
















Al-hamdulillah, selesailah sudah Majlis Ramah Mesra dan Junjung Ziarah bersama rakyat dan penduduk di Daerah Tutong ini, sememangnya banyak perkara yang telah saya pelajari dalam acara dan majlis pada pagi tersebut terutama dalam mencari kesilapan dan memperbetulkan semula setting semasa menggambar,saya mengakui dalam gambar-gambar yang saya post dalam acara dan majlis ini memang banyak terdapat beberapa gambar yang menggunakan setting yang salah sehingga menyukarkan saya untuk membetulkannya semula dan ianya juga sekaligus memberikan saya pengalaman dan pengajaran berharga dalam memperbaiki lagi kelemahan ini dimasa akan datang. Dalam acara dan majlis ini juga saya berpeluang untuk menyapa dan juga telah disapa oleh rakan-rakan jurugambar yang lain sama ada yang sudah saya kenali ataupun yang baru saya kenali dan tidak ketinggalan juga bilamana saya banyak disapa semula oleh bekas murid-murid saya yang suatu ketika dulu pernah berada dalam pengawasan dan jagaan saya ketika saya baru sahaja memulakan profession dan kerjaya saya sebagai seorang pendidik, yang mana pada ketika itu mereka masih lagi kanak-kanak kecil yang mana kini sedang meniti usia-usia remaja.
Secara keseluruhannya saya memang berpuas hati dan merasa sangat gembira atas keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia bercemar duli ke daerah ini. Acara dan majlis ini juga merupakan satu medan bagi saya untuk menghiburkan diri saya sendiri dan juga dapat mengurangkan sedikit tekanan kerja disamping ianya merupakan salah satu bentuk riadah bagi saya sendiri kerana berjalan dari hujung ke hujung mencari subjek dengan membawa kamera yang berat. Sebagai penutup saya dengan penuh takzim ingin merakamkan ucapan Daulat Kebawah Duli Tuan Patik diatas sambutan ulang tahun hari keputeraaan baginda yang ke 64 tahun semoga Kekal Karar Memerintah Negara dan di do'akan agar baginda sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera dalam perlindungan dan rahmat daripada Allah Subhaanahu wa Ta'ala jua. Amin Yaa Rabbal 'Alamin..