keadaan pergunungan disana. Rombongan singgah berhenti sebentar di Pekan Nabalu untuk menikmati udara segar dan menyaksikan pemandangan pergunungan disana.

Semasa menunggu kenderaan recovery yang tertinggal didalam kesibukan jalanraya

Mr Kingsley Bakmewewa, photographer utama Kelab Skuter Elegan Sabah (KSES)

Setiausaha ekspedisi yang sentiasa kelihatan mengancam

Hj Rosman yang berpengalaman luas dalam menyertai ekspedisi bijak memilih ruang untuk berteduh

Adehh..cana kan membuka mask ku ani? .. lamas ku udah ni..tulung ku geng..

Mr Sia dengan gaya seorang anggota SWAT dengan senjata ditangan

Satu-satunya gambar di Pekan Nabalu yang sempat ku ambil sebelum hujan lebat turun


Kami menetap di U Merlin Resort di Kundasang. Sebenarnya masih terdapat banyak resort-resort dan tempat-tempat penginapan murah dikawasan ini, tertakluklah pada selera dan keperluan seseorang untuk tinggal. Awda sememangnya bermimpi disiang hari jika masih menggagahkan diri untuk mencari hotel bertaraf 5 bintang dikawasan pergunungan ini.

Setelah check-in dan berehat dengan seadanya, kami terus memulakan perjalanan menuju ke Pekan Ranau dan berhenti untuk menikmati makanan tengahari. Semasa menikmati hidangan tengahari itulah satu perarakan pengantin melalui pekan tersebut. Menurut penduduk Ranau yang sempat ditanya disana, kebanyakan penduduk Ranau yang melangsungkan perkahwinan disini dengan tidak mengira bangsa dan agama tetap akan melakukan hal yang sama iaitu mengarak pengantin-pengantin ke pekan tersebut untuk disaksikan penduduk setempat. Hal ini mengingatkan aku kepada salah seorang teman saya yang juga tinggal di Ranau ini yang juga baru sahaja melangsungkan perkahwinannya pada seminggu yang lepas. Sedikit sebanyak aku dapat membayangkan suasana perkahwinannya pada hari tersebut.

Memilih-milih hidangan untuk makanan tengahari di Pekan Ranau

Siapakah dia yang sudah menjadi mangsa tembakan dari Mr Jun HB ani ??

YDP Kelab KEKAL sedang menikmati makan tengahari beliau

Lapaaa dah paut ku wang.. jaan ku di kacau..

ehem..ehem..

Sumandak Ranau yang telah mengajar aku satu perkataan

Iatah payah ni nah, Anu bah..cemani tu ceritanya, banarnya dorang yang kan begambar sama aku dulu ..(huhuhu eksenn..)

Batah jua bisia ani makan eh, penungapan hantap bana.., ngalih dah ku nunggu..

Pose mengancam dari setiausaha ekspedisi Haffyzam

Sesi bergambar ramai di Pekan Ranau

Cuba rapat-rapat sikit yang di hujung atu, hancur masih ni possession ani

Ok!! Test shot 1..2..3.. Click!!!

Pengerusi ekspedisi menyampaikan ucapan penghargaan beliau kepada ahli-ahli KSES

Awang Yamat menggambar untuk dimuatkan kedalam FB beliau untuk tatapan yang berada di Brunei Darussalam

Lapas ani kita akan kana bawa kalau inda ke Poring ke satu "tampat yang baru" lagi.. rugi ni kalau siapa yang kengalihan yang nda dapat ikut atu..

Penyerahan tanda kenang-kenangan dari YDP dan Pengerusi ekspedisi kepada Timbalan KSES, Encik Tan

Okey.. liat sini..liat sini..

Okey lepas ini kita mau ronda-ronda Ranau lagi..ENJOY!!!

Oleh sebab kebanyakan ahli termasuk saya sendiri sudah pernah singgah dan bermandi-manda di kawasan Air Panas Poring, maka Timbalan KSES Encik Tan membawa pula kami untuk singgah di satu lagi tempat yang cukup menarik dan baru untuk kami iaitu Tagal Sungai Moroli, Kampong Luanti Baru, Ranau. Tempat Tagal Sungai Moroli ini terletak lebih kurang 20 km dari Pekan Ranau. Ini adalah kali pertama bagi saya menjejakkan kaki di tempat tagal ini nanti. Tidak terdapat sebarang masalah sepanjang perjalanan kami untuk sampai kesana kerana jalan yang dilalui cukup cantik kerana ianya adalah dalam kawasan pergunungan dengan selekoh-selekohnya yang menyeronokkan bagi kenderaan bermotosikal.

( BERSAMBUNG . . . )

0 comments: